BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jualan Kasih Johor Terus Dinanti Rakyat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,717
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,717
Reaction score
97
Points
80

Jualan Kasih Johor Terus Dinanti Rakyat​

062470743fc975740227714471accc526a091eb03a9d1

e94230ed3516c4775d01560bdb71c86d6a091e8a463fc

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua, kanan) menyerahkan Set Kombo Kasih iaitu seekor ayam, sepapan telur dan minyak masak dua liter yang ditawarkan pada harga RM15 kepada pembeli sempena Jualan Kasih Johor di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat DUN Machap, semalam.

Program Jualan Kasih Johor (JKJ) terus mendapat sambutan memberangsangkan apabila menjadi antara inisiatif kerajaan negeri yang paling dinanti rakyat menerusi penawaran barangan keperluan asas lebih rendah hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Tinjauan Bernama di pekarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap yang menjadi lokasi penganjuran program itu mendapati orang ramai mula beratur seawal 7 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan, dengan Set Kombo Kasih berharga RM15 antara yang paling laris dibeli.

Set berkenaan mengandungi seekor ayam, sepapan telur ayam dan dua liter minyak masak.

Penduduk Kampung Ithnin Maarof, Pungot Sarban, 66, berkata dia tetap hadir ke lokasi jualan walaupun mempunyai masalah pergerakan kerana penjimatan yang diperoleh amat berbaloi.

“Saya cuba juga datang meskipun bergerak menggunakan kerusi roda kerana harga ditawarkan memang jauh lebih murah daripada pasaran. Banyak boleh berjimat,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Pungot yang ditemani isteri, Jamiah Salim, 66, berkata program berkenaan amat membantu rakyat terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar dan dia lazimnya mengetahui mengenai program terbabit daripada rakan dan ketua kampung.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap turut meninjau pelaksanaan program itu yang telah memberi manfaat kepada lebih 6.59 juta rakyat menerusi penganjuran di kira-kira 1,700 lokasi di seluruh Johor sejak diperkenalkan pada 2023.

Sementara itu, Halimah But, 60, berkata JKJ banyak membantu meringankan perbelanjaan isi rumahnya kerana dapat membeli barangan asas pada harga rendah dan bersesuaian menjelang Aidiladha tidak lama lagi.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata program berkenaan memberi peluang kepada rakyat mendapatkan keperluan dapur dengan penjimatan ketara.

 
Back
Top
Log in Register