kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika sesi temu bual bersama Bernama yang diketuai oleh Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di Saujana Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, semalam.
Kerajaan Negeri Johor terus mempergiat pelbagai inisiatif dan sokongan sosial bagi membantu rakyat negeri itu menghadapi tekanan kos sara hidup ketika ini serta memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata antara inisiatif utama ialah pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang setakat ini memberi manfaat kepada lebih 500,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat di negeri itu.
Bantuan Kasih Johor (BKJ) adalah inisiatif berterusan kerajaan negeri yang bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan sasar yang rentan dan berpendapatan rendah.
Bagi BKJ di bawah Belanjawan Johor 2026, sebanyak 24 inisiatif telah dirangka dengan peruntukan hampir RM216.87 juta yang dijangka mampu memberi manfaat kepada kira-kira 585,054 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa ada yang terkecuali.
Onn Hafiz berkata bantuan tersebut dilaksanakan secara agresif hingga akar umbi bagi memastikan sebanyak mungkin rakyat Johor menerima manfaat, sekali gus mengurangkan beban kewangan ditanggung rakyat ketika ini.
“Rakyat berada dalam keadaan susah kerana kos sara hidup tinggi. Sebab itu BKJ ini kita laksanakan secara agresif untuk mengurangkan beban dirasai rakyat di luar sana dan kita akan terus berusaha supaya lebih ramai lagi menerima bantuan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama, diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di Saujana, Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di sini.
Onn Hafiz berkata BKJ adalah sebahagian daripada ratusan inisiatif kerajaan negeri itu dalam membantu rakyat, manakala inisiatif lain seperti Jualan Kasih Johor bertujuan memastikan bekalan makanan, khususnya barangan basah, dapat dijual pada harga berpatutan.
Lebih 500,000 Rakyat Johor Nikmati Manfaat Bantuan Kasih Johor
Onn Hafiz, BKJ, bantuan, Johor