BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM Sasar Lebih 500,000 Rakyat Manfaat Perkhidmatan Hab Kesejahteraan Tahun Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,158
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,158
Reaction score
346
Points
141

KKM Sasar Lebih 500,000 Rakyat Manfaat Perkhidmatan Hab Kesejahteraan Tahun Ini​

a5d563a0bdf12ca05ca3af5134667ad76a4a3aa8269eb

731b82398ce3af92a2a5b05a037296df6a4a3ab8d4e5a

kredit: KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan lebih 500,000 rakyat mendapat manfaat daripada perkhidmatan 38 Hab Kesejahteraan di seluruh negara sepanjang tahun ini bagi memperkukuh usaha pencegahan penyakit dan amalan gaya hidup sihat.

Kenyataan KKM hari ini memaklumkan sasaran itu sejajar dengan komitmen kementerian untuk menjadikan pencegahan penyakit sebagai pelaburan strategik dalam kesihatan negara menerusi intervensi promosi kesihatan dan pencegahan faktor risiko.

KKM memaklumkan bahawa pendekatan yang berteraskan Behavioural Insights (BI) dan pemerkasaan literasi kesihatan itu telah membantu rakyat mengubah tingkah laku ke arah gaya hidup lebih sihat melalui intervensi secara bersasar.

“Keberkesanan perkhidmatan ini terbukti melalui data tahun 2020 hingga 2025, merekodkan seramai 1,660,488 klien telah menerima manfaat daripada pelbagai pakej perkhidmatan yang disediakan di Hab Kesejahteraan.

“Daripada 15,027 klien yang menyertai intervensi pengurusan berat badan selama enam bulan, seramai 11,282 orang atau 75 peratus berjaya menurunkan berat badan manakala 11,455 orang atau 76 peratus berjaya meningkatkan tahap kecergasan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, seramai 335,930 klien telah hadir ke Hab Kesejahteraan di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, KKM juga sedang menilai pelaksanaan waktu operasi Hab Kesejahteraan yang lebih fleksibel termasuk selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu bagi memenuhi permintaan rakyat.

Terdahulu, KKM turut melancarkan Aplikasi MyLLSNet Bagi “1,000 Hari Pertama Kehidupan: Kajian Longitudinal di Langkawi (LLS)” yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

LLS ialah kajian kohot kelahiran berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi dan Hospital Sultanah Maliha.

 
Back
Top
Log in Register