Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pegawai Khidmat Pelanggan Didakwa Bunuh Anak Lelaki
Pegawai khidmat pelanggan G. Thevendhiran, 40, dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan hari ini atas pertuduhan membunuh anak lelakinya di Straits View Condominium, Bandar Baru Permas Jaya pada 12 September 2023 dan memiliki bahan lucah.
Bagi pertuduhan pertama, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes membabitkan kesalahan pertuduhan membunuh itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Manakala bagi pertuduhan kedua, di mahkamah berasingan di hadapan Majistret A. Shaarmini, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan bahan lucah di dalam telefon bimbitnya di tempat letak kenderaan kondominium berkenaan pada jam 1.00 petang pada 18 Julai 2026 di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Seorang pegawai khidmat pelanggan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak lelakinya, tiga tahun lepas.
G. Thevendhiran, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurzihan Abdul Rehman, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa membunuh anak lelakinya yang ketika itu berusia setahun enam bulan di sebuah kondominium di Bandar Baru Permas Jaya di sini, antara 8.30 pagi hingga 10 pagi, 12 Sept 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan minimum 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Deana Aqilah Aliman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 1 Okt depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA), forensik, kimia dan toksikologi.
Sementara itu di mahkamah berasingan di hadapan Majistret A. Shaarmini, Thevendhiran dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah.
Dia didakwa menyimpan bahan lucah dalam telefon bimbitnya di tempat letak kenderaan di kondominium sama pada 1 tengah hari, 18 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.