Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Dua Sahabat Didakwa Bunuh Lelaki Warga Indonesia Di Klang
Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Indonesia, awal bulan ini.
Muhd Asnawi Ghazali, 37, dan Musa Ramli, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas dikenali sebagai Kutek didakwa membunuh Suherman, 47, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru Telok Gong, di sini, kira-kira 6.30 pagi, 6 Ogos lepas.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Uzzair Rosman manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 27 Nov ini untuk sebutan semula kes.