BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Warga Asing Didakwa Seludup Migran

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Dua Lelaki Warga Asing Didakwa Seludup Migran​

d21a6f7fc7a835b727c63303866c81536a60550665f0d

Dua lelaki warga asing termasuk seorang etnik Rohingya, Muhammadtaofit, 25 (dua kanan) dan Mohamad Ismail Mohamad Siddik, 32 (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kemaman di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup tiga migran warga Myanmar.

Mohamad Ismail Mohamad Siddik, dan warga Thailand, Muhammadtaofit, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Dua lelaki warga asing termasuk seorang etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup tiga migran warga Myanmar, April lepas.

Mohamad Ismail Mohamad Siddik, 32, dan warga Thailand, Muhammadtaofit, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyeludup tiga lelaki warganegara Myanmar di Kilometer 255.3, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kawasan Perasing menghala ke Kuala Lumpur pada 11.30 pagi, 24 April lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 
Back
Top
Log in Register