BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Didakwa Seludup Migran Myanmar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Dua Lelaki Didakwa Seludup Migran Myanmar​

18a6c8c6977d94a25abd795f03b3c02e6a143fbca9940

-- Gambar hiasan

Dua lelaki termasuk seorang etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen Kemaman di sini hari ini, atas pertuduhan menyeludup seorang migran warga Myanmar.

Mohamad Ismail Mohamad Siddik, 32, dan warga tempatan Noor Effendy Yusoh@Zakaria, 41, masing-masing mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Tiada pengakuan direkodkan, kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa telah menyeludup seorang migran iaitu lelaki warganegara Myanmar berusia lingkungan 20-an di tepi Kilometer 255.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 Perasing menghala ke Kuala Lumpur pada 11.30 pagi, 24 April.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Hakim Wan Suhaila Mohd tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizudin Manjur Ahmad dan Noradila Abdul Latif, manakala kedua-dua lelaki itu tidak diwakili peguam.

 
Back
Top
Log in Register