BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Termasuk Dua Beradik Didakwa Bunuh Lelaki Di Ladang Kelapa Sawit

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Penemuan Mayat Lelaki Di Sungai Division Ada Unsur Jenayah​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an di Kampung Sungai Division dekat sini, dua hari lepas, kini disiasat sebagai kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 6.55 petang, Ahad lepas.

"Siasatan awal mendapati kematian lelaki terbabit mempunyai unsur jenayah, mayat berkenaan dipercayai baru sahaja meninggal dunia. Nama panggilan mangsa sudah diperoleh namun identiti sebenar mangsa masih dalam proses pengesahan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke balai polis bagi membantu proses pengecaman.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu juga diminta tampil membantu siasatan," katanya bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 
420215-420215.jpg


Polis sahkan penemuan mayat lelaki di Sungai Division ada unsur jenayah


SUNGAI PETANI : Seorang lelaki yang ditemukan maut di kawasan Kampung Sungai Divison, di sini, dua hari lalu, dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, anggotanya yang bertugas di Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu pada jam 6.55 petang, 23 Ogos lalu.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Sungai Petani ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kematian lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai mempunyai unsur jenayah selepas hasil bedah siasat dilakukan dan mayat berkenaan dipercayai baru sahaja meninggal dunia ketika ditemukan.

“Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, sehubungan itu, polis turut meminta mana-mana individu yang mempunyai ahli keluarga dilaporkan hilang dan mengesyaki mereka mungkin mempunyai kaitan dengan penemuan mayat itu supaya tampil ke balai polis untuk membantu proses pengecaman.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu juga diminta tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah dijadual mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan pada jam 2 petang esok di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Artikel Buletin Tv3
 

Empat Termasuk Dua Beradik Didakwa Bunuh Lelaki Di Ladang Kelapa Sawit​

0564b31ce683807dbbb522c44b3e82126a9e52ac8629c


Empat lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit di sini, bulan lepas.

Mohamad Bakri Mahidin, 37, dan adiknya Muhamadariff Mahidin, 26, serta Mohamad Iekram Mohd Zaki, 29, dan Mohd Firdaus Che Mustafa, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dengan dua daripada mereka bekerja sebagai buruh, sementara dua lagi sebagai pengawal keselamatan dan pencuci kenderaan, kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa secara bersama membunuh Mohd Badaruddin Md Nayan, 30, di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Division, di sini, antara 1.30 tengah hari hingga 3 petang, 23 Ogos lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Mohd Noor, manakala peguam Durratul ‘Ain Mahmud Morshidi bertindak sebagai amicus curiae bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai keperluan perubatan dua tertuduh.

Durratul ‘Ain memaklumkan Mohamad Iekram merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal dan mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat kemalangan, manakala Mohamad Bakri menghidap asma.

Beliau berkata kedua-dua tertuduh memerlukan perhatian dari sudut perubatan bagi menghadapi perbicaraan kes berkenaan yang dijangka berlarutan untuk tempoh lama.

Majistret Noor Farah Hazwani kemudian memaklumkan keperluan perubatan kedua-dua tertuduh akan diuruskan pihak penjara.

 
Back
Top
Log in Register