BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga Myanmar Didakwa Bunuh Rakan Senegara Di Pelabuhan Klang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Warga Myanmar Didakwa Bunuh Rakan Senegara Di Pelabuhan Klang​

3c14722c1b712a6fb6c9c8717a3dc9a16a5f2474a4fcd

Warga Myanmar Maung Maung, 32, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya di Kampung Tengah Telok Gong, Pelabuhan Klang, awal bulan ini.

Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya di Kampung Tengah Telok Gong, Pelabuhan Klang, awal bulan ini.

Maung Maung, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Myanmar oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nor Azilah Mat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Myo Than Naing di sebuah premis di Jalan Tengah, Kampung Tengah Telok Gong, Pelabuhan Klang antara 9.30 malam hingga 10 malam, 5 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga disebat tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Insp Mohamad Rabiul Awal Ishak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 15 Sept depan bagi sebutan semula kes.

 
Back
Top
Log in Register