BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 Lelaki Didakwa Sertai Rusuhan, Seorang Didakwa Cuba Bunuh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

11 Lelaki Didakwa Sertai Rusuhan, Seorang Didakwa Cuba Bunuh​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Seramai 11 lelaki termasuk seorang penuntut kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyertai rusuhan menggunakan senjata, dua minggu lepas.

Mereka ialah Mohamad Nun Mohamad Jupri, 34; V Rathakisnan, 22; M.Soman Sri, 19; Muhammad Haikal Mohammad Rafiq, 19; G.Chad Sebastian, 19; Elijah Yong, 19; Cheow Junnuo, 24; Tony Yen Chun Yun, 19; R. Divagar, 20; Muhammad Amirul Hafiz Abdullah, 21, dan Ng Chern Yeow, 24.

Kesemua mereka didakwa bersama-sama telah hadir dan menyertai rusuhan selain memiliki benda boleh memudaratkan yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah sekolah di Air Itam pada 2.45 pagi, 29 Ogos lepas mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 120B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Marissa Safina Saiful Adli manakala peguam K. Mahendran mewakili kesemua tertuduh kecuali Tony yang diwakili peguam Edric Loo.

Majistret Noor Idayu Salim membenarkan kesemua tertuduh yang terdiri daripada pemandu lori, pemborong sayur, jurujual dan pelajar diikat jamin RM6,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menetapkan 19 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba membunuh seorang lelaki dengan melanggarnya dalam insiden rusuhan sama.

Lim Boon Sik, 19, didakwa melanggar menggunakan sebuah kereta sehingga menyebabkan kecederaan dengan mengetahui perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun, di tepi Jalan Paya Terubong 3, Bandar Baru di sini pada 12.30 pagi, 29 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

 
Back
Top
Log in Register