BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa didakwa bunuh bayi lelaki 18 bulan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201
14282483003416693-414247.jpg

14282483003416693-414248.jpg

14282483003416693-414249.jpg

14282483003416693-414250.jpg


Bapa didakwa bunuh bayi lelaki 18 bulan

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai khidmat pelanggan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya berusia 18 bulan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, G Thevendhiran, 40, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurzihan Abdul Rehman.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Polis mengklasifikasikan semula kes kematian bayi 18 bulan tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang sebelum ini bekerja di Singapura didakwa membunuh anak lelakinya di sebuah kondominium di Jalan Permas Selatan, Bandar Baru Permas Jaya, antara jam 8.30 pagi hingga 10 pagi pada 12 September 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun.

Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah turut boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.


Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 1 Oktober depan untuk serahan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), patologi dan forensik.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, tertuduh didenda RM3,000 dan sebulan penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan lucah di dalam telefon bimbitnya.

Majistret A Shaarmini turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan kondominium sama pada jam 1 petang, pada 18 Julai lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 29(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, polis mengklasifikasikan semula kes kematian bayi 18 bulan tiga tahun lalu sebagai kes bunuh susulan penahan bapa kandung mangsa yang dikenal pasti sebagai suspek utama pada 18 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa bapanya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini pada 13 September 2023 dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian pinggang, perut menggelembung serta bengkak pada bahagian dubur mangsa.

Kredit ➡️ Sinar harian
 
Mayat bayi ditemui dengan kesan tikaman dalam mangkuk tandas, pasangan pelajar kolej ditahan

Johor Bahru: Polis menahan sepasang pelajar kolej berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan pada kira-kira jam 1 tengah hari mengenai seorang pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom di Kluang kerana dipercayai baru melahirkan anak.

"Sebaik melahirkan bayi berkenaan, pelajar itu telah menghubungi gurunya sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu sudah melahirkan seorang bayi selain mendapati terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya," katanya pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ab Rahaman berkata, hasil siasatan lanjut di rumah sewa yang didiami pelajar terbabit membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas bayi itu mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh bayi berkenaan namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

"Susulan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun dipercayai teman lelaki kepada wanita terbabit bagi membantu siasatan.

"Lelaki berkenaan ditahan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang hari ini," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.
 

Pasangan Pelajar Kolej Ditahan Kes Bayi Maut Dengan Kesan Tikaman​

41548e28bd140cc904be97c21ef7655a6a6acd0415f63

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad ketika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej, masing-masing berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh seorang bayi perempuan yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, Kluang semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya menerima laporan pada 1 tengah hari berhubung seorang pelajar yang dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang kerana melahirkan anak.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, bayi perempuan itu ditemukan oleh tenaga pengajar di dalam mangkuk tandas rumah berkenaan.

"Ketika pemeriksaan di hospital, doktor turut mengesan ada seorang lagi bayi (kembar) yang masih dalam kandungan pelajar berkenaan. Bagaimanapun bayi itu selamat dilahirkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang pelajar yang dipercayai teman lelaki remaja itu bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang, hari ini.

Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengesahkan punca kematian serta jumlah tikaman pada badan bayi berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan.

 
414475-414475.jpg


Kes bayi ditikam: Suspek mengaku beri RM450 untuk gugurkan kandungan

Kluang: Teman lelaki pelajar kolej yang dipercayai membunuh bayi perempuan baru dilahirkan sebelum ditemukan dalam mangkuk tandas di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, Kluang semalam memberikan RM450 kepada wanita terbabit supaya menggugurkan kandungannya.


"Berdasarkan hasil soal siasat, suspek mengaku memberikan wang RM450 kepada teman wanitanya supaya menggugurkan kandungan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ab Rahaman berkata, suspek ditahan pada jam 10.30 malam, 18 Julai lalu bagi membantu siasatan.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

"Polis turut merampas sebilah pisau berukuran 24 sentimeter panjang dan pakaian yang mempunyai kesan darah.


"Semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan, pelajar terbabit baru sahaja melahirkan bayi dan terdapat seorang lagi bayi dalam kandungannya," katanya.

Katanya, pelajar terbabit masih lagi dirawat di hospital sebaik melahirkan seorang lagi bayi perempuan.

"Hasil bedah siasat dijalankan pakar patologi mendapati, punca kematian bayi terbabit disebabkan luka tikaman berganda pada bahagian dada," katanya.

Kredit ➡️ Harian Metro

Bedah Siasat Sahkan Bayi Baru Lahir Maut Di Kluang Akibat Luka Tikaman Di Dada​

4e893cba82f81af5e5a4a729b8b121f36a3e18f44892a

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad

Polis mengesahkan bayi perempuan baru lahir yang ditemui di dalam mangkuk tandas sebuah rumah teres yang dijadikan asrama pelajar kolej di Kluang semalam meninggal dunia akibat luka tikaman berganda pada bahagian dada.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata pengesahan itu dibuat oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) hasil proses bedah siasat.

Beliau berkata pihak polis juga telah merampas sebilah pisau sepanjang 24 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu serta pakaian dengan kesan darah.

Ab Rahaman berkata hasil siasatan lanjut mendedahkan bayi tersebut dan satu lagi bayi kembar yang masih hidup merupakan hasil hubungan seks luar nikah sejak beberapa bulan lepas pasangan kekasih yang juga pelajar kolej yang ditahan.

"Berdasarkan soal siasat, suspek lelaki mengaku memberikan wang RM450 kepada teman wanitanya untuk menggugurkan kandungan," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini, Ab Rahaman berkata polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej, masing-masing berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh bayi perempuan yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, semalam.

Beliau berkata berdasarkan siasatan bayi itu ditemukan oleh tenaga pengajar di dalam mangkuk tandas rumah berkenaan.

Pelajar itu juga melahirkan bayi perempuan di hospital berkenaan selepas doktor yang membuat pemeriksaan mendapati terdapat satu lagi bayi kembar masih berada di dalam kandungannya.

Ab Rahaman berkata pelajar lelaki direman seminggu hingga 5 Ogos, sementara kekasihnya masih ditahan wad dan menerima rawatan di HEBHK.

 
Last edited by a moderator:
Back
Top
Log in Register