BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
1adacc465d52f3df27565c1c49288ca769f2dd4fecc4d

Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental Mohd Azwan Muhammad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan membunuh bapanya, minggu lepas.

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh bapanya, minggu lepas.

Mohd Azwan Muhammad, 41, didakwa membunuh Muhammad Ishak, 83, di sebuah rumah di Kampung Baung Bayam di sini pada 10.30 pagi 20 April lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nadzir Abdullah memaklumkan laporan bedah siasat belum diterima dan memohon supaya lelaki itu dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri.

Majistret Rais Imran Hamid mengarahkan tertuduh yang diwakili peguam Tengku Shazuan Tengku Shariffudin dan Ahmad Nizam Mohamed dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dan menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian pada 20 April lepas, seorang lelaki warga emas maut akibat cedera parah selepas ditumbuk oleh anak lelakinya yang dipercayai mempunyai masalah mental (skizofrenia).

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan awal mendapati, kejadian berlaku setelah suspek terkejut apabila ditegur oleh bapanya menyebabkan dia berpusing dan terus menumbuk bapanya.

 
Back
Top
Log in Register