BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Lelaki Tujuh Bulan Di Taska

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Lelaki Tujuh Bulan Di Taska​

39e5c629a88ba30bb8ec135710e403e864240904d29d2

Gambar hiasan.

Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong, awal bulan ini.

Balqish Mohammad Dzyhan, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada wanita itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq di sebuah taska di Kinrara Commercial Unit, Bandar Kinrara, Puchong, dekat sini antara 9.30 pagi hingga 10.40 pagi, pada 5 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Athirah Jamalullail manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh.

Turut hadir pada prosiding itu peguam pemerhati bagi pihak keluarga, Nur Syakirah Nor Azam Shah.

 
Back
Top
Log in Register