BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Taska Didakwa Bunuh Bayi Empat Bulan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,687
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,687
Reaction score
97
Points
80
49f84972cc1a4e5d77c08dd25654794369bb6a9201760


Seorang pekerja pusat asuhan atau taska didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan, minggu lepas.

Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa menyebabkan kematian seorang bayi di Taska Pintar Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, antara  1 hingga 4 pagi, pada 9 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun, manakala peguam Muhaimin Hashim mewakili tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan sebelum menetapkan 23 Jun sebagai tarikh sebutan semula untuk menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Sementara itu, seorang lagi wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini ditahan bersama tertuduh bagi membantu siasatan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 di mahkamah sama sebagai saksi pendakwaan.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan kematian bayi lelaki itu disebabkan lemas berdasarkan hasil bedah siasat.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia empat bulan disahkan meninggal dunia pada 4.20 pagi, 9 Mac selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.

 
Back
Top
Log in Register