BTC USD 81,913.8 Gold USD 4,140.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Niaga Hadapan

syabas kpd wharyati .. mmg peluang yg baik utk ahli2 .. tp kena ingat risiko masih ade .. No Business has No Risk But Good Business has to Manage the Risk ..

note: wharyati minta jgn sgt details .. dan kalau bole ubah sikit info2 yg u post .. ini serius biz dan setahu saya pihak syarikat tidak benar kan dedah byk info .. sapa2 yg berminat u bole PM, YM, Email or Hubungi cik wharyati
 
Apa itu Pasaran Niaga Hadapan?..info dari SIDC

Pelaburan Taruhan Tinggi
Pelabur yang melabur dalam niaga hadapan dan opsyen berurusan dengan dunia pelaburan yang berbeza daripada saham, bon ataupun unit amanah. Ia merupakan pasaran khusus yang persaingannya lebih pantas dan lebih tinggi risikonya. Jika membeli saham, pelabur masih boleh melihat dahulu arah aliran sahamnya, tetapi dalam niaga hadapan, pelabur perlu sentiasa mengawasi harga kerana dia boleh kerugian atau memperoleh keuntungan dalam masa singkat. Niaga hadapan dan opsyen bukan untuk pelabur amatur; malah mereka yang berpengetahuan luas dalam bidang saham dan sentiasa berurus niaga turut mengalami kerugian.

Yang penting ialah memahami sepenuhnya risiko dan tanggungan kewangan yang akan dihadapi dalam dagangan niaga hadapan dan opsyen sebelum anda memikirkan untuk menyertai pelaburan ini. Kerumitan niaga hadapan dan opsyen tidak dapat diterangkan sepenuhnya di sini, maka kami berikan penerangan secara ringkas tentang instrumen ini.

Niaga hadapan dan opsyen merupakan instrumen derivatif asas. Nilainya bergantung kepada nilai aset sandaran seperti saham biasa, bon, indeks, mata wang atau komoditi, misalnya minyak kelapa sawit mentah, getah, koko dan timah. Ia sering digunakan oleh pelabur untuk mengurus risiko atau melindung nilai bagi menjaga pelaburan mereka dalam jangkaan arah pasaran niaga hadapan. Spekulator juga berurus niaga dalam pasaran niaga hadapan dan cuba mendapat keuntungan dengan membeli niaga hadapan pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi. Spekulator penting kerana mereka memberikan kecairan dalam pasaran dan peluang untuk urus niaga berterusan.

Kontrak Hadapan
Apabila perjanjian jual beli aset pada harga dipersetujui dan tarikh ditentukan dibuat secara persendirian antara dua pihak, ia diistilahkan sebagai kontrak hadapan. Sebagai contoh, syarikat penapis minyak sawit mentah memerlukan 1,000 tan minyak sawit mentah dalam masa enam bulan. Kemudian mendapat pengeluar minyak sawit yang bersetuju menjual 1,000 tan pada tarikh dan harga yang ditentukan, dalam masa enam bulan. Perjanjian antara kedua-dua pihak itu ialah kontrak hadapan.

Oleh itu, kontrak hadapan tidak standard, maknanya asalkan harga dan tarikh ditetapkan dipersetujui antara kedua-dua pihak, mereka boleh membentuk kontrak hadapan dalam mana-mana komoditi. Bentuk persetujuan urus niaga persendirian sedemikian dibuat di kaunter (over-the-counter - OTC) berbanding dengan pembelian dan penjualan kontrak hadapan di bursa.

Kontrak Niaga hadapan
Kontrak niaga hadapan sama seperti kontrak hadapan iaitu perjanjian antara pembeli dan penjual dalam pertukaran jumlah tunai yang ditetapkan bagi sesuatu aset pada tarikh masa hadapan. Tetapi tidak seperti kontrak hadapan, kontrak niaga hadapan didagangkan di bursa (Bursa Derivatif Malaysia) dan perjanjian adalah standard dengan spesifikasi kontrak menyatakan jumlah dan kualiti barang sebenar yang akan dibeli atau dijual pada harga dan tarikh hadapan yang ditetapkan. Kontrak tidak dibuat secara persendirian tetapi secara umum supaya sesiapa sahaja boleh menyertai urus niaga tersebut.

Setiap kontrak niaga hadapan mempunyai tarikh luput, iaitu hari terakhir dalam bulan urus niaga kontrak itu. Pada hari itu, mana-mana kedudukan niaga hadapan yang terbuka untuk urus niaga (iaitu tidak ditutup - maknanya diimbangi - oleh transaksi bertentangan) akan dipanggil bagi serahan fizikal atau penjelasan tunai. Selepas tarikh luput, kontrak niaga hadapan tidak akan wujud.

Justeru, apabila anda membeli kontrak niaga hadapan, ia memerlukan anda menerima serahan tersebut - atau membuat serahan sekiranya anda menjual kontrak tersebut - kecuali kedudukan niaga hadapan anda tertutup. Walau bagaimanapun lazimnya pertukaran serahan tidak berlaku dan kedudukan niaga hadapan, ditutup atau dijual semula sebelum tarikh luput. Ini kerana tujuan utama dagangan niaga hadapan bukan untuk membeli atau menjual barang atau instrumen kewangan tetapi untuk mengurus risiko perubahan harga bagi melindung nilai; dan bagi spekulator pula, supaya mereka mendapat keuntungan daripada perubahan harga tersebut.

Sambil harga pasaran barangan niaga hadapan turun naik semasa tempoh kontrak, perbezaan timbul antara harga kontrak dan harga pasaran, jadi kontrak niaga hadapan menunjukkan nilai untung atau rugi. Kebanyakan peniaga iaitu pelindung nilai dan spekulator, akan menutup kontrak dengan mengambil kedudukan bertentangan, apabila merasakan nilai kontrak telah meningkat atau jatuh mengikut kepentingan mereka. Jika peniaga membeli kontrak niaga hadapan, dia akan menjualnya untuk menutup kontrak apabila harga naik. Sebaliknya, jika peniaga menjual kontrak niaga hadapan, dia akan membelinya balik untuk menutup kontrak apabila harga turun. Pasaran niaga hadapan bertindak sebagai mekanisme pengalih risiko, membolehkan mereka yang terdedah kepada risiko mengalihkannya kepada orang lain.

Daya penarik dagangan niaga hadapan ialah anda tidak memerlukan banyak wang untuk memulakannya. Anda diwajibkan meletak satu jumlah peratusan daripada nilai kontrak iaitu berdagang berdasarkan margin. Jika harganya bergerak mengikut kemahuan anda, anda berhak memperoleh keuntungan yang dikira daripada keseluruhan nilai kontrak. Sekiranya pergerakan harga sebaliknya, kerugian anda turut dikira daripada keseluruhan nilai kontrak. Oleh itu, niaga hadapan membolehkan anda mengawal sejumlah besar produk tanpa membayar wang pendahuluan yang banyak, inilah pelaburan taruhan tinggi. Bagi sejumlah kecil wang, anda boleh memperoleh - atau kehilangan - wang dalam beberapa minit.
 
Opsyen
Opsyen memberi pembeli/pemegangnya hak, tetapi bukan kewajipan untuk membeli atau menjual aset tertentu pada harga tertentu (harga laksana), pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan daripada penjual, dan pembeli membayar premium. (Ini mengehadkan potensi kerugian pembeli dalam pasaran opsyen bagi jumlah premiumnya.) Opsyen yang memberikan pembeli hak untuk membeli dikenali sebagai opsyen beli. Opsyen yang memberikan pembeli hak untuk menjual dikenali sebagai opsyen jual. Penjual opsyen mempunyai liabiliti bersyarat atau kewajipan, yang dijalankan jika pembeli melaksanakan haknya.

Untuk memahami pergerakan opsyen, di sini kami berikan contoh yang tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan untuk berurus niaga dalam opsyen, tetapi hanya bertujuan untuk memberi gambaran sahaja.

Pertama, opsyen beli. Andaikan bahawa anda membeli opsyen beli sebanyak RM2 premium satu saham dengan harga laksana sebanyak RM30 satu saham bagi 1,000 saham Syarikat XXX. Oleh itu, opsyen anda berharga RM2,000 (RM2 x 1,000 saham). Ini bermakna anda telah membeli hak untuk membeli 1,000 saham XXX sebanyak RM30 satu saham sehingga tarikh luput.

Sekarang, oleh sebab anda memiliki opsyen beli, anda mahu harga saham XXX naik lebih tinggi daripada RM30 supaya anda mendapat untung. Andaikan bahawa harganya naik hingga RM40. Harga opsyen boleh melambung naik daripada RM2 kepada RM10. Apabila ini berlaku, opsyen anda mendapat keuntungan, kerana harga saham RM40 lebih tinggi daripada harga laksana anda iaitu RM30.

Terdapat dua cara untuk anda mendapat untung. Pertama, anda boleh laksanakan opsyen anda, iaitu anda boleh tunaikan hak anda untuk membeli 1,000 saham XXX daripada penjual opsyen anda dan membayar RM30,000. Kemudian anda menjual 1,000 saham itu pada harga pasaran sebanyak RM40 dan keuntungan anda ialah: RM40,000 ditolak dengan RM30,000 sama dengan RM10,000, tolak premium anda RM2,000 sama dengan RM8,000.

Atau kedua, anda tidak laksanakan opsyen anda tetapi sebaliknya menjual hak anda untuk membeli 1,000 saham XXX. Anda boleh menjual opsyen anda RM10 satu saham dan menerima RM10,000. Keuntungan anda ialah: RM10,000 tolak premium RM2,000 sama dengan RM8,000.

Pilih salah satu cara ini dan keputusannya masih sama (keuntungan sebanyak RM8,000), tetapi lebih mudah menjual opsyen anda. Ia bergantung kepada cara mana yang ingin anda gunakan, walaupun biasanya pelabur tidak melaksanakan opsyen mereka untuk membeli sekuriti.

Jika harga saham XXX tidak meningkat lebih daripada harga laksana anda (sebanyak RM30), opsyen anda akan dianggap rugi dan apabila tarikh luput tiba, opsyen anda luput tanpa nilai serta anda rugi semua wang pelaburan, iaitu premium anda sebanyak RM2,000.

Opsyen jual. Pelabur membeli opsyen jual untuk melindungi portfolio pelaburan mereka daripada risiko sampingan, atau untuk mendapat keuntungan dengan mengharap pasaran sekuriti sandaran akan menjunam.

Sebagai contoh, katakan satu ketika dahulu anda telah membeli 1,000 saham Syarikat YYY pada RM10 satu saham. Harganya sekarang meningkat kepada RM15 tetapi anda menjangka bahawa harga saham akan jatuh menjunam beberapa bulan kemudian. Bagaimanapun anda tidak mahu menjual saham anda kerana anda fikir kejatuhan itu hanyalah untuk jangka pendek, tetapi anda perlu melindungi pelaburan anda daripada kemerosotan. Jadi, anda boleh mengambil jalan keluar dengan membeli opsyen.

Katakan harga YYY mula merosot kepada RM12. Anda membeli opsyen jual sebanyak 1,000 saham YYY dengan harga laksana RM10. Jika harga saham YYY terus jatuh sebelum tarikh luput opsyen anda, anda boleh melaksanakan hak anda untuk menjual saham YYY pada harga RM10 satu saham, tidak mengira takat mana kejatuhan harga pasaran. Atau anda boleh memegang saham YYY dan menutup kedudukan anda dengan menjual opsyen jual anda. Selagi harga saham YYY jatuh bawah RM10, anda akan mendapat keuntungan kerana opsyen jual anda sedang untung. Ingat bahawa harga laksana anda ialah RM10. Tetapi jika harga pasaran meningkat, opsyen jual anda mungkin mengalami kerugian dan opsyen anda akan luput tanpa nilai dan anda kehilangan premium yang dibayar untuk membeli opsyen jual.

Terdapat opsyen cara Amerika dan cara Eropah. Cara Amerika boleh dilaksanakan oleh pembeli pada bila-bila masa daripada tarikh membeli hingga (dan termasuk) tarikh luput. Opsyen cara Eropah boleh dilaksanakan oleh pembeli hanya pada tarikh luput yang ditetapkan.

Pada 1 Disember 2001, Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) melancarkan opsyen pertama negara, indeks opsyen saham pada Komposit BSKL yang didagangkan dengan cara Eropah.

Tahun lepas, KLOFFE bergabung dengan COMMEX (Bursa Komoditi dan Wang Malaysia) untuk membentuk MDEX (Bursa Derivatif Malaysia). MDEX kini menawarkan urus niaga dalam empat derivatif: kontrak niaga hadapan Komposit Indeks BSKL, kontrak niaga hadapan minyak kelapa sawit mentah, kontrak niaga hadapan KLIBOR dan kontrak opsyen komposit BSKL.
 
Sy dah study bab ni dan sy yakin halal dgn kelulusan panel syariah SC dalam mesyuarat pada 26 November 1997.(approved by shariah advisory council (SAC) of SC).nk puas hati blh contact bahagian islamic capital market (ICM) Bursa Malaysia [email protected]
Tel: +603-2034 7331 and +603-2034 7430


to rezki79,pm emel awk kat sy,sy akan emel kat awk bhn2 yg saya ada,sy bkn dpt apa2 pn promote benda ni coz sy tak jd ejen.kalau tak silap kalau nk jd ejen kena invest min RM50k.tapi sy cuma nak bagi jalan yg sy jumpa utk dptkan incme sampingan trutama kpd org2 kita ni yg selalu kena tipu hingga duit melayang camtu jer.fcpo ni insya Allah selamat coz SC dan BNM xkan kacau,mrk trading di tempat yg sah diluluskan undang2 msia.saya baru 2 bln dlm fcpo ni,stakat ni Alhamdulillah masih dpt maksimum seperti yg dijanjikan,cuma ketika cuti hari raya dan depavali haritu je dpt minimum coz byk cuti so xada trading la.


emailkan kat saya gak. Saya pun nak tahu details. Thanks
 
wslm.sy setuju dgn kenyataan awk tu,cuma dlm peluang yg sy bgtau ni semua dana company diuruskan/didagangkn oleh satu consultant utk main di FCPO kat RHB investment,OSK,CIMB investment dan kat Kenanga Investment Bank (dulu dikenali K&N kenanga).setau sy konsultan ni sgt berpengaruh krn dana yg di trade dh billion RM dan mampu kuasai pasaran malah dia mempunyai hubngn akrab sesama trader2 jerung yg lain.target keuntungan konsultan sekurang2nya 5%/day.keuntungan kepada company yg melabur dgnnya plk dibayar % tertentu setiap minggu.so,dr situlah comp ni buka peluang kpd bilis2 utk joint venture dgn tawaran 10-12% sebulan tanpa ada fee tersembunya coz semua fee ditanggung company.comp ni x trade sendiri.itu je yg sy dpt info dr ejen2nya.



blh terangkan secara detail ... email sy [email protected]... berminat jugak nak join
 
syabas kpd wharyati .. mmg peluang yg baik utk ahli2 .. tp kena ingat risiko masih ade .. No Business has No Risk But Good Business has to Manage the Risk ..

note: wharyati minta jgn sgt details .. dan kalau bole ubah sikit info2 yg u post .. ini serius biz dan setahu saya pihak syarikat tidak benar kan dedah byk info .. sapa2 yg berminat u bole PM, YM, Email or Hubungi cik wharyati

bro,tlg pm sy bhgian mana yg sy sepatutnya edit postsy sblm ni..TQ coz ingatkan sy.

Utk kwn2 yg lain sy harap dpt PM sy kalau berminat k tahu lebih lanjut...sy dah kena warning dgn compny dan dr seorg pelabur compny lain tp consultant yg sama krn sy hebahkan psl peluang ni kat sini....ini sebahagian PM nya
"salam,
wahai cik waryati,saya ingin memberi sedikit saranan,jika nak benda ni bertahan lama saya rasa tak perlulah promote secara besar besaran,jika cik haryati perasan,cuba semak semula kat thread ni,ada yg dah join ,tapi ramai yg tk nak heboh2kan..kalau kita heboh2 sangat ..percayalah..nanti ada lah org yg tak puas hati dgn benda ni..ada pulak yg buat report. kalau tgk perjalanan nya memang tak salah.tapi apa yg boleh dikaitkan adalah soal pengambilan deposit..saya pun join tapi bukan dengan syt yg awak join..apa yg saya risaukan disini jika kita terlalu menonjolkan benda ni saya takut nanti syt yg awak join tu nanti akan dikenakan tindakan atau disiasat.tak kira sama ada salah atau tk bersalah diaorg akan siasat dulu atas maklumat org ramai..itu yg buat benda ni kantoi.kat luar sana banyak yg phd.sekiranya terjadi apa2 yg tk diingini,
saya akan melaporkan pekara ini kepada consultan mengenai syt awak yg membuat promosi secara berleluasa..jgn sampai mereka mengambil apa2 tindakan yg tak elok
..terima kasih"

mmg benda ni offline biz dan perlu jumpa face2face krn perlu sign agrement dll..so sy cuma blh bg general info je la..pastu perlu jumpa offline utk detailnya bg yg benar2 berminat.wallahualam.
 
Assalamu'alaikum wharyati,

Saya x cukup posting tolong PM saya..tma kasih
 
bro,tlg pm sy bhgian mana yg sy sepatutnya edit postsy sblm ni..TQ coz ingatkan sy.

Utk kwn2 yg lain sy harap dpt PM sy kalau berminat k tahu lebih lanjut...sy dah kena warning dgn compny dan dr seorg pelabur compny lain tp consultant yg sama krn sy hebahkan psl peluang ni kat sini....ini sebahagian PM nya
"salam,
wahai cik waryati,saya ingin memberi sedikit saranan,jika nak benda ni bertahan lama saya rasa tak perlulah promote secara besar besaran,jika cik haryati perasan,cuba semak semula kat thread ni,ada yg dah join ,tapi ramai yg tk nak heboh2kan..kalau kita heboh2 sangat ..percayalah..nanti ada lah org yg tak puas hati dgn benda ni..ada pulak yg buat report. kalau tgk perjalanan nya memang tak salah.tapi apa yg boleh dikaitkan adalah soal pengambilan deposit..saya pun join tapi bukan dengan syt yg awak join..apa yg saya risaukan disini jika kita terlalu menonjolkan benda ni saya takut nanti syt yg awak join tu nanti akan dikenakan tindakan atau disiasat.tak kira sama ada salah atau tk bersalah diaorg akan siasat dulu atas maklumat org ramai..itu yg buat benda ni kantoi.kat luar sana banyak yg phd.sekiranya terjadi apa2 yg tk diingini,
saya akan melaporkan pekara ini kepada consultan mengenai syt awak yg membuat promosi secara berleluasa..jgn sampai mereka mengambil apa2 tindakan yg tak elok
..terima kasih"

mmg benda ni offline biz dan perlu jumpa face2face krn perlu sign agrement dll..so sy cuma blh bg general info je la..pastu perlu jumpa offline utk detailnya bg yg benar2 berminat.wallahualam.

apa yg di PM oleh org tu mmg benar dan akan menimbul masalah esok hari .. ikut pengalaman saya byk company yg buat biz betul mula menghadapi masalah bila benda ni di heboh2 sgt dan mula la org2 yg tidak puas dan x suka org lain senang .. so mula la depa report ke pihak berkuasa .. jgn benda yg kite x ingin berlaku disebab kan kegairahan kite utk cari commssion yg lebih ... seperti mana pihak syarikat buat yg terbaik utk kite .. kite pun harus jaga mereka jgk ..

jika bole dlm post2 anda .. tolong edit info2 yg penjang lebar .. dan summarize kpd info yg sgt2 general .. kalau bole jgn sebut nama mereka , org yg terlibat , consultant yg berkerjasama .. dan plan2 dia jgk .. kalau ade yg minat jumpa senang ..
 
Back
Top
Log in Register