Malaysia satu-satunya pasaran saham Asia susut tahun ini

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 17 19.8%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 9.3%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 38 44.2%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 24 27.9%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 25 29.1%

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3

Pasaran saham tempatan adalah satu-satunya di Asia yang susut setakat tahun ini. - Foto hiasan


6-mths chart

KUALA LUMPUR: Keghairahan susulan pilihan raya umum bersejarah Malaysia pada Mei tahun lalu semakin pudar, dengan pasaran saham tempatan adalah satu-satunya di Asia yang susut setakat tahun ini.

Penanda aras indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut lebih daripada satu peratus setakat ini pada 2019, satu-satunya pasaran serantau yang merosot, sambil Singapura melonjak empat peratus dan Indonesia menokok tiga peratus.

Trend itu dijangka tidak berubah dengan pelabur menunggu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet, membanteras rasuah dan meningkatkan kuasa beli.

“Ia kembali bermula di mana negara ini akan bergerak, kaedah kerajaan akan memimpin,” kata Pengarah Pelaburan Invesco Asset Management berpangkalan di Singapura, Jalil Rasheed.

“Sesiapa yang mengambil tinjauan jangka panjang di Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun perlu agak bersabar untuk dua hingga tiga tahun akan datang.”

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa pelabur supaya membeli aset Malaysia, sebelum menjadi mahal sebaik saja situasi fiskal kembali menemui landasan dalam masa tiga tahun.

Pentadbiran baharu sedang dalam ‘mode’ pembersihan dengan membatal dan menyemak semula projek-projek berbilion dolar sambil menggantikan beberapa Ketua Pegawai EKsekutif (CEO) dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ia menyebabkan pertumbuhan sederhana kepada 4.7 peratus tahun lalu, dengan kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 4.9 peratus tahun ini.

Ahli-ahli ekonomi bagaimanapun tidak begitu yakin, apabila mengunjurkan pertumbuhan hanya akan mencapai 4.5 peratus.

Beberapa keputusan kewangan lemah juga tidak membantu, dengan syarikat seperti Axiata Group Bhd dan Nestle Malaysia Bhd tidak mencapai sasaran.

Perolehan korporat Malaysia tertinggal di belakang negara jiran apabila susut 3.15 peratus tahun lalu, berbanding kenaikan 8.8 peratus di Singapura dan 18 peratus di Indonesia.

Perolehan korporat tempatan dijangka hanya meningkat satu hingga dua peratus tahun ini, kata Ahli Strategi Morgan Stanley Asia Tenggara, Sean Gardiner.

“Kita perlu melihat kegusaran kembali ke pasaran sedang pesat membangun supaya pelabur menghargai situasi Malaysia yang bertahan,” katanya.

Bagi menarik pelabur, Malaysia memperkenalkan pelan ekonomi lima tahun yang menjanjikan ketelusan dan pembaharuan institusi.

Ia menyasarkan untuk menangani pertumbuhan produktiviti, menyeragamkan perbelanjaan kerajaan untuk mengelakkan rasuah dan melebarkan ruang fiskal dengan menaikkan pematuhan cukai.

Namun, segala-galanya lebih mudah untuk dirancang dan persoalannya sekarang adalah pelaksanaan, kata Ketua Penyelidikan Ekuiti Serantau RHB Bank Bhd, Alexander Chia.

“Yang jelas, terdapat banyak risiko pelaksanaan dan pastinya banyak risiko politik.”

Beliau berkata, ia tidak hanya berlaku di Malaysia, kerana perubahan kerajaan di India dan Indonesia menjadikan pasaran bergelut selama 18 bulan sebelum menunjukkan isyarat pemulihan.

Indeks S&P BSE Sensex susut lima peratus selepas pilihan raya 2014 sebelum menokok dua peratus pada 2016 dan 28 peratus pada 2017.

Indeks Komposit Jakarta pula menjunam 12 peratus pada 2015, setahun selepas pilihan raya sebelum melantuk 15 peratus pada 2016.

Kes Malaysia mungkin dirumitkan oleh jangkaan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijanjikan kerusi berkenaan sebelum pilihan raya.

Anwar, yang memimpin parti terbesar dalam pakatan pemerintah berkata, Dr Mahathir dengan ‘amat jelas’ memberitahu peralihan akan berlaku menjelang Mei tahun depan. - BLOOMBERG


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/03/539966/malaysia-satu-satunya-pasaran-saham-asia-susut-tahun-ini
 
Sponsored Post
Sponsored Post

arizo razzo

Active Member
Joined
Nov 23, 2011
Messages
2,473
Reaction score
66
Points
48
setiap negara yg bertukar kerajaan mesti ekonomi jatuh, pelabur nak tengok dulu kerajaan baru stabil ke tak, lagi pun ni first time dlm sejarah malaysia bertukar kerajaan.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
39,955
Reaction score
827
Points
113
politic effect .... at least 2-3 tahun gak nk pulih ni... tp dgn ekonomi global yg slow dan isu AS-CHINA trade war... mau sampai pru15 x pulih...
 

wataktau

Permanently Banned
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
419
Points
0
setiap negara yg bertukar kerajaan mesti ekonomi jatuh, pelabur nak tengok dulu kerajaan baru stabil ke tak, lagi pun ni first time dlm sejarah malaysia bertukar kerajaan.
Mengarut! Thailand dah beberapa kali tukar kerajaan siap tentera ambik alih. ekonomi makin mantap, currency makin kukuh dan pasaran saham menaik.

Faktor dia sebab rakyat tukar pada kerajaan yg lbh baik jadi pelabur yakin.

Masalah kita rakyat tukar pada kerajaan yg lebih bon.gok yg matlamat utama hanya untuk mendajal hak dan kuasa orang melayu. Menteri2 guna ijazah palsu padahal spm pun tak lepas. Cam mana pelabur tak cabut lari.

Ingat pemerintah yg bon.gok lahir dari pengundi yg bon.gok.

Inilah hasilnya.
 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3

Najib Razak
40 mins ·

Ada page FB jahat yang tuduh saya membayar Bloomberg untuk tweet carta ini.

Ini fitnah!

Saya atau BN tidak pernah bayar sesiapa untuk mengeluarkan fakta tentang ekonomi kita selepas PRU14 ini.

Nota: Garis hitam melambangkan keuntungan syarikat-syarikat di Malaysia manakala garis merah ialah indeks Bursa Saham kita.

Kedua-dua jatuh menjunam selepas PRU14 akibat ekonomi yang terus merosot di bawah PH.

https://twitter.com/business/status/1105257611392356352



=====

Najib Razak
21 hrs ·

Media antarabangsa Bloomberg melaporkan bahawa antara semua pasaran di Asia, hanya Bursa Malaysia sahaja yang turun pada tahun ini.

Antara contoh yang diberi mereka ialah bursa saham Singapura naik 4%, Indonesia naik 3% manakala Bursa Malaysia turun 1%.

Kita melawan arus ini

Bloombeerg juga meramalkan keadaan ini tidak akan berubah untuk Malaysia selepas mendengar pendapat dari beberapa pakar kewangan Asia.

Seorang pakar yang ditemuduga oleh Bloomberg pula menyebut pengumuman dan polisi dari kerajaan PH sebagai "talk is cheap".

Menteri Kewayangan mesti bangga ni.

 

fms

Legendary Member
Joined
Feb 10, 2007
Messages
19,745
Reaction score
187
Points
63
klu slalu buat perhimpunan, pelabur pon takut nak masuk..
takut opis kene pecah..

bab perhimpunan tu, media mcm facebook mesti sebarkan sampai ke satu dunia tau kisah yg berlaku kat Malaysia..
 

kundur75

Active Member
Joined
Sep 12, 2011
Messages
1,173
Reaction score
59
Points
0
mungkin antara soalan yang akan dibangkitkan dalam dewan nnt..tunggulah nobita jawab apa nnt
 

wataktau

Permanently Banned
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
419
Points
0
klu slalu buat perhimpunan, pelabur pon takut nak masuk..
takut opis kene pecah..

bab perhimpunan tu, media mcm facebook mesti sebarkan sampai ke satu dunia tau kisah yg berlaku kat Malaysia..
Indonesia, korea dan thailand selalu je buat perhimpunan tak ada pun pelabur lari. Tak kan kita yg sekali sekala yg buat perhimpunan pelabur lari pulak
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
39,955
Reaction score
827
Points
113
Mengarut! Thailand dah beberapa kali tukar kerajaan siap tentera ambik alih. ekonomi makin mantap, currency makin kukuh dan pasaran saham menaik.

Faktor dia sebab rakyat tukar pada kerajaan yg lbh baik jadi pelabur yakin.

Masalah kita rakyat tukar pada kerajaan yg lebih bon.gok yg matlamat utama hanya untuk mendajal hak dan kuasa orang melayu. Menteri2 funa ijazah palsu padahal spm pun tak lepas. Cam mana pelabur tak cabut lari.

Ingat pemerintah yg bon.gok lahir dari pengundi yg bon.gok.

Inilah hasilnya.
sentimen politik mesia x samai dgn thai.... mesia ni pelbagai kaum... so sentimen agak complicated.... thai ni lebih pada rampasan kuasa.... ade monarki sistem yg simple ... mesia ada 9 raja.... lg rumit n unik....:">
 

hellspermaster

Active+ Member
Joined
Aug 23, 2013
Messages
2,938
Reaction score
73
Points
41
Mengarut! Thailand dah beberapa kali tukar kerajaan siap tentera ambik alih. ekonomi makin mantap, currency makin kukuh dan pasaran saham menaik.

Faktor dia sebab rakyat tukar pada kerajaan yg lbh baik jadi pelabur yakin.

Masalah kita rakyat tukar pada kerajaan yg lebih bon.gok yg matlamat utama hanya untuk mendajal hak dan kuasa orang melayu. Menteri2 guna ijazah palsu padahal spm pun tak lepas. Cam mana pelabur tak cabut lari.

Ingat pemerintah yg bon.gok lahir dari pengundi yg bon.gok.

Inilah hasilnya.
Aku sangat2 setuju. Pengundi PH acah2 bijak. Sekali kena lipak. Bo.ngok
 
Sponsored Post
Top
Log in Register