Malaysia satu-satunya pasaran saham Asia susut tahun ini

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,250
Reaction score
20,821
Points
1,661
Najib Razak
1 hr ·

Menteri Kewayangan ditanya mengapa pasaran saham Malaysia adalah paling merosot di rantau Asia untuk tahun ini dan mengapa semua bursa saham di negara-negara lain di Asia naik dan Malaysia satu-satunya yang turun,

Dia jawab: "Bursa Saham diluar kawalan kerajaan".

Tahun lepas turun teruk. Tahun ini turun lagi.

Tapi dia kata dia tak boleh kawal.

Pasaran saham sebuah negara mencerminkan keadaan ekonomi, keyakinan pelabur terhadap sebuah negara dan polisi-polisi kerajaan.

Nampaknya semua itu juga diluar kawalan kerajaan dan Menteri Kewayangan juga.

Harga telur tak boleh kawal. Harga saham pun tak boleh kawal.

Apa yang kerajaan PH kawal sebenarnya?

 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,250
Reaction score
20,821
Points
1,661
Najib Razak
3 hrs ·

Ekonomi Malaysia kehilangan nilai RM200 bilion akibat dari kejatuhan Bursa Saham Malaysia sahaja sejak PH menang.

Nilai Bursa Malaysia jatuh dari RM1.9 trilion dari akhir tahun 2017 kepada RM1.7 trilion pada akhir 2018.

Tahun ini jatuh lagi.

Kehilangan nilai ini ialah dari tabung-tabung rakyat seperti PNB, Tabung Haji, KWSP, Khazanah serta pelaburan unit amanah and saham rakyat.

Wang Rakyat juga yang hilang.

Semasa saya menjadi PM pada April 2009, jumlah nilai Bursa Malaysia hanya RM790 bilion sahaja.

Kerajaan BN dahulu semasa saya PM berjaya meningkatkan ini menjadi RM2 trilion pada masa kita kalah PRU14 pada Mei tahun lepas.

https://www.thestar.com.my/business...rank-nearly-11pct-to-rm1pt7-trillion-in-2018/

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,250
Reaction score
20,821
Points
1,661
Najib Razak
1 hr ·

Pagi ini, Bursa Malaysia sekali lagi menjadi "sole loser" di Asia akibat kejatuhan harga saham bank-bank kita.

Beberapa pemerhati Bursa berpendapat bahawa ini berpunca dari kenyataan Menteri Kewayangan kita baru-baru ini yang ugut mahu kenakan cukai durian runtuh (windfall tax) ke atas bank-bank.

‘Be flexible or prepare for windfall tax’, Guan Eng warns banks
https://www.hatred contents/news/ma...for-windfall-tax-guan-eng-warns-banks/1734171

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,250
Reaction score
20,821
Points
1,661
Bursa Malaysia jatuh 20.55 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan prestasi berbeza berbanding aliran positif di kebanyakan bursa serantau Asia untuk ditutup pada paras terendah harian hari ini, kali kedua bagi minggu ini, berikutan pengambilan untung berterusan dan pelabur enggan mengambil risiko menjelang pengumuman mengenai data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Februari.


Peniaga berkata sebilangan pelabur bersikap berhati-hati sebelum data IHP itu dikeluarkan esok, memandangkan laporan baru-baru ini menjangkakan Malaysia mengalami bacaan rendah 0.4 peratus tahun ke tahun pada Februari telah membuatkan mereka bimbang.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 20.55 mata atau 1.22 peratus kepada 1,663.66 daripada 1,684.21 ketika ditutup pada Rabu.

Selepas dibuka 3.43 mata lebih baik pada 1,687.64, pasaran bergerak antara paras 1,663.66 dan 1,689.61 sepanjang hari ini.

Peniaga berkata pelabur bimbang mengenai data IHP selepas negara merekodkan penyusutan IHP 0.7 peratus tahun ke tahun pada Januari, deflasi pertama sejak 2009.

“Kita menyaksikan aktiviti pengambilan untung masih berterusan, ini kerana peserta pasaran menjual pegangan mereka baru-baru ini.

“Bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan pasaran Asia, laporan mengenai kecenderungan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat berpihak kepada kadar faedah rendah berbanding menaikkan kadar itu gagal menyokong prestasi Bursa Malaysia sehingga dagangan berakhir hari ini,” katanya.

Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.19 peratus kepada 3,213.65, Indeks Komposit Shanghai China menokok 0.35 peratus kepada 3,101.46 dan Indeks Komposit Kospi Korea Selatan meningkat 0.36 peratus kepada 2,184.88.

Pasaran Jepun ditutup sempena cuti hari ini manakala Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.85 peratus kepada 29,071.56.

Di papan skor, lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 547 berbanding 302, manakala 409 kaunter kekal tidak berubah, 634 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.96 bilion unit bernilai RM2.15 bilion berbanding 2.58 bilion unit bernilai RM1.82 bilion pada Rabu.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank turun tujuh sen kepada RM9.40, Tenaga susut 14 sen kepada RM12.88, Petronas Chemicals kurang 10 sen kepada RM9.04, manakala CIMB dan IHH masing-masing menguncup enam sen kepada RM5.33 dan RM5.79.

Nestle terus mendahului senarai rugi dengan merosot RM2.20 kepada RM145.50, diikuti oleh empat kaunter berkaitan KLCI - Public Bank turun 60 sen kepada RM23.86, PPB dan KLK masing-masing susut 50 sen kepada RM17.82 dan RM24 .48, serta Hong Leong Bank kurang 46 sen kepada RM20.34.

Antara saham paling aktif, Sapura Engergy dan warannya masing-masing menambah satu sen kepada 35 sen dan 14.5 sen, Dynaciate naik setengah sen kepada 10 sen, Perdana Petroleum kurang satu sen kepada 42 sen manakala Sino Hua-An tidak berubah pada 25.5 sen.

Indeks FBM Emas merosot 105.75 mata kepada 11,654.51, FBMT 100 turun 105.92 mata kepada 11,508.12, Indeks FBM Emas Syariah kurang 78.48 mata kepada 11,709.81, Indeks FBM Ace susut 21.57 mata kepada 4,779.33 manakala FBM 70 naik 17.29 mata kepada 14,182.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 225.12 mata kepada 17,219.51, manakala Indeks Perladangan turun 95.40 mata kepada 7,208.74 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.23 mata kepada 168.72.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.11 bilion saham bernilai RM1.95 bilion berbanding 1.74 bilion saham bernilai RM1.64 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 584.81 juta unit bernilai RM127.72 juta berbanding 475.70 juta unit bernilai RM106.15 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 267.35 juta saham bernilai RM64.37 juta berbanding 363.57 juta saham bernilai RM72.72 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 214.80 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (641.28 juta), pembinaan (128.77 juta), teknologi (102.70 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (65.87 juta), hartanah (112.93 juta), perladangan (43.47 juta), REIT (14.78 juta), dana tertutup (600), tenaga (647.10 juta), penjagaan kesihatan (30.90 juta), telekomunikasi dan media (37.96 juta), pengangkutan dan logistik (51.60 juta) dan utiliti (19.67 juta). - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2019/03/543892/bursa-malaysia-jatuh-2055-mata
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,250
Reaction score
20,821
Points
1,661
Ahza Adhwa
9 hrs

Aku nak cerita betapa haramnya Guan Eng.

+ Dia jadi Menteri Kewangan pertama yang sokong sub prime lending. Apa itu subprime lending? Bank-bank kasi kelonggaran pinjaman kepada mereka yang tak layak meminjam.

+ Guan Eng ugut kalau tak buat, kerajaan akan kenakan Wind fall tax pada syarikat bank-bank di Malaysia. Apa tu wind fall tax? Satu cukai ke atas keuntungan 'excessive'. How and what is excessive masih tidak ada clarity.

__

Kronologi sebenar punca kejatuhan saham sektor perbankan pagi tadi:

19 Mac 2019
Guan Eng memberitahu para pelabur di Time Investing Malaysia bahawa kerajaan persekutuan akan mengenakan 'Wind Fall Tax' pada bank-bank di Malaysia jika bank-bank tidak mengurangkan kelonggaran meminjam.

https://www.nst.com.my/business/201...indfall-tax-unless-banks-start-being-flexible

21 Mac 2019
Di Parlimen sekitar pukul 10:30 hingga 11:00 pagi tadi, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan telah menjelaskan bahawa kerajaan tidak berniat untuk mengenakan cukai "Wind Fall". Tetapi, beliau menggesa supaya bank-bank melonggarkan syarat untuk memberi pinjaman kepada pemohon (juga dikenali sebagai subprime lending).

https://www.theedgemarkets.com/article/guan-eng-clarifies-bank-windfall-tax-remark

_

Berdasarkan kenyataan tersebut, para pelabur telah menganggapkan bahawa kerajaan Malaysia bersifat mesra dengan 'subprime lending' dalam insititusi kewangannya. Merujuk kepada peristiwa krisis kewangan tahun 2007-2008 yang membankrapkan Lehman Brothers, para pelabur (kebanyakkannya FM) tidak mahu mengambil risiko untuk meletakkan duit dalam sektor perbankan/kewangan Malaysia di mana kerajaan, melalui Menteri Kewangan telah mengalakkan subprime lending.

Pukul 4 petang, ekuiti-ekuiti masih belum lagi pulih akibat 'remarks' itu.


 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
910
Points
171
bak kata cai PH ..

bersusah susah dulu zaman PH utk kesenangan kemudian hari..

yg bagi kesan semua nie adalah menteri kewangan..sebab tu portfolio paling penting

bukan PM..mahathir hanya badut..akui sahaja
 
Last edited:

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,052
Reaction score
707
Points
71
Go guan eng go.....let finish your game....welcome back the value of coin...:)):))
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,779
Reaction score
419
Points
81
we r not absolute monarki bro.... agung kite ade kuasa mutlak ke cam raja siam? :))
Kena fhm bro apa tu raja berperlembagaan.....br view akan jelas....kt betoi2 ikut model British....
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,779
Reaction score
419
Points
81
Prestasi saham di luar kawalan kerajaan, kata Guan Eng



KUALA LUMPUR 13 Mac - Prestasi Bursa Malaysia yang merosot adalah di luar kawalan pihak kerajaan dan tertakluk kepada keadaan pasaran.


Bloomberg semalam melaporkan indeks FBM KLCI susut lebih satu peratus tahun ini manakala Singapura melonjak lima peratus dan Indonesia pula naik tiga peratus.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kadang-kala apabila prestasi saham negara asing naik, FBM KLCI akan turun dan apabila pasaran negara menokok, ada juga pasaran lain jatuh.

Beliau bagaimanapun akui Bloomberg dan media lain mempunyai hak untuk melaporkan sedemikian.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan Bloomberg mengenai Malaysia sebagai satu-satunya pasaran yang mencatat penurunan.


http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...-luar-kawalan-kerajaan-1.860107#ixzz5i2RPXMJQ

Dpt menteri kewangan yg xfhm tentang kewangan nie memang naya la rakyat Malaysia....ang tu decision maker, apa yg kluaq dr mulut ang market akan ikut jgk.....adoi basic yg tu pun lge xtau ka.....teruk dh mcm nie.....
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,027
Reaction score
494
Points
96
guang eng sudah gagal menjalan tugas beliau menjaga wang negara. fire sajalah buat apa simpan lagi ?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register