afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PAS lebih berminat isu dasar luar negara berbanding TH, kata Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kata kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim selari dengan dasar luar negara.
Beliau berkata laporan RCI berkenaan membongkar kerosakan dan ketidakcekapan pengurusan akaun serta pelaburan institusi berkenaan antara 2014 hingga 2017, termasuk kerugian melibatkan jutaan ringgit.
“Kenapa pihak-pihak tertentu termasuk rakan-rakan dari PAS, dalam bab yang jauh dari kita banyak komentar, tapi yang sangat dekat dengan kita termasuk TH kita tidak mendengar sepatah pun sebenarnya pendirian mereka mengenai isu kerosakan yang telah berlaku seperti terkandung dalam laporan RCI Tabung Haji.
“Saya harap mereka dapat lebihkan masa menelaah dan membahaskan perkara itu kerana mereka telah ‘lari’ dari Dewan Rakyat waktu rakyat mengharapkan pihak pembangkang membahas,” katanya, lapor Bernama.
Terdahulu, PAS berkata penegasan pendirian Malaysia mengenai dasar ‘Satu China’ bukan masalah, namun mempersoalkan kenyataan Anwar yang melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China ‘noktah’, dan perbandingan yang dibuat dengan situasi di Malaysia dengan penggunaan kekuatan ketenteraan sebagai pilihan bagi menghalang mana-mana negeri yang mahu ‘menarik diri’ daripada persekutuan.
Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata kenyataan Anwar itu, dibuat dalam temubual Al Jazeera, telah meletakkan negara dalam kedudukan diplomatik yang sukar.
Fahmi bagaimanapun berkata pendirian Malaysia berhubung isu China dan Taiwan konsisten serta tidak berubah sejak pentadbiran Abdul Razak Hussein.
Menurutnya, pendirian dinyatakan Anwar selari dan konsisten dengan dasar luar negara yang dipegang Wisma Putra sejak sekian lama.
“Tak benar (tuduhan Takiyuddin). Saya lihat ada dua perkara… pertama, pendirian Malaysia mengenai isu tersebut adalah sejak dari zaman Abdul Razak dan pendirian kita tidak pernah berubah.
“Perdana menteri hanya menyatakan apa yang konsisten dengan pendirian Wisma Putra. Jadi tidak ada perubahan ataupun perbezaan dalam hal itu,” katanya.