BTC USD 84,118.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pangkat-pangkat dalam pdrm

302

Legendary Member
gem
Messages
10,840
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,840
Reaction score
65
Points
125
Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Komisioner (ACP - IGP), Kumpulan Superintendan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Pegawai-Pegawai Kanan Polis
Inspektor General Polis (IG)
Deputi Inspektor General Polis (DIG)
Komissioner Polis (CP)
Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP)
Deputi Komisioner Polis (DCP)
Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
Asisten Komisioner Polis (ACP)
Superintendan Polis (SUPT.)
Deputi Superintendan Polis (DSP)
Asistan Superintendan Polis (ASP)
Inspektor (INSP)
Inspektor Percubaan (P/I)

Pegawai Rendah Polis
Sub-Inspektor (SI)
Sarjan Mejar (SM)
Sarjan (SJN)
Koperal (KPL)
Lans Koperal (L/KPL)
Konstabel (KONST)

pangkatpolis.jpg
 
Last edited:
Semenjak kecik lagi aku memang minat pangkat-pangkat dalam PDRM ni.
Suka pakai uniform Ayah aku.:eek:
 
Semenjak kecik lagi aku memang minat pangkat-pangkat dalam PDRM ni.
Suka pakai uniform Ayah aku.:eek:

haha..bapak kite same polis:)cgrock
 
selamat hari polis (semalam 21/03/2012)
 
Baru tadi aku sarapan kat bawah, nampak 2 orang polis pangkat pegawai. Tertanya sendirian aku, apakah pangkat beliau. Sorang tu ada 3 bunga paku, bila aku rujuk sini, ada dua jawatan yang ditulis, satu cif inspektor dan ASP. mana satu betul. Tapi tadi ada sorang pakai bunga paku 2 saje, pangkat inspektor lah kot no...
 
kalo ade 3 paku ko tgk kat koler, kalo ade logo pdrm tue cif inspektor, kalo ade perkataan pdrm ngan background itam tue asp..2 paku inspektor
 
bapak kite pon polis DSP :">

Selamat hari polis ayah!
 
aku pon cket lagi nak jadi inspektor tp xde rezeki heheh
 
Back
Top
Log in Register