BTC USD 84,018.1 Gold USD 4,279.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Pac boleh tahan lagi..ada pembangkang kat dalam.. klau lepas pac pun xde pape..mmgcelan la.. xpun pembangang 2 x 5 .haha

hangpa igt pembangkang betul ker leh harap haha..dgn duit apa leh jd bro....hehe
 
hangpa igt pembangkang betul ker leh harap haha..dgn duit apa leh jd bro....hehe

itu yg den risau,... politican sorg pun den xpercayo...:eek::eek::eek:
 
nak audit bagi tau bila nak dtg , sempat lg nak bakar fail x brkenaan,
 
haha
awal2 lagi dah kalah majoriti...
8-5


ok boleh bungkus!
 
hangpa igt pembangkang betul ker leh harap haha..dgn duit apa leh jd bro....hehe

Kemungkinan ini berlaku memang ada. Sedangan ahli politik pun boleh lompat kalau ada insentif.

Kita semua sebagai rakyat biasa cuma dapat berharap dan berdoa semoga kredibiliti ahli2 dalam PAC ini dipelihara olehNya dan mereka dapat menjalankan tugas dengan jujur dan amanah tanpa halangan, sekatan dan campurtangan.

Itu sahaja yang kita harap. Kalau tidak dibongkar secara rasmi, sampai bila nak baca kisah 1MDB ni di media alternatif atau media luar negara.
 
hmm...dua2 geng gov..hmm..xdela telus mane
 
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengalu-alukan kesediaan syarikat pelaburan strategik, 1MDB untuk hadir di hadapan jawatankuasa ini bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai operasi dan pelaburan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui PAC belum bercadang memanggil 1MDB buat masa ini tetapi mengalu-alukan 1MDB untuk hadir secara sukarela.

Kemaskini Terakhir pada: 27 Januari 2015

PAC pernah beri peluang 1MDB datang menghadap secara sukarela.
 
Saya pasti akan hadir prosiding PAC, kata Pengerusi 1MDB

KUALA LUMPUR – Pengerusi syarikat pelaburan strategik 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin menyatakan komitmen sepenuhnya untuk hadir dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sekiranya dipanggil.

Kata Lodin, beliau akan memberi kerjasama penuh bagi tujuan penyiasatan ke atas syarikat milik Kementerian Kewangan itu yang didakwa kononnya terdapat penyelewengan di sebalik pelaburan yang dibuat.

“Jika mereka jemput, saya pasti akan hadir. Saya masih belum periksa dengan pengurusan, saya belum terima apa-apa lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat beli belah Boustead’s MyTown di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di sini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pihaknya akan memulakan prosiding siasatan ke atas syarikat 1MDB pada 19 Mei ini selepas ahli PAC sebulat suara bersetuju dalam perbincangan khas pada 30 April lalu.

Kata Jazlan, prosiding itu akan dimulakan dengan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.

Pada 26 Mei 2015 pula, PAC akan meneruskan prosiding dengan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika ini, Arul Kanda Kandasamy serta Mantan CEO 1MDB pertama, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi yang berkhidmat daripada tahun Mac 2009 hingga Mac 2013.

Meskipun 1MDB dikecam pelbagai pihak akhir-akhir ini, Lodin menegaskan tiada apa yang disembunyikan daripada pengetahuan umum berhubung operasi syarikat itu.

“Tidak ada setakat yang saya tahu,”
ujarnya.

Sumber: http://selangorpost.com/?p=3023
 
Back
Top
Log in Register