BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

PAC mungkin tak dapat soal siasat Jho Low

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mungkin tidak dapat untuk memanggil Jho Low bagi disoal siasat kerana undang-undang menghadkan skopnya kepada kakitangan kerajaan dan mereka yang berkhidmat dalam GLC.

Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw (gambar, duduk kiri) berkata oleh itu PAC perlu mengkaji undang-undang secara terperinci untuk melihat sama ada Low boleh dipanggil.

Akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan Tan berkata pihaknya akan memfokuskan kepada empat orang pegawai.

"Mereka akan memberi kita banyak maklumat," kata Tan dalam laporan akhbar tersebut.

Mereka termasuk ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan ketua pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Datuk Seri Rahmat Bivi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO 1MDB Datuk Shahrul Ibrahim Halmi.

"Kita akan cari siapakah pembuat keputusan," kata Tan, yang juga ahli Parlimen Kepong.

Sesi pendengaran PAC mengenai perkara berkaitan dengan 1MDB dijadualkan pada 19 hingga 26 Mei ini.

Beberapa pemimpin tinggi Umno telah menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat Low ekoran beberapa pendedahan oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Laman web itu mendakwa Low mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pembuat keputusan 1MDB dan didakwa telah mendapat manfaat daripada urusniaga syarikat itu.

Low menafikannya dan mendakwa 1MDB telah beberapa kali mendapatkan nasihat berhububung perniagaan dengan mereka di Timur Tengah.

Dia juga mendakwa telah dijadikan kambing hitam atas keputusan buruk yang dibuat oleh 1MDB. Low tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam 1MDB.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/298476
 
aku rasa Jho Low nih xder pun dlm carta organisasi...:D

Memang tiada. Pasal tu PAC tidak boleh panggil melainkan dia serah diri. Yang boleh panggil SPRM tetapi...

Terdahulu di dalam laman khairuddinhassan.blogspot.com, Khairuddin menyelar tindakan sebuah stesen televisyen yang menggunakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai medium untuk mengkritik Dr Mahathir di dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tunku Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh lagi cakap politik. Dia kena bersikap neutral dan adil kepada semua pihak.

"Di dalam siaran itu, Tunku Aziz bercakap seolah-olah dia mempertahankan 1MDB. SPRM sendiri belum siasat kes 1MDB yang saya laporkan dan belum buat sebarang kesimpulan terhadap laporan siasatan kes itu.

"Tidak terfikirkah Tunku Aziz yang kenyataan menyokong 1MDB baik secara langsung atau tidak langsung itu bakal memberi persepsi negatif akan kredibiliti SPRM dalam menyiasat kes itu? Dikhuatiri nanti rakyat akan menolak dari awal lagi siasatan SPRM kerana Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM sendiri sudah begitu teruja menyokong 1MDB,"
jelasnya.


Sumber: http://www.astroawani.com/berita-po...-tolak-sikap-angkuh-nazri-khairuddin-59917?cp
 
klu betulah 1mdb flop aku x tau menteri mana selepas hassan malek backing pm kita..harap pm ada jawaban terbaik dari terus berdiam
 
Ramai jugak yg berpendapat negatif pada pac dalam threadni...

Aku pulak bersemangat baca 1st post, ade juga nampak usaha nak siasat
Harap usaha pac ni menampakkan sesuatu
 
Jangan menghukum tanpa fakta kukuh - 1MDB

KUALA LUMPUR: Syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggesa awam dan pelbagai pihak untuk bersabar sementara menunggu keputusan semakan bebas oleh Ketua Audit Negara.

"Kami meminta bahawa tidak ada yang menghukum perkara itu tanpa fakta sebelum ulasan didedahkan kepada umum.

"Lembaga mengambil tuduhan berniat jahat dan fitnah secara serius dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Lembaga itu juga menegaskan bahawa akaun 1MDB diaudit oleh sebuah firma audit antarabangsa, Deloitte.

Ia turut berkata buat masa ini, lembaga pengarah dan pengurusan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam proses siasatan dalam syarikat itu.

Sebelum ini, PAC berkata ia akan memulakan prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.

Tambahnya, pada minggu berikutnya, 26 Mei 2015 pula akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika ini, Arul Kanda Kandasamy serta Mantan CEO 1MDB pertama, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi yang berkhidmat daripada tahun Mac 2009 hingga Mac 2013.

Nur Jazlan berkata PAC secara sebulat suara bersetuju untuk memulakan prosiding siasatan terhadap syarikat 1MDB dalam satu perbincangan khas yang diadakan pada 30 April lalu.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-menghukum-tanpa-fakta-kukuh-1mdb-60032?cp
 
1MDB tangkis kritikan mengenai audit, ugut saman

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini bertegas kewangannya sudah melalui audit oleh firma antarabangsa, sambil memberi amaran akan menyaman pihak yang melemparkan kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

"Lembaga ingin menekankan akaun 1MDB diaudit oleh firma antarabangsa Deloitte," menurut kenyataannya di Kuala Lumpur malam ini.

Ia susulan kritikan terbuka Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak semalam yang mempersoalkan sikap berlengah lembaga pengarah 1MDB dalam melantik juru audit bebas bagi menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan berkenaan hutang RM42 yang ditanggungnya. Adik kepada perdana menteri itu turut berkata sekiranya 1MDB tidak berbuat demikian, ahli lembaga dan pengurusannya perlu meletak jawatan.

1MDB berkata Deloitte mengesahkan akaun 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tanpa syarat, dan begitu juga firma audit KPMG yang mengesahkan akaun 2010, 2011 dan 2012.

"Lembaga melihat dengan serius tuduhan berniat jahat dan fitnah dan berhak mengambil tindakan undang-undang," tambahnya.

Menurut 1MDB, pihak lembaga dan pengurusan bekerjasama dengan ketua audit negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang mengkaji aktiviti dan akaun syarikat.

"Secara khususnya, ketua audit negara sedang menjalankan pemeriksaan bebas ke atas akaun 1MDB seperti dipersetujui Kabinet Malaysia," katanya, dan menambah ia berharap semua pihak berkepentingan akan bersabar sehingga keputusan audit diumumkan.

Selasa lalu, Jabatan Audit Negara berkata laporan awal pengauditan akan dibentangkan kepada PAC selewat-lewatnya akhir Jun ini.

"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini,"
kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Jabatan Audit menjalankan audit dan mengemukakan laporan bagi tindakan PAC.

PAC berkata ia akan memulakan penyiasatannya sendiri pada Selasa depan dengan memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, bagi memberikan keterangan.

Kritikan terhadap syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, yang ditubuhkan pada 2009, kian memuncak susulan hutang RM42 bilion dan pelbagai pendedahan mengenai salah urus dan transaksi meragukan. – 15 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...engenai-audit-ugut-saman#sthash.2TotPS2u.dpuf
 
Back
Top
Log in Register