BTC USD 84,702.2 Gold USD 4,303.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Nampaknya ada ura2 terlepas.
 
kalo tak panggil Jho Low, apa hasilnya???
ahmadmaslan betul PAC ni.

mcm sia sia jgk
 
1MDB dakwa laporan media berat sebelah menjelang audit

Persoalan mengenai 1Malaysia Development Berhad(1MDB) yang ditimbulkan dalam laporan media dan ditujukan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) tidak adil kerana faktanya yang terpilih, kekurangan bukti, dan berat sebelah, kata lembaga pengarah syarikat sarat hutang itu.

Kenyataan 1MDB hadir selepas The Edge Financial Daily melaporkan mengapa lembaga pengarah syarikat sarat hutang itu perlu disiasat. Akhbar mingguan itu juga menujukan soalan kepada setiap lembaga pengarah.

Menurut 1MDB, lembaga pengarah syarikat pelaburan negara itu mengambil maklum mengenai beberapa persoalan yang dibangkitkan media bertujuan untuk menimbulkan pendapat awam sebelum PAC dan Ketua Audit Negara menyiapkan penilaian mereka.

"Kebenaran mesti berdasarkan fakta dan dikendalikan dengan kepercayaan, tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

"'Diadili melalui media' tidak menguntungkan mana-mana pihak yang mahu mencari kebenaran,"
katanya 1MDB dalam satu kenyataan hari ini. – 18 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...-sebelah-menjelang-audit#sthash.PzkHPnxO.dpuf
 
PAC buat kerja tanpa panggil Jho Low.
siapa yg percaya dgn report ni mmg pendek akal.
 
Juruaudit takkan tandatangan kalau benar 1MDB hilang RM42 bilion, kata Najib

Juruaudit antarabangsa Deloitte & Co tidak akan mengesahkan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar RM42 bilion hilang begitu sahaja dari dana itu, kata Datuk Seri Najib Razak kepada golongan veteran Umno hari ini.

Deloitte ialah juruaudit ketiga 1MDB sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009 bagi menerajui pembangunan dalam sektor-sektor strategik. Perniagaan utama 1MDB ialah pembangunan hartanah dan utiliti seperti loji tenaga dan air.

"Tak adalah RM42 bilion lesap sebab akaun itu diaudit oleh Deloitte. Juruaudit ini kalau RM1 juta hilang pun dia tak akan tandatangan," katanya kepada anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

"Ini RM42 bilion kata lesap, mana boleh lesap, tak lesap.. ada asetnya ada liabilitinya. Kalau kita ada formula, boleh selesai perkara ini.

"Tapi kalau kita politikkan, benda yang baik pun jadi tak baik,"
kata Najib pada majlis Sepetang Bersama Presiden di ibu pejabat Umno, petang ini.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...g-rm42-bilion-kata-najib#sthash.mxwRKZK1.dpuf
 
ckp bnyk lak munafik ni. mn Jho Low??
 
1MDB: 'Perbicaraan media' tiada faedah

1Malaysia Development Bhd meminta semua pihak menghormati proses semakan semula yang diketuai Ketua Audit Negara, seperti diarah oleh Kabinet, serta menunggu hasil pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan bermula esok.

Syarikat pembangunan strategik itu berkata lembaga pengarahnya mengambil maklum semua persoalan yang dibangkit menerusi media baru-baru ini.

"Berdasarkan pemilihan fakta yang dibentang, ketiadaan bukti menyokong dan laporan yang bias, jelas bahawa ia cubaan untuk membentuk pandangan umum sebelum PAC dan Ketua Audit negara selesai menjalankan semakan semula masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Usaha mencari kebenaran perlu berdasarkan fakta dan dijalankan oleh pihak yang boleh dipercayai, tidak bias dan adil.

'Perbicaraan menerusi media' tidak memberi faedah kepada mereka yang benar-benar inginkan kebenaran, katanya dan menambah jemaah lembaga akan bekerjasama penuh dengan dwipartisan PAC, Ketua Audit Negara serta pihak berkuasa berkaitan dan hanya akan menjawab soalan yang dikemukakan pihak berkenaan.

- Bernama
 
apasal bg tahu tarikh nak start siasat
apasal nak tunggu hingga berhari2

nih mcm polis bagi tahu tarikh nak buat operasi pd penjenayah.
peliknye kat malaysia.
 
Back
Top
Log in Register