combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,146
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,146
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ops Ulat KLIA: JPJ Kesan Pemandu e-Hailing Tidak Guna Aplikasi Untuk Raih Keuntungan
fb Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Operasi Ulat (Ops Ulat) dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 (T1) dan T2 mendapati terdapat pemandu e-hailing berlesen sengaja tidak menggunakan aplikasi tempahan bagi membolehkan mereka mengenakan caj lebih tinggi kepada pelancong untuk meraih keuntungan.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pemandu terbabit menunggu di balai ketibaan bagi memujuk pelancong, khususnya warga asing agar menggunakan perkhidmatan mereka secara terus tanpa melalui aplikasi yang menetapkan kadar tambang dan sistem giliran.
"Mereka memerangkap dan mengambil kesempatan ke atas pelancong yang tidak tahu bagaimana untuk pergi ke satu-satu tempat. Pelancong diperdaya oleh “ulat-ulat” ini dengan mengenakan bayaran sangat tinggi sedangkan bayaran sepatutnya kalau ke Kuala Lumpur antara RM65 hingga RM80 jika naik teksi.
"Tetapi (pelancong) dikenakan caj RM500 hingga RM800, yang menyebabkan pelancong ini balik (ke negara mereka) dan memberikan maklum balas yang negatif tentang negara kita," katanya pada sidang media sempena Ops Ulat KLIA di sini hari ini.
Beliau berkata kegiatan ulat yang dikesan di KLIA melibatkan individu yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan secara haram kepada penumpang baru tiba ke negara ini, dengan mengenakan caj jauh melebihi kadar munasabah bagi perjalanan ke Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
Aedy Fadly berkata antara kes dikesan membabitkan seorang pelancong dari China yang pada mulanya bersetuju membayar RM60 bagi perjalanan dari KLIA T2 ke Kuala Lumpur, namun kemudian diminta membayar RM836 setibanya di destinasi dan didakwa tidak dibenarkan keluar dari kenderaan sekiranya enggan membuat pembayaran.
"JPJ memandang serius kegiatan ini kerana bukan sahaja menyalahi undang-undang malah menjejaskan integriti sistem pengangkutan awam negara, merugikan pengusaha berlesen serta memberi imej negatif kepada Malaysia sebagai destinasi pelancongan," katanya.
Mengenai ops yang bermula 12 hingga 26 Jun itu, beliau berkata JPJ melaksanakannya secara besar-besaran dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), melibatkan anggota daripada JPJ Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
"Ada anggota kita yang menyamar sebagai pelancong dan ada juga yang kita gunakan warganegara dan bukan warganegara untuk kita dapatkan ulat-ulat ini yang mengambil kesempatan ke atas pelancong yang tiba di terminal KLIA," katanya.