BTC USD 82,099.2 Gold USD 4,161.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Non-farm payroll Amerika - dunia gementar!

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Non-farm payroll Amerika - dunia gementar!

Setiap bulan, ada satu statistik Amerika yang 'membahayakan'
orang yang main saham atau emas-perak mahupun bond.

Data ini diperhatikan satu dunia kewangan, bukan saja di Amerika,
kerana negara itu ialah ekonomi terbesar di dunia.

Memang ada beberapa statistik lain (GDP growth, inflation rate, CRB index),
tapi yang paling penting namanya ialah Non-farm Payroll data.

non.png


Ia menunjukkan kekuatan atau kelemahan ekonomi US of A.
Berapa banyak kerja dapat ditambah dalam sebulan yang lalu -
berapa pekerja ditambah kepada payroll majikan.

Ada perkataan 'non-farm' di depannya, kerana data itu TIDAK
termasuk berapa orang pekerja baru di sektor farming.

Ini kerana ladang-ladang di Amerika (jagung, gandum, apel,
lembu, ****, etc) akan mengambil ramai pekerja sambilan bila
masa menuai atau musim sembelih, tapi lepas tu pekerja sambilan dihentikan kerja.
Jadi payroll yang diperhatikan dunia ini ialah setiap bulan
berapa ramai pekerja baru yang diambil sepenuh masa oleh para majikan di Amerika.

Data untuk May yang baru dikeluarkan.
Terkejut dolar Amerika, indeks saham Dow Jones, emas-perak, bond.
Malah, sejak beberapa hari ini, dah teruk pun pasaran satu dunia.
Ini kerana jika ekonomi terbesar di dunia lemah, dan rasanya
akan terus lemah, maka barangan yang dikeluarkan satu dunia -
elektronik di Malaysia dan Singapork, tekstil Bangla, minyak-gas
Arab, kasut Indonesia, benda kecik-kecik seperti paku dan
pinggan dari China - semuanya mungkin tak laku sangat.

Jika ekonomi Amerika lingkup (recession), lagi hancus satu
dunia, melainkan jika ekonomi kedua terbesar China, ketiga
terbesar Jepun dapat berkembang pantas.

Tapi errr.... China pun lagi problem jugak - inflasi tinggi,
harga rumah makin mahal hingga rakyat marah, sibuk gaduh nak bebas bersuara.

Ekonomi Jepun? Sejak 15tahun ni kat situ juga. Dan kerana baru kena gempanaminuke (3 in 1), lutut makin lemah.

Jadi non-farm payroll May untuk US yang keluar yang lalu
lebih penting lagi!
Jika China goyang dan Jepun lemah, tapi US terus steady bagus sungguh.
Cara mereka kumpul data itu http://www.tradingeconomics.com/united-states/non-farm-payrolls

Beritanya buruk - hanya 54,000 orang dapat kerja baru bulan lalu.
Ini jauh di bawah jangkaan para economists.
Maknanya ekonomi US lebih lemah dari yang dijangka. http://www.housingwire.com/2011/06/03/nonfarm-payrolls-added-just-54000-jobs-in-may

04jobs-span-articleLarge.jpg

Job seekers at Los Angeles Mission's Skid Row Career Fair on Thursday.
http://www.nytimes.com/2011/06/04/business/economy/04jobs.html?_r=1&hp

Jumlah orang tidak bekerja di USA ialah 9 peratus!
Maknanya jika ada 100 orang, 9 tidak bekerja. Dan mereka bukan
baru hilang bekerja bulan lalu, tapi dah berbulan-bulan!!!

UNTUK kita di dunia sebelah sini, jika ekonomi Amerika terus
begini, payah beb. Nak buka akaun emas baru pun makin takut, nak
beli kereta atau rumah baru pun seram, sebab takut kena buang kerja dalam setahun dua ini.

Tak kira sama ada BN atau Pakatan jadi pemerintah. Benda-benda ekonomi ini - yang menentukan ialah negara besar, bukan Kak Mah atau Abang Nuar.

sumber
 
Kami dah biasa dengan NFP ni setiap bulan.

.
 
NFP skang dah kurang power..xseperti dulu2
 
info yang bagus....
 
Back
Top
Log in Register