rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
Noh Omar pada majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini, malam tadi. NSTP/Faiz Anuar
SHAH ALAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar akan membuat pengumuman berhubung isu pencalonan kerusi bagi Parlimen Tanjong Karang, hari ini.
Noh berkata, setakat ini hanya 21 watikah pencalonan diterima pada Majlis Penyerahan Watikah Calon Parlimen BN Selangor yang diadakan di semalam.
"Watikah pelantikan calon bagi Tanjong Karang masih belum peroleh dan saya hanya mengetahui bahawa Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof dipilih sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu menerusi media sosial.
"Sebab kenapa saya tidak dicalonkan di Tanjong Karang, kalau nak tahu..datang ke Tanjong Karang, esok (hari ini).
"Saya kena jelaskan perkara ini kepada pengundi-pengundi saya," katanya selepas majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini, malam tadi.
Noh berkata, sebelum penamaan calon dibuat, beliau ada berjumpa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan membawa 84 usul daripada cawangan Tanjong Karang yang meminta pucuk pimpinan mengekalkan namanya di Parlimen berkenaan.
"Presiden bagi tahu akan panggil saya semula untuk berbincang mengenai Parlimen Tanjong Karang dan hari ini (semalam) saya menunggu panggilan daripada pagi, malah turut menghantar pesanan WhatsApp kepadanya tetapi tiada respon, mungkin Presiden 'busy'," katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai sasaran kerusi yang ingin dimenangi di negeri ini, Noh berkata, jika BN Selangor memenangi 10 kerusi, ia sudah cukup membanggakan.
Katanya, komposisi calon parti itu pada PRU kali ini terdiri daripada 10 calon UMNO, lapan calon MCA, tiga calon MIC serta seorang calon Friends of BN iaitu Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).
Beliau berkata, 22 calon yang dipilih juga terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan termasuk tokoh muda dan calon popular.
"Barisan calon-calon yang akan bertanding pada Parlimen terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan dan bukan penyandang kerusi.
"Ada yang memang terkenal dan muka baharu seperti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Kewangan yang akan bertanding di Kuala Selangor, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh dan tokoh popular di media sosial yang akan bertanding di Shah Alam iaitu Hizatul Isham Abdul Jalil.
"Saya harap gabungan ini dapat berikan gambaran serta persepsi pada rakyat Selangor bahawa BN sedang membuat perubahan untuk pastikan 22 kawasan di negeri ini dapat dimenangi," katanya.