BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Noh Omar perjelas isu kerusi Parlimen Tanjong Karang hari ini

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261

Noh Omar pada majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini, malam tadi. NSTP/Faiz Anuar
Noh Omar pada majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini, malam tadi. NSTP/Faiz Anuar​






SHAH ALAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar akan membuat pengumuman berhubung isu pencalonan kerusi bagi Parlimen Tanjong Karang, hari ini.

Noh berkata, setakat ini hanya 21 watikah pencalonan diterima pada Majlis Penyerahan Watikah Calon Parlimen BN Selangor yang diadakan di semalam.

"Watikah pelantikan calon bagi Tanjong Karang masih belum peroleh dan saya hanya mengetahui bahawa Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof dipilih sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu menerusi media sosial.

"Sebab kenapa saya tidak dicalonkan di Tanjong Karang, kalau nak tahu..datang ke Tanjong Karang, esok (hari ini).

"Saya kena jelaskan perkara ini kepada pengundi-pengundi saya," katanya selepas majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini, malam tadi.

Noh berkata, sebelum penamaan calon dibuat, beliau ada berjumpa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan membawa 84 usul daripada cawangan Tanjong Karang yang meminta pucuk pimpinan mengekalkan namanya di Parlimen berkenaan.

"Presiden bagi tahu akan panggil saya semula untuk berbincang mengenai Parlimen Tanjong Karang dan hari ini (semalam) saya menunggu panggilan daripada pagi, malah turut menghantar pesanan WhatsApp kepadanya tetapi tiada respon, mungkin Presiden 'busy'," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sasaran kerusi yang ingin dimenangi di negeri ini, Noh berkata, jika BN Selangor memenangi 10 kerusi, ia sudah cukup membanggakan.

Katanya, komposisi calon parti itu pada PRU kali ini terdiri daripada 10 calon UMNO, lapan calon MCA, tiga calon MIC serta seorang calon Friends of BN iaitu Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Beliau berkata, 22 calon yang dipilih juga terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan termasuk tokoh muda dan calon popular.

"Barisan calon-calon yang akan bertanding pada Parlimen terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan dan bukan penyandang kerusi.

"Ada yang memang terkenal dan muka baharu seperti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Kewangan yang akan bertanding di Kuala Selangor, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh dan tokoh popular di media sosial yang akan bertanding di Shah Alam iaitu Hizatul Isham Abdul Jalil.

"Saya harap gabungan ini dapat berikan gambaran serta persepsi pada rakyat Selangor bahawa BN sedang membuat perubahan untuk pastikan 22 kawasan di negeri ini dapat dimenangi," katanya.
 
Tunggu mlm nie dia masih setia ngn umno atau dh bungkuih hehdhd
 
noh udang nk bg tumpah teh pulak ptg ni
 
apa kes?..aku tengok dia tak da melawan sangat macam Shahidan/Nuar musa/Tajuddin & sewaktu dengannya...
ke sebab dia buang anak mas bang jib hisham jalil?

kalau tak tercalon sempat lagi kot wasup abah cow? takkan la dia dah delete no phone abah cow kan?
 
apa kes?..aku tengok dia tak da melawan sangat macam Shahidan/Nuar musa/Tajuddin & sewaktu dengannya...
ke sebab dia buang anak mas bang jib hisham jalil?

kalau tak tercalon sempat lagi kot wasup abah cow? takkan la dia dah delete no phone abah cow kan?
Takde kes. Noh geng anti anwar. Simple
 


Jentera wanita tanjung karang dah cabut bendera semalam. Kihkih
taksub sungguh ye tengok gayanya
 
Back
Top
Log in Register