Jadi bagaimana nasib anak2 yang lahir hasil nikah mutaah ini?
Apabila tempoh nikah mutaah ni habis sedangkan telah lahir anak2 hasil perkahwinan tersebut, bagaimana kedudukan mereka?
Apabila ibunya berkahwin baru dan berkahwin mutaah sekali lagi dan lahir pula anak2 yang lain bagaimana nasib anak2 yang sebelumnya dan yang seterusnya?
Dan lagi kalau ibunya berkahwin mutaah lagi dan lagi dan lagi, sekian ramai anak2 lahir hasil kahwin mutaah ini bagaimana anak2 ini?
Apa hak2 mereka? Siapa yang wajib menanggung nafkah dan kebajikan mereka? Bagaimana dgn hak mewarisi harta?
Dan berapa kali seumur hidup seorang lelaki atau perempuan boleh melakukan kahwin mutaah?
Jika sekalipun lelaki berpoligami masih ada garis panduan, hukum dan syarat lelaki itu bertanggungjawab terhadap isteri2 dan anak2nya.
Diperjelas hak2 wanita2 yang menjadi isterinya emua berhak ke atasnya dan berhak mewarisi hartanya dan berhak ditanggung nafkah mereka olehnya.
Bagaimana dgn nikah mutaah pula sebagai perbandingan? Apa hak2 isteri2 yang dimadukan secara mutaah itu? Apa jaminan kebajikan mereka?
Tolong saya tak nak jawapan yang ringkas dan mudah dgn menyatakan walau apa kemusykilan saya tentang nikah mutaah ia termaktub halal dalam AL-Quran dan tidak boleh dipertikaikan dgn kemusykilan peribadi yang timbul pada diri saya.
Setiap hukum Allah setakat ini ada penjelasan yang dapat diterima setiap penganutnya hatta sepahit-pahit poligami masih dapat diterima jika perlaksaannya bersesuaian dgn syarat2 layak/harusnye berpoligami.