pak_tua_man
Freshie
- Messages
- 40
- Joined
- Feb 23, 2008
- Messages
- 40
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
Setiap hukum yang ALLAH Taala, pastilah ada perinciannya. Terima kasih atas soalan yang diajukan.Jadi bagaimana nasib anak2 yang lahir hasil nikah mutaah ini?
Apabila tempoh nikah mutaah ni habis sedangkan telah lahir anak2 hasil perkahwinan tersebut, bagaimana kedudukan mereka?
Apabila ibunya berkahwin baru dan berkahwin mutaah sekali lagi dan lahir pula anak2 yang lain bagaimana nasib anak2 yang sebelumnya dan yang seterusnya?
Dan lagi kalau ibunya berkahwin mutaah lagi dan lagi dan lagi, sekian ramai anak2 lahir hasil kahwin mutaah ini bagaimana anak2 ini?
Apa hak2 mereka? Siapa yang wajib menanggung nafkah dan kebajikan mereka? Bagaimana dgn hak mewarisi harta?
Dan berapa kali seumur hidup seorang lelaki atau perempuan boleh melakukan kahwin mutaah?
Jika sekalipun lelaki berpoligami masih ada garis panduan, hukum dan syarat lelaki itu bertanggungjawab terhadap isteri2 dan anak2nya.
Diperjelas hak2 wanita2 yang menjadi isterinya emua berhak ke atasnya dan berhak mewarisi hartanya dan berhak ditanggung nafkah mereka olehnya.
Bagaimana dgn nikah mutaah pula sebagai perbandingan? Apa hak2 isteri2 yang dimadukan secara mutaah itu? Apa jaminan kebajikan mereka?
Tolong saya tak nak jawapan yang ringkas dan mudah dgn menyatakan walau apa kemusykilan saya tentang nikah mutaah ia termaktub halal dalam AL-Quran dan tidak boleh dipertikaikan dgn kemusykilan peribadi yang timbul pada diri saya.
Setiap hukum Allah setakat ini ada penjelasan yang dapat diterima setiap penganutnya hatta sepahit-pahit poligami masih dapat diterima jika perlaksaannya bersesuaian dgn syarat2 layak/harusnye berpoligami.
Apabila pasangan yang bermuta’ah mendapat anak hasil dari mut’ah tersebut. Anak tersebut adalah dibawah tanggungjawab si suami . Lelaki tersebut adalah bertanggunjawab di atas nafkah dan makan pakai si anak untuk selama-lamanya
Perlu diketahui nikah mut’ah juga mempunyai iddah. Jadi siapa bapa sebenar bagi setiap anak yang dilahirkan adalah jelas.
Untuk pengetahuan saudara-saudara juga, hak ke atas perkahwinan mut’ah adalah berat kepada wanita. wanita yang menentukan mahar, wanita juga boleh meletakkan syarat-syarat dalam perkahwinan, dan lelaki yang ingin mengahwini wanita tersebut, perlu penuhi mahar dan syarat-syarat yang diletakkan.
Jika hak wanita dalam nikah daim (nikah biasa) ditentukan dalam atau selepasa perkahwinan (apabila penceraian atau kematian), Maka bagi nikah mut'ah, hak wanita ditentukan oleh wanita itu sendiri, sebelum perkahwinan. Mahar atau syarat-syarat yang tekandung dalam perkahwinan mut'ah dipersetujui sebelum akad dijalankan.
Jika seorang wanita meletakkan syarat, bermut’ah dengannya dengan syarat maharnya sebiji rumah untuk tempoh setahun. Maka wajiblah bagi lelaki yang ingin berkahwinnya memenuhi mahar tersebut. Jadi tidak timbul penindasan hak di sini.
Memang saya setuju dengan pandangan tuan bahawa setiap hukum tuhan pasti ada penjelasannya. Bagi saya yang jahil ini, rasanya inilah jawapan yang dapat saya berikan. Namun jika tuan masih musykil, sila kemukakan persoalan. Seorang yang jahil seperti saya akan menjawab semampu saya. Namun jika saya tidak tahu, saya akan bertanya dengan orang yang lebih arif untuk menjawab soalan yang dikemukakan
