BTC USD 81,159.0 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

Nabi Muhammad S.A.W ade ke penah wat nikah mutaah? nikah saje suke2 nk fulfil nafsu semata2 tanpa perlu pk tanggungjawab?
isk isk isk.

Bagaimana anda begitu yakin bahawa nikah mut`ah adalah jalan untuk bebas dari tanggungjawab? Bukankah namanya pun sudah NIKAH maka pasti ada tanggung dan jawabnya...
 
Inilah tugas yang telah dijalankan oleh pehak berkuasa setiap malam untuk membenteraskan kerja jahat dan munkar yang dilakukan dimana-mana. Yang kamu duduk nak bela mereka sangat tu, apa pasai pula adakah kamu pun sama seperti mereka, dua xlima saja. Demikianlah kita lakukan terhadap kumpulan yang mujrimin ,ini panduan yang telah digariskan agama kita, sebagai mana firmanNya bermaksud "demikianlah (membinasakan dan membalas dengan pembalasan yang setimpal) Kami lakukan dengan orang jahat Mursalat 18 .tak usahlah kita simpati dengan mereka .FirmanNya lagi bermaksud"apakah patut Kami jadikan orang Islam
(yang baik)itu, sama seperti orang mujrim(jahat.apalah kamu, boleh (bercelaru) hukuman(sedemikian )al Qalam 35-36 .

Tidak dinafikan bahawa penguatkuasa menjalankan tugas mereka menangkap mereka yang melakukan maksiat. Tapi adakah mereka membuat jalan penyelesaian atau mereka FINE sahaja? Adakah nafsu syahawat boleh ditahan2 dengan FINE tersebut?

Tuan, jika anda menyentuh soal hukum mut`ah, maka ada hak anda untuk katakan ia haram selepas pernah dihalalkan dulu. Tapi jangan sekali2 menuduh mereka yang melakukan mut`ah sebagai pembuat dosa (mujrim) kerana ia tetap sebuah hukum Allah yang pernah dihalalkan olehNya satu ketika dulu. Adakah satu ketika dulu Allah sengaja membiarkan manusia berkeadaan mujrim dalam melaksanakan hukum halalNya itu? Atau adakah hadits yang bagi anda ia diharamkan kemudian dalam teks hadits menyebut bahawa Allah akan mengampunkan kamu kerana pernah melakukan mut`ah?

Sudah pasti takde bukan..jadi hati2 tuan...hati2. Dalam anda membidas cari alasan yang benar2 tidak menyentuh kesesuaian hukum yang Allah aturkan.

Ini bukan seperti soal arak. meskipun ada yang mengharamkannya namun meminum arak tidak pernah diizinkan olehNya, hanya pengharaman sahaja yang ada. Jadi jika ada yang minum kini maka itulah mujrim. Sebaliknya pula bagi mut`ah. Sebuah hukum yang pernah dihalalkan kemudian bagi anda ia diharamkan, maka pembuatnya tidak dikira mujrim kerana mustahil Allah akan membiarkan sesuatu atau membuat aturan yang pernah dikategorikan sebagai maksiat dan mujrim.


Dimana kewarasan kamu wahai mereka yang bijak pandai dari kalangan syi'ah ,hadis larangan nikah mut'ah ini,tak salah ingatanku datang dari ahlil bait sendiri, kalau dari sumbir lain tentu kamu awal-awal lagi menolaknya , kerana dasar kamu yang terlampau ta'asub dengan fahaman kumpulan kamu, jadi banyak dalil agama yang datang dari sumbir lain kamu tolak begitu sahaja sedangkan al-Quran pula kamu katakan maseh banyak yang berada bersama imam-imam kamu , ini lagilah ajaran sesat .

Jika anda tetap mahu berpegang kepada haramnya maka itu adalah hak anda. tapi kemukakanlah nas yang anda sebutkan itu. dakwaan akan dipandang sepi sahaja. Janganlah anda menuduh sesat selagi keterangan belum selesai diminta. Cubalah anda mengambilsikap bertanya. Jika anda terima terimalah, jika tidak maka diamkanlah. Kerana ia sebuah hukum Allah meskipun bagi anda ia telah diharamkan..
 
Aduh! Kalau begitu selesai la masalah couple2 yang bersekedudukan sekarang ni ye. Kawin Mutaah je senang. Agak2 tempoh dah nak habis kalau stil mencintai sambung kontrak lagi. Bila dah jemu habis kontrak boleh la kawin mutaah dgn orang lain pulak.

Snangnye hidup.. Senang sungguh menghalalkan zina tanpa disertakan dgn tanggungjawab dan hak!

Allahu Akbar!! Tuan, janganlah tuan mengaitkan Mut`ah dengan zina keran ia amat jauh sekali.

Jika anda mahu berpegang kepada haramnya mut`ah maka adalah hak anda, Tapi bukankah ia pernah dihalalkan? Jadi adakah Allah s.w.t pernah menghalalkan zina?


Maka kesimpulan yang aku dapat dari link yang diberi adalah nikah Mutaah mengikut Imam Ja'far Al-Sadiq(a.s) antara imam 12 ikutsn Syiah Imamiyah ini menggariskan bahawa:

1. Wali tidak wajib dalam nikah kecuali anak dara.
2. Tidak mewajibkan 4 saksi seperti nikah biasa. Ini bersandarkan firman Allah dalam Surah al-Nisa (4):3....."maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan empat" untuk memudahkan proses nikah berjalan.

Jadi nikah mut'ah dikatakan halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah al-Nisa (4):24. Boleh minta tolong jelaskan Surah al-Nisa (4):24 yang menghalalkan kawin Mutaah ni?

Dan adakah tafsiran ayat "maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan empat" benar2 maksudnya nikah adalah tidak memerlukan saksi sama sekali melainkan digalakkan sahaja?

Bagaimana pula dgn wali? Dikatakan wali hanya wajib untuk menikahkan anak dara sahaja. Ini adalah bersandarkan surah dan ayat yang mana pula di dalam Al-Quran?

Memang dalam hukum Allah meskipun bukan nikah biasa bukan mut`ah saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah ketika bercerai bukan?

Mengenai pernahasan ayat hukum, sdr mynor sudah bahskannya di awal thread. Bahkan soal ini sudahpun saya bahsakn juga bersama alkathry di thread lain. Insya Allah akan saya bawakannya ke sini kelak untuk tatapan.

Meskipun Sunni yakin dengan pengharaman, maka janganlah menuduh Syiah berpegang kepada halalnya sebagai sesat atau sebagainya. Masing2 ada hujjah dan nas. Hany tinggal kita membuat bandingan sahaja.
 
Sebenarnya ramai yang salam faham apa itu mut'ah, itulah timbulnya pelbagai dakwaan,

perkara HALAL HARAM ni sudah jelas dalam AL-QURAN, sekiranya HALAL maka ALLAH akan sebut dengan jelas HALAL, sekiranya HARAM ianya juga disebut dengan jelas, seperti ARAK, ****, ZINA, jelas-jelas disebut tanpa selindung ianya HARAM, sekiranya tiada jelas di dalam AL-QURAN maka ianya boleh jatuh HALAL dan juga HARAM,

IBARAT.. seekor ayam, HARAM makan, tapi jika ada sembelihan maka HALAL makan, asal usulnya adalah haram,

ini tak sama dengan perkara yang tetap dari asal usul HARAM, seperti arak, **** dan zina,
 
Kuhik berkata:

kena faham kenapa syiah tak suka Bukhary dan Muslim, sebab tiada satupun Hadith dari Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan tentang al-Mahdi...

patutlah syiah kata Bukhary dan Muslim ni sesat/tak betul...cis..

pernah dengar TG Haji Hadi memberi kuliah pasal ini.

Ace menjawab:

Dah nampaklah saya kenapa anda bencikan sangat mazhab Syiah Imamiyah. Baik sekarang saya minta bukti dimana kebencian Syiah Imamiyah ke atas Bukhari dan Muslim?

Hadi Awang...:)

Kuhik berkata lagi:

pulak dah.
jangan menuduh melulu. dasar syiah memang suka menuduh melulu agaknya.

dan jangan putar belit. TG Hadi tidak bercakap pasal Syiah, tapi pasal Imam Mahdi. yang kamu terasa pasal Syiah ni ape hal?

TG Hadi dalam kuliahnya memang menyeru kepada umat Islam supaya percaya kepada Imam Mahdi, walaupun Imam Mahdi tidak disebut oleh Bukhari dan Muslim, tapi dari sumber hadith-hadith kuat yang lain masih lagi boleh diterima.

dan jelas dalam kuliahnya tiada langsung menyentuh pasal Syiah. hanya berkisar tentang kisah Imam Mahdi yang bakal terjadi.

yang kamu sanggup pegi putar belit pasal Syiah dan TG Hadi apa hal? lain kali baca dan tunggu penerangan bebetul...

cis..dasar putar belit...

Ace menjawab:

Baik kalau gitu, saya katakan TG anda pun salah. Bahkan dalam shahih Bukhari dan Muslim juga ada hadits2 tentang imam Mahdi. Nak bukti?

Akhirnya tiada jawapan balas dari pihak Kuhik


Kini jelas bahawa sesebuah keyakinan hanya kerana yakin dan percaya kepada orang yang dianggap ulama tanpa sebarang kajian dan penelitian akan memakan diri. Biarpun sebesar mana pun ulama itu, Yang pasti mereka bukan mengetahui segalanya. Selidikilah fakta mereka samada ia benar atau tidak. Kelak ia membunuh akal yang waras sekaligus merosakkan kefahaman islam yang sebenar.

Sungguh saya ada bukti bahawa imam Bukhari dan Muslim telah menyebut tentang al-Mahdi di dalam kitab hadits shahih mereka. Saya akan kemukakan jika diminta. Insya Allah
 
Allahu Akbar!! Tuan, janganlah tuan mengaitkan Mut`ah dengan zina keran ia amat jauh sekali.

Jika anda mahu berpegang kepada haramnya mut`ah maka adalah hak anda, Tapi bukankah ia pernah dihalalkan? Jadi adakah Allah s.w.t pernah menghalalkan zina?




Memang dalam hukum Allah meskipun bukan nikah biasa bukan mut`ah saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah ketika bercerai bukan?

Mengenai pernahasan ayat hukum, sdr mynor sudah bahskannya di awal thread. Bahkan soal ini sudahpun saya bahsakn juga bersama alkathry di thread lain. Insya Allah akan saya bawakannya ke sini kelak untuk tatapan.

Meskipun Sunni yakin dengan pengharaman, maka janganlah menuduh Syiah berpegang kepada halalnya sebagai sesat atau sebagainya. Masing2 ada hujjah dan nas. Hany tinggal kita membuat bandingan sahaja.

Baiklah,

Bagaimana berkenaan wali? Hanya wajib untuk menikahkan anak dara sahaja?

Setelah nikah mutaah berjalan maka apa lingkungan tanggungjawab Suami dan Isteri? Apa hak isteri sebagai isteri dan hak suami sebagai suami didalam nikah mutaah?

Adakah sama seperti hak mereka jika berkahwin secara biasa tapi terbatal dgn sendirinya setelah tempoh nikah mutaah ini berakhir?

Sila tuan terangkan kandungan Surah An-Nisa 4: (24) yang menghalalkan nikah mutaah. Ayatnya dan tafsirannya.

Apakah kurangnya nikah yang biasa lalu nikah mutaah menjadi pilihan alternatif untuk bernikah?
 
Last edited:
sambungan lagi...

xi. Menghalalkan Nikah Mut'ah.

Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut'ah. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja'far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babawaih al- , Juzu' 1 hal. 358:

Terjemahannya:

Adapun mut'ah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat. Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal: 358

Terjemahannya:

"Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai AI-Raj'ah dan tidak menganggap halal mut'ah kita".

Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan Mut'ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Kenyataan ini disebutkan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, hal. 489:

Terjemahannya:

"Adapun saksi dan pengisytiharan nikah kedua-keduanya bukan dapipada syarat-syarat mut'ah dalam apa keadaan sekalipun. Kecuali jika seseorang itu dituduh berzina, maka disunatkan pada ketika itu ia mengadakan dua orang saksi ketika akad."


ULASAN

Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging kaldai jinak".

(Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)

Daripada al-Rabi' bin Sabrah daripada bapanya katanya, kami keluar bersama-sama Nabi s.a. w. semasa haji Wida' di mana Baginda bersabda: "Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut'ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut'ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya.

(Riwayat Ibnu Majah)

Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah mengharamkannya."

(Riwayat Ibnu Majah)

"Daripada Rabi' bin Sabran daripada bapanya bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengharamkan nikah mut'ah."

(Riwayat Abu Daud)
 
Back
Top
Log in Register