BTC USD 56,774.3 Gold USD 1,778.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Night at the museum - 2,704 pelajar bermalam di muzium seluruh negara

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,741
Reaction score
1,956
Points
206
PSX_20190830_165506-960x640.jpg

by Sheeda FathilOgos 30, 2019 8:51 pm

KUALA SELANGOR, 30 OGOS : Seramai 2,704 pelajar seluruh negara menyertai program “Bermalam di Muzium” anjuran Jabatan Muzium Malaysia selama dua hari mulai hari ini.
Kurator Kanan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT), Mohamad Aris Sahid berkata, daripada jumlah itu seramai 100 pelajar adalah daripada sekitar Kuala Selangor yang turut bermalam di Muzium Sejarah Kuala Selangor, Bukit Malawati.

Katanya, program berbentuk pendidikan yang membabitkan pelajar berusia 13 sehingga 17 tahun itu dilangsungkan serentak di Muzium Negara dan muzium negeri seluruh Malaysia.

PSX_20190830_165905-500x333.jpg


“Pada tahun ini, program itu mencatatkan kemajuan memberangsangkan apabila jumlah penyertaan muzium di seluruh negara meningkat kepada 36 berbanding 35 buah, tahun lalu.
“Menariknya, kali ini kita bakal mencipta ‘Malaysia Book of Records’ dengan mengadakan aktiviti membuat tengkolok menggunakan kain pelikat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini selepas merasmikan Majlis Perasmian Bermalam di Muzium di Muzium Sejarah Kuala Selangor, Bukit Malawati di sini, hari ini.

PSX_20190830_165631-500x333.jpg


Kurator Kanan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Mohd Aris Said (dua, kiri) merasmikan Program Bermalam di Muzium 2019 di Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor, pada 30 Ogos 2019. – Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pada masa sama, Mohamad Aris optimis penganjuran seumpama ini dapat memperluaskan lagi peranan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal dalam kalangan masyarakat.
“Selain itu, kita harap inisiatif ini dapat memperhebatkan kerjasama di semua muzium seluruh negara ke arah memperkukuh dan memartabatkan industri permuziuman negara,” katanya.

PSX_20190830_165720-500x333.jpg


Lebih 100 peserta menyertai Program Bermalam di Muzium 2019 Anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor, pada 30 Ogos 2019. – Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, sebanyak 17 sekolah mengambil bahagian bermalam di Muzium Sejarah Kuala Selangor antaranya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Kuala Selangor; SMK Puncak Alam; SMK Tanjong Karang dan SMK Sultan Sulaiman Shah.

Selain membuat tengkolok, aktiviti peserta akan turut dipenuhi dengan persembahan kumpulan, cerapan planet, eksplorasi dan menyambut ambang Kemerdekaan 31 Ogos, malam ini.

sumber - https://selangorkini.my/2019/08/2704-pelajar-bermalam-di-muzium-seluruh-negara/
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,770
Reaction score
640
Points
126
night-at-the-museum-759.jpg

orang lemah semangat tak digalakkan ikut program ini
 

Gerobox

Fun Poster
Joined
Mar 18, 2014
Messages
242
Reaction score
10
Points
15
Ramai2 berani laa.. cuba sorang 2 stay bermalam kat muzium tu.. keris atau sejata lama kalau yg original ada isi.. boleh la korang tgk nnt
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,741
Reaction score
1,956
Points
206
apo cito program ni?
ado sapo2 bleh update?
apo yg dh jadi lps tido dlm muzium?
ado jumpo resakse @ hantu?
ado patung hidup jenjalan dlm muzium?

ekekkekkee
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register