BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836

New York saman TikTok, FB punca krisis kesihatan mental remaja​


16 FEB 2024

2540460.jpg

New York saman platform media sosial utama sebab masalah krisis kesihatan mental di bandar raya tersebut. - AFP


NEW YORK – New York memfailkan saman terhadap platform media sosial utama seperti TikTok, Facebook, Snapchat dan YouTube kerana didakwa mencetuskan krisis kesihatan mental terhadap golongan muda.

CBC News melaporkan, Datuk Bandar New York, Eric Adams mahu mendapatkan semula ganti rugi sebanyak AS$100 juta (RM477 juta) yang dibelanjakan oleh bandar raya itu untuk membendung krisis kesihatan mental setiap tahun.

“Ciri-ciri yang menyebabkan orang ramai mengklik sudut gelap media sosial ini telah mencetuskan peningkatan kes buli dalam talian, kemurungan, gangguan makanan dan idea untuk membunuh diri,” kata Adam.

Sementara itu, YouTube, TikTok dan Meta yang memiliki Facebook dan Instagram berkata mereka mempunyai 'alat' untuk melindungi kesejahteraan remaja.

“TikTok mempunyai perlindungan peneraju industri untuk menyokong kesejahteraan remaja, termasuk ciri sekatan umur, kawalan ibu bapa, had masa 60 minit automatik untuk pengguna di bawah 18 tahun dan banyak lagi.

“Kami kerap bekerjasama dengan pakar untuk memahami amalan terbaik yang muncul,dan akan terus berusaha memastikan komuniti kita selamat dengan menangani cabaran seluruh industri,” kata jurucakap TikTok kepada CBS New York dalam satu kenyataan. – Agensi


 
CBC News melaporkan, Datuk Bandar New York, Eric Adams mahu mendapatkan semula ganti rugi sebanyak AS$100 juta (RM477 juta) yang dibelanjakan oleh bandar raya itu untuk membendung krisis kesihatan mental setiap tahun.
 
Back
Top
Log in Register