BTC USD 63,268.5 Gold USD 1,744.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netizen kecam pelajar SPM biadab

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,254
Reaction score
243
Points
43
WhatsApp-Image-2021-03-05-at-5.09.10-PM-e1614936267544.jpeg


PETALING JAYA – Netizen hari ini mengecam tindakan beberapa orang pelajar sekolah yang menconteng uniform sekolah mereka dengan kata-kata kesat yang ditujukan kepada guru mereka.

Perkara tersebut menjadi bualan netizen selepas foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Wan Mahussin Wan Zain memaparkan dua orang pelajar sekolah menengah menaiki motosikal sambil uniform sekolahnya tertera perkataan tidak senonoh menjadi tular.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar-pelajar tersebut.

Seorang netizen dikenali sebagai Hani berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan dia menggesa pelajar-pelajar itu segera memohon maaf kepada guru mereka.

“Belum apa-apa dah carutkan guru. Nanti keputusan dah keluar, masa itu baru teringat ada dosa sampai keputusan corot. Bertaubatlah adik-adik, mohon maaf pada guru yang pernah mengajar anda,” katanya.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai Pak Ngah berkata, tindakan pelajar-pelajar itu amat memalukan dan wajar dikenakan tindakan.

“Memalukan rakyat Malaysia. Di mana kesopanan dan penghargaan terhadap guru-guru yang berjasa kepada anda?,” katanya.

Pelajar-pelajar tersebut dipercayai merupakan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagaimanapun lokasi di mana gambar itu diambil tidak dinyatakan.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 2,000 komen dan 7,000 perkongsian.


== Kosmo Online
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,520
Reaction score
1,949
Points
206
ntah lah, klu budak2 ni naik moto pastu eksiden masuk spital masih sompek tobat laie

klu dh mati digelek lori tak dapek den nak nolong eh
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,179
Reaction score
2,290
Points
201
Melayu kalah lagi
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
Ada lg ni
———
Pelajar campak buku dalam sungai dikecam
WhatsApp-Image-2021-03-05-at-7.52.29-PM-e1614946468192.jpeg
Tangkap layar daripada sebuah klip video yang memaparkan seorang pelajar membaling beberapa buah buku ke dalam sungai.
PETALING JAYA – Belum reda kecaman netizen terhadap tindakan pelajar sekolah menconteng baju dengan perkataan biadab, kini tular pula tindakan seorang pelajar membuang buku sekolah di sungai.

Melalui satu perkongsian di Facebook, dipercayai pelajar tersebut bertindak sedemikian bagi ‘meraikan’ sempena selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video tersebut dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok sebelum tersebar di laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar tersebut yang dianggap bukan sahaja tidak menghormati ilmu malah mencemarkan alam sekitar.

Seorang netizen dikenali sebagai Elsia berkata, golongan muda kini sanggup melakukan apa sahaja demi menjadi ‘viral’ di laman sosial.

“Budak-budak zaman sekarang ramai syok sendiri dalam video. Sanggup buat perkara tidak elok demi mendapatkan perhatian orang ramai di laman sosial,” katanya.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai Christopher pula berkata, dia berharap video tersebut mendapat perhatian pihak berkuasa dan tindakan patut dikenakan terhadap pelajar tersebut.

“Harap ada buat laporan kerana tindakan dia bukan sahaja biadab, malah mencemarkan alam sekitar kerana buku yang dibuang itu turut dibalut dengan plastik,” ujarnya.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah ditonton sebanyak 7,000 kali dan mendapat 114 komen.

Terdahulu, tular sekeping foto yang memaparkan dua orang pelajar menconteng uniform sekolah dengan perkataan biadab. -K! ONLINE
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,301
Reaction score
1,320
Points
201
Zaman viral bersiap sedia la semua
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
#kotabharu "Saya mengaku salah secara terbuka atas kesalahan saya yang menulis perkataan mencarut guru di belakang baju sekolah." - Pelajar tingkatan lima.
https://www.hmetro.com.my/.../pelajar-carut-guru-mohon-maaf

Pelajar carut guru mohon maaf


DUA pelajar membonceng motosikal dengan baju diconteng perkataan mencarut dan menghina guru. FOTO ihsan pembaca

DUA pelajar membonceng motosikal dengan baju diconteng perkataan mencarut dan menghina guru. FOTO ihsan pembaca



Kota Bharu: Seorang pelajar yang mencarut guru dengan menconteng di belakang baju sekolah sambil menunggang motosikal mengaku bersalah dan memohon maaf atas tindakannya itu.
Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Kota Bharu itu turut menjelaskan motosikal yang ditunggangnya itu bukan miliknya.

"Saya mengaku salah secara terbuka atas kesalahan saya yang menulis perkataan mencarut guru di belakang baju sekolah.

"Motosikal yang saya tunggang juga bukan motosikal saya, pemilik motosikal adalah kawan kepada abang saya. Pemilik motosikal tidak bersalah, yang bersalah adalah saya.

"Pemilik motosikal juga bekerja di luar Kelantan. Sekali lagi saya memohon maaf dan meminta semua pihak tidak menyebarkan gambar pemilik motosikal kerana dia tidak bersalah," katanya yang memuat naik status di Facebook.

Sementara itu, pemilik motosikal yang mahu dikenali sebagai Muhammad Afiq, 22, berkata motosikal berkenaan ditinggalkan di kampung untuk kemudahan adik-adiknya sementara dia bekerja di luar Kelantan.
Katanya, dia hanya mengetahui motosikal miliknya tular sejak kelmarin dan pelajar yang menunggang motosikal itu adalah kawan kepada adiknya.

"Saya sudah berusia 22 tahun dan sudah lima tahun meninggalkan alam persekolahan. Ramai yang keliru mengatakan saya yang menunggang motosikal berkenaan sehingga gambar saya turut tular di Facebook.
"Saya dimaklumkan oleh adik, kawannya mahu meminjam motosikal untuk ke sekolah kerana motosikalnya rosak. Jadi atas belas kasihan, adik saya beri motosikal berkenaan.

"Cuma agak terkejut apabila tular dengan tulisan menghina guru di baju sekolahnya. Apapun saya mohon supaya orang ramai memadam gambar saya," katanya yang turut membuat laporan polis.
Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan tiga individu yang menunggang membabitkan dua motosikal.

Dua daripada pelajar berkenaan memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru. Seorang daripadanya tidak memakai topi keledar.
Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang tular menyaksikan seorang pelajar membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar sambil mencarut guru.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya mengeluarkan notis temu siasat mengikut seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan itu.
Katanya, menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar adalah satu kesalahan yang boleh di dakwa di bawah kaedah 4 Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 3:21 PM

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,774
Reaction score
1,609
Points
201
elok tangkap.. masukkan sekolah pemulihan akhlak 1 tahun... buat perangai tambah 1 tahun.. klu 30tahun mcm tu bia duk lama dalam sekolah pemulihan belum layak tuk bergaul dlm masyarakat
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register