combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,196
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,196
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
80 Peratus Pelajar UEC Ambil SPM - Loke
Anthony Loke
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anthony Loke hari ini menyelar dakwaan pihak tertentu yang menuduh kerajaan cuba menggantikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Setiausaha Agung DAP itu berkata fakta menunjukkan bahawa lebih 80 peratus pelajar UEC menduduki peperiksaan SPM termasuk 9,580 daripada 10,944 pelajar pada tahun lepas sekali gus meyakinkan Kabinet bahawa pelajar aliran tersebut tetap mengambil peperiksaan kebangsaan sebagai asas pendidikan mereka.
"Pelajar UEC juga duduk SPM... UEC ini setaraf dengan A-Level dan digunakan sebagai kelayakan masuk universiti tetapi syarat asas kita tetap mewajibkan calon memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah.
"Ini syarat yang sangat jelas... saya tabik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau berani menangani dan menyelesaikan isu yang sudah berlarutan berpuluh-puluh tahun ini sedangkan tiada Perdana Menteri sebelum ini yang berani bertindak walaupun sering menjanjikannya dalam manifesto," katanya.
Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, yang turut dihadiri Anwar dan pimpinan PH.
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa mesyuarat Kabinet bersetuju dengan beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina ke Institut Pengajian Tinggi Awam.
Loke berkata penetapan dasar itu adalah hasil mandat Kabinet dan sebarang perincian lanjut melibatkan subjek lain tertakluk kepada keputusan Senat Universiti dan KPT yang kini diterajui menteri daripada Barisan Nasional (BN).
Beliau turut memberi jaminan bahawa DAP akan terus memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tidak akan sesekali meminggirkan kepentingannya dalam sistem pendidikan.
"Bahasa Melayu kekal bahasa kebangsaan kita selama-lamanya... kita mahu anak Malaysia kuasai pelbagai bahasa... Melayu, Cina, Inggeris, Tamil malah Arab... inilah falsafah Kerajaan MADANI," katanya.