BTC USD 63,232.6 Gold USD 1,745.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netizen kecam pelajar SPM biadab

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,301
Reaction score
1,320
Points
201
Undang2 pekak dn bisu, yg melaksanakan undang2 pekak xbisu tp kena ikut buku.....hahaha apa nasib si pemilik motor....patut atas dasar kemanusian bkn dasar undang2...perkara mcm nie la kerajaan kena kaji blk...bkn ikut ja benda yg xkena
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
1615444182364.png

Dua remaja carut guru lepas selesai SPM didakwa di mahkamah

Diterbitkan 11 Mar 2021, 12:30 pm

Selepas imej mereka bermotosikal sambil mengenakan baju sekolah yang diconteng dengan perkataan mencarut guru, hari ini dua remaja sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Kedua-dua remaja yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan.

Berdepan dengan majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri, kedua-dua tertuduh yang berusia 17 tahun itu kemudian mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya S Gayathri manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Malaysia, Nik Nazriani Nik Abd Rahman.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja terbabit memakai baju yang mempunyai tulisan bermaksud menghina atau lucah sehingga mengganggu keamanan setempat.

3c78b2031f7145a62027df326d7c9831.jpg

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bulatan Chempaka, Kota Bharu, kira-kira jam 4 petang pada 3 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum mengikut akta yang sama.
Sementara itu Mohd Izuddin menetapkan kedua-dua tertuduh dijamin RM100 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 22 Jun bagi menunggu laporan akhlak tertuduh disiapkan.

Sebelum ini tular di media sosial gambar dua remaja menunggang dan membonceng motosikal dengan memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru.
Ia berlaku pada hari terakhir mereka menduduki peperiksaan SPM.

rasyid.ahmad

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2017
Messages
273
Reaction score
102
Points
23
budak2 ni tak tau ker yg diorang akan jumpa balik cikgu2 waktu ambik result spm nanti?
tak tau ker tak perasan?
kita tunggu episod seterusnya

semoga kita dapat ambil pengajaran supaya anak2 kita tak jadi macam diorang
 
eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,789
Reaction score
655
Points
116
igtkan abes SPM dh bebas... alih² nk kena masok penjara pulak...
kasi je sumbat sebulan... biar rabak pungkoq...
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
HINA GURU | Dua Pelajar Didakwa Di Mahkamah

Dua pelajar berpakaian sekolah dengan tulisan menghina guru ketika menunggang motosikal, didakwa atas pertuduhan menghina.

Tertuduh yang masing-masing berusia 17 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati memakai baju dengan tulisan bermaksud menghina atau lucah sehingga mengganggu keamanan setempat kerana dipakai di tempat awam.

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
harapnya jadi orang berjayalah budak-budak ni.
nanti kalau tak berjaya disalahkan pula bekas-bekas cikgunya sampai ke akhir hayat.
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,254
Reaction score
243
Points
43
Bawa pelajar sekolah lawat lokap, penjara dan mahkamah

997896.jpg

MERAK Jalanan geleng kepala melihat dua klip video melibatkan pelajar sekolah. Satu video sekumpulan pelajar balik sekolah menunggang basikal dengan perkataan yang tidak sepatutnya di belakang baju iaitu mencaci guru.

Satu lagi video menunjukkan seorang pelajar berpakaian uniform sekolah mencampakkan buku dari atas jambatan ke dalam sungai.

Mungkin pelajar-pelajar itu beranggapan mereka bertindak berani. Namun bagi Merak Jalanan, kedua-duanya sebenarnya menunjukkan sikap biadab dan tidak bermoral.

Perbuatan mereka mendapat kecaman di media sosial, bahkan ramai pihak termasuk pendidik yang kecewa dengan sikap pelajar terbabit.

Namun, kecaman dan kecewa sahaja tidak memadai jika tiada tindakan drastik bagi memastikan perkara seperti itu berulang.

Adakah kecaman netizen beri jaminan kita tidak akan lihat lagi sikap-sikap biadab pelajar sekolah selepas ini? Sudah tentu tidak.

Melihat situasi itu, Merak Jalanan terfikir yang mereka belajar di sekolah selama ini. Nak salahkan guru, rasanya tidak adil.

Cuma, Merak Jalanan berpendapat sudah sampai masa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merombak semula silibus subjek Sivik (atau dahulu dikenali sebagai Tatarakyat) di sekolah.

Mungkin boleh jadikan subjek wajib atau core seperti mana Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Jika sebelum ini subjek Sivik lebih kepada teori, apa kata KPM merombak silibus dengan lebihkan praktikal.

Banyakkan program luar sekolah seperti mengadakan lawatan kerja amal membersihkan rumah orang-orang tua dan sebagainya.

Atau mungkin membuat lawatan ke lokap, penjara dan mahkamah untuk melihat sendiri akibatnya jika melanggar undang-undang, sekali gus membuatkan mereka insaf.

== sinar harian
 
cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,379
Reaction score
116
Points
33
Bawa pelajar sekolah lawat lokap, penjara dan mahkamah

View attachment 351149

pelajar yg disiplin agak teruk dipilih utk melawat penjara atau dgn kerjasama balai polis, bagi rasa tido dlm lokap.
 
azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,362
Reaction score
1,101
Points
156
budak2 ni tak tau ker yg diorang akan jumpa balik cikgu2 waktu ambik result spm nanti?
tak tau ker tak perasan?
kita tunggu episod seterusnya

semoga kita dapat ambil pengajaran supaya anak2 kita tak jadi macam diorang
mereka fikir boleh dapat result online 😝
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register