BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

India kecam China

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,430
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,430
Reaction score
321
Points
141
3490447.webp

Randhir Jaiswal - Foto: Agensi

NEW DELHI – Kerajaan India pada Ahad mengecam tindakan China yang didakwa menukar nama beberapa lokasi di wilayah Arunachal Pradesh (Negeri di timur laut India, yang juga merupakan kawasan pertikaian sempadan antara India dan China),dengan menegaskan bahawa langkah tersebut tidak mengubah status kedaulatan sebenar kawasan berkenaan.

Kementerian Hal Ehwal Luar India berkata, sebarang usaha untuk memberi 'nama rekaan' terhadap kawasan yang didakwa milik India adalah tidak sah dan tidak memberi kesan terhadap kedudukan undang-undang wilayah tersebut.

Jurucakap kementerian, Randhir Jaiswal menegaskan, bahawa wilayah seperti Arunachal Pradesh 'adalah, telah dan akan kekal sebagai sebahagian daripada India', sekali gus menolak sekeras-kerasnya tuntutan pihak Beijing.

Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan unilateral China itu boleh menjejaskan usaha diplomatik sedia ada bagi menstabilkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam masa sama, India mendakwa langkah tersebut turut berkait dengan perkembangan pentadbiran baharu China di wilayah Xinjiang yang terletak berhampiran sempadan sensitif termasuk Ladakh, Afghanistan dan kawasan Pakistan-occupied Kashmir (PoK).

Menurut laporan, China baru-baru ini mewujudkan beberapa unit pentadbiran baharu di Xinjiang, termasuk sebuah daerah yang didakwa meliputi kawasan strategik berhampiran banjaran Karakoram.

India sebelum ini beberapa kali membantah tindakan China menubuhkan struktur pentadbiran di kawasan yang turut didakwa mempunyai pertindihan tuntutan wilayah, khususnya di Ladakh dan Aksai Chin.

Ketegangan sempadan antara kedua-dua kuasa besar Asia itu telah berlarutan sejak sekian lama, dengan kedua-dua pihak sering berbalas kenyataan berhubung isu kedaulatan dan sempadan.

India menegaskan bahawa sebarang tindakan yang dianggap mencabar status wilayahnya hanya akan merumitkan lagi hubungan diplomatik yang sedia tegang antara New Delhi dan Beijing. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register