BTC USD 75,787.3 Gold USD 4,322.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nenek siapa yang ikut budak tu naik tangga?

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,482
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,482
Reaction score
1,681
Points
201


‘Semua dah naik tapi anak pimpin tangan dengan siapa?’

PETALING JAYA – Seorang bapa mendedahkan kisah mistik yang berlaku kepada anaknya sehingga mengundang rasa seram kepada mereka sekeluarga.

Menerusi hantaran di muat naik di TikTok @_arasz, kejadian berlaku pada 31 Mei lalu kira-kira pukul 1.26 pagi.

Dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik, kelihatan anak perempuannya sedang memimpin tangan seorang nenek tidak dikenali menaiki tangga rumah.

Lebih menyeramkan, kedengaran bunyi tongkat serta suara ‘nenek’ yang dipimpin itu jelas meminta kanak-kanak tersebut membawanya ke tingkat atas.

Katanya, sebelum kejadian anaknya sering bercakap serta memanggil seseorang digelarkan sebagai ‘nenek’ yang tidak kelihatan pada mata kasar mereka.

“Dalam video tu anak bercakap dan membawa ‘nenek’ pergi ke atas rumah dalam keadaan macam dah kenal lama.

“Untuk pengetahuan, anak berada di bawah rumah seorang diri setelah isteri naik ke atas untuk tidur dan lampu, televisyen semua dah tutup. Tapi anak turun sendiri dan bercakap, membawa seseorang naik ke atas rumah pada pukul 1 pagi,” katanya.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan, 66,400 tanda suka dan 36,100 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai ‘meremang’ melihat video yang begitu jelas itu serta meminta agar bapa kanak-kanak itu mengikhtiarkan sesuatu agar tidak terus berlarutan.

“Meremang tengok, menyesal buka video ni tengah malam. Bunyi tongkat dan suara tu jelas sangat,” komen Afiq.

“Suara nenek tu, bawa nenek naik ke atas. Lepas tu jalan bunyi tongkat. Minta berubat ya tuan. Risau betul,” komen Iffah.

“Lebih baik abang pergi berubat dengan segera supaya tak berlarutan. Macam-macam boleh jadi kalau dibiarkan,” komen Aishah. – KOSMO! ONLINE


Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register