BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Na'imah, Dua Anak Dikesan Berada Di Benua Eropah - Saifuddin Nasution

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Na'imah, Dua Anak Dikesan Berada Di Benua Eropah - Saifuddin Nasution​

65704e73ffc4899daf3f7d2dfed2be8c690475ef1e532

Toh Puan Na’imah Abdul Khalid

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan keberadaan balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan anak-anaknya yang dipercayai berada di benua Eropah, bagi membantu melengkapkan siasatan polis yang sedang dijalankan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata berdasarkan maklumat risikan dan semakan awal pihak berkuasa, mereka dipercayai berada di luar negara.

“Pada peringkat ini, pihak PDRM sedang dalam usaha aktif untuk mengesan kedudukan balu Allahyarham, iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bersama anak-anaknya bagi membantu melengkapkan siasatan polis yang sedang berjalan.

“Berdasarkan maklumat risikan dan semakan awal pihak berkuasa, subjek-subjek berkenaan dipercayai berada di luar negara, khususnya di benua Eropah,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu sama ada ahli keluarga Allahyarham Daim sedang diburu polis kerana berada di luar negara serta usaha kerajaan untuk membawa mereka pulang ke Malaysia.

Beliau berkata PDRM melalui Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Biro Pusat Nasional (NCB) Interpol Kuala Lumpur sedang bekerjasama rapat bagi mengesan lokasi sebenar mereka sebagai sebahagian daripada usaha membawa mereka pulang ke Malaysia.

“Kerajaan ingin menegaskan bahawa segala tindakan yang diambil oleh PDRM berlandaskan kedaulatan undang-undang tanpa prejudis atau agenda terpilih … dilakukan demi memastikan keselamatan dan perundangan negara sentiasa dipelihara,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata PDRM telah membuka satu kertas siasatan bersabit Laporan Polis Sentul 4034/26 yang sedang disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Pada 26 Mei lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar mengesahkan Na'imah bersama-sama dua anak lelakinya, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin, berada di luar negara sejak siasatan berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan dimulakan pada awal tahun ini.

 
Back
Top
Log in Register