BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nahas Kenderaan JIM: Norhayati Masih Keliru Selepas Kehilangan Suami, Dua Anak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Nahas Kenderaan JIM: Norhayati Masih Keliru Selepas Kehilangan Suami, Dua Anak​

6502c2d2d7df133284dea5eb7c66f16e6a883f1023799

Ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail awal pagi tadi, Mohd Nadzri Razali menunjukkan gambar keluarga adik perempuannya kepada pihak media ketika ditemui di Taman Fasa Aman 2, Mambang Di Awan.

Wanita yang terselamat dalam nahas membabitkan tiga beranak maut selepas dirempuh lori Jabatan Imigresen (JIM) di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail, di ibu negara, Rabu lepas, kini semakin stabil dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Norhayati Razali, 55, yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dilaporkan telah dipindahkan ke wad biasa dan menunjukkan perkembangan positif apabila mampu makan serta minum menggunakan cawan tanpa bantuan tiub.

Abangnya, Mohd Nadzri Razali, 69, berkata Norhayati bagaimanapun masih mengalami masalah ingatan susulan kecederaan dialaminya termasuk kecederaan pada bahagian kepala.

“Dia (Norhayati) sudah tahu suami dan dua anaknya meninggal dunia. Selepas sedar, keluarga bawa dia melihat jenazah dan beritahu apa yang berlaku. Dia cuma mengangguk dan tidak berkata apa-apa.

“… namun keesokan harinya dia bertanya mana suami dan anak-anaknya yang tidak datang-datang (melawat di hospital). Jadi kami tidak pasti sama ada dia masih ingat atau tidak apa yang sudah diberitahu kepadanya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Nadzri berkata adiknya mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan, tangan, pinggang, lutut serta kaki, selain kepala yang memerlukan rawatan di hospital.

“Sekarang ini kami masih belum tahu berapa lama dia perlu dirawat di HKL. Doktor pun belum tentukan sama ada dia boleh dipindahkan ke hospital lebih dekat seperti di Ipoh atau Teluk Intan.

“Kalau doktor benarkan dan ada peluang untuk dibawa balik ke sini, mungkin lebih mudah untuk keluarga menjaganya, tetapi keadaan dia memerlukan ambulans khas,” katanya.

Mohd Nadzri berkata dia belum berkesempatan melawat Norhayati dan berhadap dapat berbuat demikian hujung minggu ini.

 
Back
Top
Log in Register