BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nahas Temerloh: Dua Mangsa Rentung Dipercayai Ibu Dan Anak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Nahas Temerloh: Dua Mangsa Rentung Dipercayai Ibu Dan Anak​

3c6b9a3c6f1ddf9fe0d93552f1599b586a7f3972d06e9

Pix: JBPM Pahang

Dua mangsa yang maut selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebuah lori tangki membawa muatan bahan api sebelum terbakar di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, petang tadi dipercayai ibu dan anak.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Bezza itu dipercayai seorang wanita berusia 39 tahun dan anak lelakinya, berumur 12 tahun, yang disahkan maut di tempat kejadian.

"Pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata siasatan awal mendapati lori tangki yang membawa 32,000 liter diesel dari Seremban menghala ke Temerloh itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Berdasarkan keterangan waris si mati, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jerantut ke Seremban. Pertembungan itu telah menyebabkan treler tangki menghempap kereta berkenaan dan kedua-dua kenderaan terbakar," katanya.

Mohd Nasyim berkata pemandu lori berusia 37 tahun itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan.

Beliau berkata proses bedah siasat akan dijalankan esok.

 
Back
Top
Log in Register