BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu, Dua Anak Lelaki Maut Dalam Kebakaran Di Kluang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Ibu, Dua Anak Lelaki Maut Dalam Kebakaran Di Kluang​

f1cafcef7a9bb67d3d0eac5f999b73f56aa1fbd9ba610

5a210d5f45b6b320183f1dd00c9fbcfa6aa1fbd09bdf0


Seorang ibu dan dua anak lelakinya maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa di sini, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Noraini Ibrahim, 49, Khairul Nurhaziqq Khairulnizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam, 11.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 10.44 malam, sebelum 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang tiba di lokasi, kira-kira lima minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 16 kaki x 70 kaki, dengan kira-kira 50 peratus struktur rumah terbakar.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam rumah dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba menggunakan dua aliran dengan dua pancutan bagi memadam kebakaran yang berjaya dikawal pada 12.32 tengah malam.

Turut digunakan dalam operasi ialah dua jentera SITRAK dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

 
Back
Top
Log in Register