BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Kluang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
276d90f6c736cb4ea64000f43d8c6961678284c445cf5


Dua lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang di sini, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Ramli Said berkata kedua-duanya didapati tersepit dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

"Setibanya PKO, didapati berlaku kemalangan melibatkan kereta jenis Volvo CX90, Proton Saga dan Toyota Vios. Terdapat empat lelaki di dalam kereta Toyota Vios dengan dua daripadanya maut dan dua lagi cedera parah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata pemandu Volvo CX90 terselamat, manakala pemandu Proton Saga seorang wanita cedera dan telah keluar daripada kenderaannya sebelum PKO tiba.

"Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.10 petang serta sebuah Fire Rescue Tender dan Light Fire Rescue Tender dengan kekuatan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam digegaskan ke lokasi kejadian.

Operasi tamat sepenuhnya pada 5.37 petang.

 
Back
Top
Log in Register