afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Muhyiddin rayu pengundi sebagai ‘anak Johor’
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin seru pengundi Johor supaya beri ‘satu peluang lagi’ kepada PN. (Gambar Facebook)
Katanya, rayuan ini bukan sebagai bekas perdana menteri tetapi sebagai ‘anak Johor’ yang pulang ke pangkuan tanah tumpah sendiri, “bukan untuk berjanji tetapi untuk merayu dari hati ke hati”.
Menurutnya, beliau pulang ke Johor untuk berkempen pada PRN kali ini bukan tentang jawatan, sambil mengimbau ketika “jalan-jalan di Pagoh tidak secantik sekarang’, dan “susah senang saudara-saudari bila anak-anak terpaksa berjalan jauh ke sekolah”.
Muhyiddin mewakili rakyat Parlimen Pagoh sejak 1995, dan pernah berkhidmat sebagai menteri besar Johor dari 1986 sehingga 1995.
“Saya tidak mahu berkira-kira apa yang telah saya buat. Saya hanya mahu saudara-saudari tahu bahawa saya faham kepayahan itu kerana saya melaluinya bersama-sama sejak Pagoh menjadi kawasan yang saya junjung sebagai amanah,” katanya dalam video di Facebook, diterbitkan ketika tempoh berkempen selesai.
Muhyiddin merayu pengundi supaya memberikan “satu peluang lagi” kepada Bersatu dan PN.
“Saya merayu bukan sebagai pemimpin kepada rakyat tetapi sebagai seorang anak Johor kepada keluarga sendiri,” katanya.
Pada PRN kali ini, PN bertanding di 33 kerusi, dengan 16 calon daripada Bersatu, 11 daripada PAS, lima daripada MIPP dan seorang daripada Pejuang.