BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

aku duk pikir depa ni Pas ada dua side ke

atasan masih nak bersama bersatu (yidin)tak nak umno

bawahan nak tolak bersatu pastu nak pas join umno
Mungkin. yg bawahan tak terfikir tentang zahid. macam gamestar kata hari tu, UMNO takkan tinggalkan kerajaan sebabd nanti zahid masuk mahkamah balik.
 
Screenshot_20251230_231238_com_facebook_katana_FbMainTabActivity_edit_1139143310990865.jpg
Gred berapa ye jawatan ketua pembanggang ni?
 
Krisis Politik PAS-Bersatu - Apa Kita Tahu Setakat Ini ?

Kemelut politik antara PAS dan Bersatu mencapai kemuncak semalam apabila Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN. Bermula dengan khabar angin yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp pada awalnya, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendahului kepimpinan PN yang lain mengumumkan peletakan jawatan Muhyiddin. Fadhli melalui hantaran di Facebooknya itu turut menyatakan kesediaan PAS untuk mengemudi PN. Beberapa minit kemudian Muhyiddin mengumumkan keputusannya melalui satu kenyataan ringkas mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN bermula 1 Jan 2026. Keputusan itu menerima reaksi pelbagai daripada pemimpin PAS. Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang sebelum ini menggesa Muhyiddin berundur, merakamkan penghargaan kepada "Abah" dan menyifatkan Presiden Bersatu itu berjiwa besar.

Tidak berakhir di situ, pengumuman Muhyiddin mencetuskan rantaian peletakan jawatan dalam kalangan pemimpin Bersatu.Adun Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor, diikuti Azmin Ali yang melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor. Azmin berkata dia membuat keputusan itu dengan mengambil kira pelantikannya sebagai setiausaha agung dipilih oleh Muhyiddin. Namun sebelum itu, Bendahari PAS, Iskandar Samad turut menggesa Azmin melepaskan jawatannya dalam PN. Anak didik Azmin, Dr Afif Bahardin pula mengosongkan kerusi selaku Setiausaha PN Selangor. Seterusnya, beberapa pemimpin Bersatu lain turut mengumumkan pengunduran daripada menerajui PN di peringkat negeri.

Ahmad Faizal Azumu yang juga Naib Presiden Bersatu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Perak, manakala Adun Labu yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu pula mengosongkan jawatan sebagai Pengerusi PN negeri. Pengerusi PN Sarawak, Jaziri Alkaf Abdillah Suffian menjadi yang terakhir mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari 2026. Melihat situasi semakin tegang, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menggesa semua pihak menghentikan tohmahan dan kembali kepada agenda penyatuan ummah serta fokus kepada masalah rakyat. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengesahkan parti itu mahu isu pengerusi PN dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi gabungan itu, selaras dengan perlembagaan PN.

Sehingga semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut dalaman PN. Pergolakan dalam PN tercetus susulan krisis politik di Perlis yang menyaksikan lima Adun Bersatu serta tiga Adun PAS menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyingkirkan Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar. Perkara itu menimbulkan kemarahan PAS apabila Bersatu Perlis bukan sahaja menandatangani SD malah turut menyerahkan nama calon Menteri Besar. Adun Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah yang juga Ketua Bersatu Perlis kemudian dipilih sebagai Menteri Besar baru. Pemimpin PAS menggesa Bersatu bertindak terhadap lima Adunnya seperti mana PAS memecat tiga Adun mereka. Namun hasrat itu tidak tercapai apabila Muhyiddin dalam kenyataannya pada 27 Dis memaklumkan tiada arahan untuk lima Adun Bersatu menandatangani SD berkenaan dan sebaliknya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada mereka.

Menurut sumber dalaman, lima Adun berkenaan menandatangani SD itu tanpa pengetahuan Muhyiddin. Muhyiddin dikatakan membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN atas dasar tanggungjawab berikutan krisis politik Perlis. Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Annuar Musa menafikan peletakan jawatan Muhyiddin disebabkan pergolakan di Perlis. Sebaliknya kata Annuar, dalam pertemuannya dengan Muhyiddin di London kelmarin, pemimpin Bersatu itu menyatakan kesediaan untuk menyerahkan teraju kepada PAS jika parti Islam itu mahukannya.​

1767152359339.png
 
PN Tanpa Muhyiddin, Azmin Mungkin Sukar Kekal Sokongan Bukan Melayu

31.12.2025 - Pengerusi Urimai, P Ramasamy berpendapat Perikatan Nasional (PN) mungkin sukar mengekalkan sokongan bukan Melayu pada pilihan raya akan datang susulan pengunduran Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali dalam gabungan pembangkang itu. Menurutnya, Bersatu yang sering dikaitkan dengan imej mono-etniknya dianggap jambatan yang menghubungkan PN dan pengundi bukan Melayu.

“Golongan bukan Melayu yang kurang selesa dengan pandangan konservatif PAS, lebih selesa dengan pemimpin Bersatu seperti Muhyiddin dan Azmin. Kini, dengan dua pemimpin ini meninggalkan PN, (gabungan itu) mungkin berdepan kesukaran mengekalkan hubungan dengan pengundi bukan Melayu,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi PN mulai esok. Ia disusuli pengumuman Azmin melepaskan jawatan setiausaha agung PN dan pengerusi PN Selangor. Susulan itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, parti itu sedia menerajui PN bagi memperkasa organisasi gabungan itu dan bersiap sedia menghadapi PRN serta PRU16. Sementara itu, Ramasamy menyifatkan keputusan Muhyiddin melepaskan jawatan pengerusi PN sebagai langkah pantas yang bijak untuk menolak cadangan menghidupkan Muafakat Nasional (MN). Beliau berkata, cadangan menghidupkan MN mungkin menjejaskan prospek PN muncul kerajaan alternatif boleh dipercayai. Jika MN dihidupkan semula, katanya, PAS mungkin meninggalkan Bersatu dan melemahkan PN. MN ditubuhkan pada September 2019 hasil kerjasama PAS dan Umno bagi menyatukan pengundi Melayu Islam.
​
1767153727717.png

 
Majlis Penasihat PN Hanya Simbolik Jika 1 Parti Berkuasa

31.12.2025 - Cadangan penubuhan majlis penasihat Perikatan Nasional (PN) berisiko menjadi simbolik semata-mata jika kuasa sebenar masih tertumpu kepada satu parti dalam gabungan terbabit, kata penganalisis. Selain itu, penganalisis berpandangan langkah terbabit hanya bersifat ‘kosmetik’ yang kononnya membuka ruang kepada Gerakan serta Parti Rakyat India Malaysia bersuara, berbanding dominasi PAS serta Bersatu. Mujibu Muis berkata secara dasarnya cadangan itu boleh dilihat usaha memusatkan rundingan lebih-lebih lagi bagi meredakan ketegangan susulan pengunduran Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu.

“Keberkesanan majlis ini bergantung kepada sifat kuasanya. Jika ia benar-benar berfungsi sebagai platform konsensus antara presiden-presiden parti, maka boleh imbangi dominasi Bersatu dan PAS secara lebih tersusun,” katanya kepada FMT.

Penganalisis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mengulas laporan FMT yang PAS akan mencadangkan penubuhan majlis penasihat PN bagi memilih pengerusi baharu. Menurut sumber, majlis itu dicadangkan dianggotai Muhyiddin, Presiden PAS Hadi Awang, Presiden Gerakan Dominic Lau dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan. Semalam, Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatan pengerusi PN berkuat kuasa esok, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu. Sementara itu, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula berpandangan majlis penasihat itu lebih bersifat kosmetik sekadar menunjukkan semua parti komponen PN ‘semangat’ dan ada mekanisme rundingan melantik pengganti Muhyiddin.

“Kritikalnya, majlis penasihat hanya berkesan jika ia benar-benar jadi platform konsensus bukan sekadar alat PAS mengimbangi Bersatu. Selain itu pengerusi PN yang bakal dipilih nanti boleh diterima semua pihak dan mampu tarik pengundi atas pagar serta bukan Melayu. Majlis penasihat ini beri gambaran PAS dan Bersatu akan lebih serius termasuk dalam usaha memilih calon pengerusi PN benar-benar berwibawa serta mengelakkan konflik dalaman.” kata perunding kanan Global Asia Consulting itu.

Bagaimanapun, Ariff berkata peranan majlis penasihat itu hanya akan berkesan untuk jangka panjang sekiranya diinstitusikan sepenuhnya melalui pindaan perlembagaan PN untuk badan itu diberi ruang dan kuasa mencukupi.
​
1767153850650.png
 
Back
Top
Log in Register