BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
30.12.2025 - Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN). Pengesahan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Benar (Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN)," katanya ringkas kepada Harian Metro.

Difahamkan, Muhyiddin memaklumkan mengenai peletakan jawatan itu, melalui kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, pada jam 10.30 malam tadi. Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pelbagai desakan pemimpin PAS terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam PN susulan krisis politik di Perlis, baru-baru ini. Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Muhyiddin telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuatkuasa 1 Januari 2026. Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai satu tindakan yang bijak dan tepat oleh Muhyiddin, dalam situasi PN memerlukan momentum baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Saya yakin PAS akan menampilkan calon dari parti ini untuk menerajui PN sebagai Pengerusi yang baru. Tidak semestinya Presiden Parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh mengembeling kekuatan parti-parti yang ada di bawah Perikatan Nasional," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Beliau juga menyatakan rombakan terhadap organisasi PN sudah pasti akan dilakukan bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini.

"Tahniah Tan Sri Muhyiddin atas sikap terbuka beliau. Selamat bekerja Pengerusi PN yang baru," katanya.

Sebelum ini, berlakunya kemelut politik di Perlis selepas berlegar dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dan BERSATU menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis yang menyatakan mereka tidak lagi menyokong kepemimpinan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis. Tiga ADUN dari PAS itu ialah Saad Seman (ADUN Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji, sebelum keahlian mereka daripada parti terbabit digugurkan dan pada Khamis lalu Mohd Shukri meletak jawatan sebagai Menteri Besar atas alasan kesihatan.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kemudian berkenan melantik ADUN Kuala Perlis dari BERSATU, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis baharu. Bagaimanapun, selepas pelantikan Menteri Besar baharu itu, beberapa pemimpin PAS dilihat menyindir dan mengkritik BERSATU. Antaranya Ahmad Fadhli yang menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara PAS dengan BERSATU. Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden pula beranggapan parti itu layak mengambil alih dan mengetuai PN selepas isu yang berlaku di Perlis. Ini kerana katanya, rakan PAS iaitu BERSATU gagal mengawal ADUN mereka menandatangani SD menolak Mohd Shukri.
1767073553263.png
 
Muhyiddin Sah Letak Jawatan Pengerusi PN Berkuat Kuasa 1 Januari

30.12.2025 - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. Ahli Parlimen Pagoh itu dalam satu kenyataan turut mengucapkan penghargaannya kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan padanya bagi memimpin gabungan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu.

"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti anggotanya," katanya.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pelbagai desakan pemimpin PAS terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam PN susulan kemelut politik di Perlis, baru-baru ini. Sebelum ini, berlakunya kemelut politik di Perlis selepas berlegar dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dan BERSATU menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis yang menyatakan mereka tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis. Tiga ADUN dari PAS itu ialah Saad Seman (ADUN Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji, sebelum keahlian mereka daripada parti terbabit digugurkan dan pada Khamis lalu Mohd Shukri meletak jawatan sebagai Menteri Besar atas alasan kesihatan. Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kemudian berkenan melantik ADUN Kuala Perlis dari BERSATU, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis baharu. Bagaimanapun, selepas pelantikan Menteri Besar baharu itu, beberapa pemimpin PAS dilihat menyindir dan mengkritik BERSATU.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/202...-jawatan-pengerusi-pn-berkuat-kuasa-1-januari
 
Azmin Ali Pula Letak Jawatan Sebagai Setiausaha Agung PN

30.12.2025 - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari 2026. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu berkata, ini disebabkan pelantikannya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari ini. Ahli Parlimen Pagoh itu dalam satu kenyataan mengucapkan penghargaannya kepada semua kepimpinan PN yang memberikan sepenuh sokongan padanya bagi memimpin gabungan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu. Selain itu, ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut mengambil tindakan serupa dengan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PN Johor, sambil menyatakan tindakannya itu dibuat susulan peletakan jawatan oleh Muhyiddin. Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang Selangor turut mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

"Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih," katanya.
1767073678371.png


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/202...ula-letak-jawatan-sebagai-setiausaha-agung-pn
 
Faizal Azumu Pula Letak Jawatan Pengerusi PN Perak

30.12.2025 - Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menjadi pemimpin terbaru mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN Negeri Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026. Keputusan itu dibuat susulan tindakan Muhyiddin Yassin yang terlebih dahulu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN di peringkat pusat. Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Ahmad Faizal yang juga dikenali sebagai Peja berkata dia menghormati keputusan Muhyiddin dan mengakui kuasa pelantikan jawatan tersebut berada di bawah prerogatif Pengerusi PN.

"Mengambil maklum keputusan Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini," katanya dalam kenyataan tersebut.

Pengumuman Peja menjadikan setakat ini empat pengerusi PN negeri telah meletakkan jawatan termasuk Azmin Ali (Selangor), Mohamad Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan) dan Sahruddin Jamal (Johor). Sementara itu, Adun Taman Medan, Dr Afif Bahardin turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha PN Selangor.

"Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya selaku Setiausaha PN Selangor adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN Selangor Azmin Ali. Maka saya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha PN Selangor berkuatkuasa pada 1 Januari 2026. Saya ucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama erat yang telah diberikan selama ini kepada saya untuk bersama-sama memperkukuh PN Selangor," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN. Selepas lima tahun menerajui gabungan itu, bekas perdana menteri itu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan PN atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh kepimpinannya. Muhyiddin memimpin PN sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh gabungan tersebut didaftarkan secara rasmi.
1767082912959.png
 
Sahruddin Jamal Pula Letak Jawatan Pengerusi PN Johor

30.12.2025 - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor. Beliau yang juga Pengerusi Bersatu Johor membuat pengumuman itu menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

“Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Johor. Hilang jawatan Menteri Besar pun saya, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,” katanya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan Pengerusi PN pusat berkuat kuasa 1 Jan 2026. Dr Sahruddin dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada April 2019, sebelum digantikan dengan Datuk Hasni Mohammad pada 28 Feb 2020.
1767082974990.png
 
Mahathir sedang bergerak
 
Bubarkan Saja PN, PAS Lebih Baik Cari Jajaran Baru, Kata Puad

30.12.2025 - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi berpandangan Perikatan Nasional (PN) wajar dibubarkan susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusinya, yang disifatkan sebagai bukti kegagalan dan ketidakrelevanan gabungan itu. Menurut Puad, langkah Muhyiddin berundur menunjukkan presiden Bersatu itu sendiri sedar PN tidak lagi mempunyai masa depan, termasuk kegagalan mendapatkan kepercayaan rakan sekutunya, khususnya PAS.

“Muhyiddin letak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional. Maka elok bubar sahaja PN. Ini peluang terbaik untuk tamatkan gabungan yang gagal dan tidak lagi relevan. Tidak perlulah PAS fikir siapa calon sesuai untuk ambil alih. Lebih baik PAS cari jajaran baru,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Pemimpin Umno itu turut mengaitkan kegagalan PN dengan budaya pengkhianatan politik, termasuk amalan “tebuk atap” dan “tikam belakang” yang katanya, kemuncak kegagalan PN adalah apa yang berlaku di Perlis minggu lalu. Ia susulan beberapa Adun PAS dan Bersatu menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang menyatakan mereka tidak lagi menyokong kepemimpinan Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai menteri besar negeri itu. Tiga Adun PAS itu ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji), sebelum keahlian mereka daripada PAS digugurkan. Kemelut itu membawa kepada peletakan jawatan Mohd Shukri sebagai menteri besar pada Khamis lalu secara sukarela atas alasan kesihatan. Raja Perlis kemudian berkenan melantik Adun Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah sebagai menteri besar yang baharu. Puad mendakwa reputasi PN kini tercemar teruk, termasuk kekalahan besar gabungan itu di Sabah, yang menurutnya membuktikan gabungan berkenaan sudah kehilangan sokongan rakyat.

“Nama pun dah busuk. Sebab itu total loss di Sabah,” katanya merujuk kepada prestasi buruk PN yang hanya mampu meraih satu kerusi DUN Sabah pada pilihan raya kecil, daripada 42 yang ditandinginya baru-baru ini.

Sementara itu dalam satu hantaran berasingan, Puad mendakwa Muhyiddin dijangka akan meletak jawatannya sebagai presiden Bersatu, tidak lama lagi.

“Dia sudah menghidu terlalu banyak pertemuan hotel sana, hotel sini, langkah sana, langkah sini. Cuma kali ini belum ada nama sesuai kepada langkah (move) tersebut. Tetapi Muhyiddin sudah tahu siapa orang kuat dia yang telah cross the bridge. Kalau cuma empat sahaja lagi ahli parlimen yang masih setia dengan dia, maka bagaimana boleh bertahan sebagai presiden?. Lebih baik letak semua jawatan sebelum kena humiliated. Itulah karma. Turun PM sudah jadi ‘turun Muhyiddin’,” sindirnya lagi.
1767083085137.png

 
Dengan Satu Mesej WhatsApp, Muhyiddin Gagalkan Cita-Cita MN

30.12.2025 - Semalam, buat seketika, keadaan dilihat seolah-olah menyokong kebangkitan semula Muafakat Nasional (MN) serta penyatuan PAS dan Umno. Pemimpin Umno masih marah dengan tindakan DAP meraikan keputusan mahkamah untuk Najib Razak kekal di penjara, menyebabkan Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh mendesak agar parti keramat Melayu itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menghidupkan semula MN. Dalam masa yang sama, ketegangan memuncak dalam Perikatan Nasional (PN), selepas perebutan kuasa di negeri paling kecil di negara ini, Perlis menyebabkan PAS berasa dikhianati oleh Bersatu. Tindakan Bersatu menyingkirkan PAS daripada jawatan menteri besar mendorong pemimpin PAS menggesa parti itu bergerak secara bersendirian, dengan sebahagian mereka turut menyeru agar MN dihidupkan semula. Namun, pagi ini segalanya berubah. Dengan hanya satu mesej WhatsApp, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menenangkan PAS, memberi nafas baru kepada PN dan pada masa yang sama mengecewakan Umno.

“Salam. Untuk makluman semua, saya telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PN mulai 1 Jan 2026. Surat rasmi akan saya susuli dalam tempoh yang segera. Saya ucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberi sepenuh sokongan kepada saya,” kata Muhyiddin.

Pemimpin PAS yang sebelum ini meniupkan api ketegangan segera meredakannya selepas Muhyiddin mengumumkan dia akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari. Semalam, anggota parlimen Arau daripada PAS Shahidan Kassim yang juga ketua PN Perlis berkata MN adalah penyelesaian kepada masalah parti itu. Bagaimanapun, hari ini, Shahidan memohon maaf kepada Muhyiddin dan memberi penghormatan kepada kepimpinan bekas perdana menteri itu, sambil berkata ia memainkan peranan penting dalam kejayaan besar PN pada pilihan raya umum lalu.

“Kami memohon maaf atas apa-apa kesalahan,” katanya.

Begitu juga Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang turut memohon maaf kepada pengerusi PN yang bakal berundur itu.

“Saya memohon maaf andai ada kata-kata yang menyebabkan Tan Sri rasa tidak senang atau tersinggung. Tiada langsung isu peribadi, melainkan hanya menyuarakan ketegasan untuk kebaikan kita bersama di dalam sebuah kapal. Walau nakhoda kapal berganti, kapal ini mesti terus belayar menempuh ombak dan badai, hingga sampai ke destinasi," katanya pada hantaran di media sosial.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu kini akan mengekalkan keharmonian di Perlis dan menyokong kerajaan baru pimpinan Bersatu, namun tidak akan memegang sebarang jawatan exco. Dengan pengunduran Muhyiddin sebagai pengerusi PN, laluan terbuka untuk PAS merealisasikan cita-citanya memimpin gabungan itu. Jika PAS mengambil alih kepimpinan PN, maka ia tidak lagi memerlukan Umno atau MN.


Tiada Sebab Lagi Untuk MN, Kata Penganalisis

Penganalisis politik Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersetuju, dengan mengatakan perbincangan mengenai MN berkemungkinan satu langkah strategik oleh PAS.

“Dengan Muhyiddin tidak lagi menjadi pengerusi PN, PAS boleh mengambil alih tampuk kepimpinan PN dan dengan itu tiada sebab untuk mereka bergabung dengan Umno dalam MN. Saya fikir yang lebih munasabah ialah PAS menggunakan perbincangan mengenai MN ini sebagai leverage terhadap Bersatu dalam PN,” katanya kepada Malaysiakini.

PAS sudah pun menjadi sumber kuasa utama PN. Daripada 74 kerusi yang dimenangi gabungan itu dalam pilihan raya umum 2022, PAS memenangi 43 kerusi manakala Bersatu 31. Tujuh daripada kerusi Bersatu itu berada di kubu kuat PAS, iaitu Kelantan dan Terengganu. Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari dan Takiyuddin kedua-duanya memberi isyarat bahawa PAS berhasrat memimpin PN. Fadhli turut melontarkan idea bahawa pengerusi PN yang baru mungkin seorang lagi pemimpin PAS dan bukannya presiden parti, Abdul Hadi Awang.


Samsuri Calon PM PAS

PAS sebelum ini pernah mencadangkan Menteri Besar Terengganu Samsuri Mokhtar, sebagai calon perdana menteri, dan jawatan sebagai ketua PN akan meletakkannya pada kedudukan untuk mencabar Putrajaya. Sebahagian pemimpin Bersatu yang selari dengan Muhyiddin mungkin cuba menyukarkan usaha PAS mengambil alih kepimpinan PN. Namun, ini sebenarnya akan merugikan mereka. Syaza berkata secara ringkas bahawa PAS tidak memerlukan Bersatu sebanyak mana Bersatu memerlukan PAS.

“PAS pun tidak perlu keluar PN. Mereka hanya perlu menjauhkan diri dan itu sudah cukup untuk menimbulkan masalah kepada Bersatu. PAS boleh memainkan naratif bahawa Bersatu gilakan kuasa, sementara mereka bekerja untuk rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Syaza berkata tidak mustahil PAS dan Bersatu mencapai persefahaman dengan Bersatu meletakkan seorang pemimpin yang boleh diterima PAS di puncak PN, manakala PAS menentukan hala tuju politik gabungan itu. PAS sebelum ini pernah didakwa menyokong usaha meletakkan Hamzah Zainudin sebagai presiden Bersatu bagi menggantikan Muhyiddin. Kepimpinan parti itu menafikan dakwaan tersebut.
1767083407327.png
 
Muhyiddin Undur - Patut Bincang Dulu, Kata Pemuda PN

30.12.2025 - Sayap pemuda tiga parti komponen Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa sebarang keputusan utama gabungan itu, termasuk isu peletakan jawatan pengerusinya, Muhyiddin Yassin, mestilah dicapai melalui konsensus semua parti. Dalam kenyataan bersama hari ini, Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham; Ketua Pemuda Gerakan, Lee Boon Shian; dan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti India Progresif Malaysia (MIPP), Justin Prabakaran berkata langkah itu selaras dengan Fasal 13 Perlembagaan PN.

"Kami berpandangan dengan tegas bahawa semua keputusan atas nama Perikatan Nasional mestilah dirujuk, dibincang dan diputuskan dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional. Sebarang keputusan atau pendirian atas nama Perikatan Nasional juga bukan hak mutlak mana-mana parti komponen secara unilateral (sebelah pihak). Biarpun semua parti komponen boleh menyatakan pandangan, namun pendirian Perikatan Nasional harus diputuskan secara konsensus bersama semua parti-parti komponen," kata mereka.

Bagaimanapun, kenyataan bersama ini tidak melibatkan penglibatan sayap pemuda daripada PAS. Muhyiddin pagi ini mengesahkan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN mulai 1 Januari melalui kenyataan ringkas. Keputusan itu dibuat ketika ketegangan memuncak antara PAS dan Bersatu, susulan tindakan pemimpin Bersatu Perlis yang menggulingkan menteri besar daripada parti rakan.


Tegaskan Politik Hikmah

Sementara itu, kenyataan tiga sayap pemuda PN hari ini turut menggesa kepimpinan di semua peringkat gabungan tersebut untuk mengamalkan budaya politik yang lebih beretika demi kepentingan rakyat.

"Pemuda Perikatan Nasional menggesa kepimpinan di semua peringkat untuk mengamalkan politik hikmah, bijaksana serta memelihara adab dan etika gabungan bagi merealisasikan agenda lebih besar demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Malaysia," menurut kenyataan itu lagi.
1767083620164.png
 
Back
Top
Log in Register