BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

Pemeriksaan Kastam Di Satukan Di Pintu Pelepasan KLIA Mulai 1 Jan

30.12.2025 - Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap pengembara yang keluar dari Malaysia akan disatukan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) mulai 1 Jan ini. Ketika ini, JKDM menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas Departure Screening di zon berlepas selepas pemeriksaan Imigresen dan susun atur itu berpotensi menyebabkan kesesakan pada waktu puncak perjalanan. Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini memaklumkan inisiatif baharu itu akan membolehkan penumpang melalui aliran pergerakan yang lebih lancar sebelum menaiki pesawat, sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di zon berlepas.

“Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara MOT, JKDM, Malaysia Airports Holdings Bhd dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia. Langkah ini tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam, sebaliknya pemeriksaan penumpang dan barangan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan operasi dan pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama,” menurut MOT dalam kenyataan.

MOT memaklumkan penambahbaikan itu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang, mempercepat proses menaiki pesawat serta memastikan operasi KLIA T1 berjalan dengan lebih cekap, selamat dan tersusun selaras dengan amalan terbaik lapangan terbang antarabangsa.

“Bagaimanapun, sebarang cubaan membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang akan tetap dikenakan tindakan tegas,” menurut kenyataan itu.
1767101324428.png
 
Empat Pengerusi Negeri PN Lepas Jawatan, Empat Lagi Menyusul ?

30.12.2025 - Dua lagi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan masing-masing hari ini. Mereka ialah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai PN Perak berkuat kuasa 1 Januari ini. Faizal Azumu yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, keputusan itu bagi menghormati kuasa pelantikannya yang merupakan prerogatif Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan. Mohamad Hanifah yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan berkata, peletakan jawatannya itu mengambil maklum lantikannya sebelum ini adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Pusat.

Setakat ini, empat Pengerusi PN sudah mengumumkan melepaskan jawatan masing-masing dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terlebih dahulu melepaskan jawatan itu di Selangor, disusuli Datuk Dr Sahruddin Jamal (Johor). Selain itu, Mohamed Azmin turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN. Keputusan mereka itu menyusul selepas Muhyiddin awal hari ini membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Pusat berkuat kuasa 1 Januari ini, susulan kemelut politik di Perlis. Ketika ini, lapan negeri menyaksikan lantikan Pengerusi PN daripada Bersatu, dengan empat lagi pemimpin PN negeri dijangka turut membuat pengumuman melepaskan jawatan masing-masing pada bila-bila masa.

Mereka ialah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Melaka); Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Sabah); Datuk Dr Radzi Jidin (Wilayah Persekutuan) dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak). Sementara itu, di lima buah negeri iaitu Perlis; Kedah; Kelantan; Terengganu dan Pahang, Pengerusi PN disandang oleh pemimpin Pas. Di Pulau Pinang pula, Pengerusi PN disandang Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau yang sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan susulan krisis yang sedang berlaku di dalam PN.
1767101640446.png
 
Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

30.12.2025 - Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di Negeri Sembilan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker melalui satu kenyataan hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.

"Saya mengambil maklum pelantikan saya sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia. Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Keputusan ini dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta selaras dengan prinsip menghormati struktur, hirarki dan tatakelola organisasi PN," katanya hari ini.

Mengulas lanjut keputusan itu, Mohamad Hanifah yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan, rakan-rakan parti, jentera serta penyokong PN Negeri Sembilan.
1767101972979.png
 
Last edited:
Yang letak nie semua kaya raya tak rasa apa la diorang

Kesian lani rakyat ada kena buang kerja dengan keadaan ekonomi

Aduh rakyat menderita
 
Giliran Pengerusi PN Sarawak Pula Letak Jawatan

30.12.2025 - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak, Jaziri Alkaf Abdillah Suffian mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari 2026. Tindakan itu susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN di peringkat nasional. Jaziri berkata, beliau mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin dan menzahirkan penghormatan terhadap kepimpinan tertinggi gabungan itu yang telah melantiknya memegang jawatan berkenaan di Sarawak.

“Oleh yang sedemikian, sebagai menghormati jawatan saya yang dilantik oleh Pengerusi Perikatan Nasional, saya dengan ini memaklumkan peletakan jawatan saya selaku Pengerusi Perikatan Nasional Sarawak berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Jaziri menegaskan, keputusan tersebut dibuat selaras dengan prinsip akauntabiliti dan penghormatan terhadap struktur kepimpinan parti, selain memastikan kelangsungan hala tuju PN Sarawak dapat diteruskan secara teratur. Jaziri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional Sarawak atas sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh beliau menerajui gabungan itu di peringkat negeri.
1767106010480.png

 
Sudah2 in denial pimpinan PAS. Korg mmg x boleh bergabung dgn mana2 parti sbb pegangan politik korg tu mmg x compatible dgn mana2 pihak.

PAS mmg wajib bergerak sendiri, agar cita2 nk tubuhkan kerajaan Islam jadi realiti.

Parti2 lain semua mmg x pegang fahaman yg undang2 negara ini kafir, PAS saja yg ijtihad mcm tu.

So, keluarlah dan bergerak sendirian, agar x perlu berkompromi dgn prinsip sendiri.
 
Hamzah Letak Jawatan Ketua Pembangkang

30.12.2025 - Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang berkuat kuasa 1 Januari 2026, menyusuli tindakan yang diambil pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN). Hamzah menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu susulan peletakan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengambil kira realiti serta keperluan politik semasa.

"Keputusan ini dibuat selepas pertimbangan menyeluruh, demi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kestabilan PN bergerak selari dengan hala tuju baharu di bawah Pengerusi yang akan dilantik kelak. Langkah ini bukan satu pengunduran daripada perjuangan, sebaliknya satu tindakan strategik dan bertanggungjawab bagi memberi ruang kepada kepimpinan baharu menyusun pasukan, memperkukuh peranan pembangkang serta memperkemaskan strategi menghadapi cabaran politik mendatang," katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu akan kekal komited untuk terus berkhidmat dan menyumbang kepada PN dalam apa jua kapasiti yang diperlukan, demi kepentingan rakyat serta masa depan negara.
1767107859158.png
 
Back
Top
Log in Register