BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

PN Terengganu Tidak Terbabit Dengan Kemelut Kepimpinan

30.12.2025 - Perikatan Nasional (PN) negeri tidak terbabit dengan kemelut dalaman, walaupun lima pemimpin utama BERSATU mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi dalam gabungan parti itu, hari ini. Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Datuk Razali Idris berkata, pengerusi PN negeri adalah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan kekal menerajui struktur kepimpinan gabungan parti. Katanya, PN negeri tidak terbabit dengan kemelut kepimpinan yang berlaku berikutan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi berkuat kuasa Khamis ini.

"Tiada kemelut pimpinan antara BERSATU dan PAS berlaku, PN negeri masih stabil dibawah kepimpinan Dr Ahmad Samsuri," katanya ketika dihubungi hari ini.


Semalam, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN berkuat kuasa Khamis ini. Susulan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, turut mengumumkan meletakkan jawatan Setiausaha Agung dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa Khamis ini. Selain Mohamed Azmin, turut meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN negeri adalah Datuk Seri Faizal Azumu (Perak), Datuk Dr Sahruddin Jamal (Johor) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan). Razali yang juga EXCO kerajaan negeri turut menafikan dakwaan berlaku keretakan hubungan antara kepimpinan PAS dan BERSATU negeri berikutan peletakan jawatan Muhyiddin. Katanya, Muhyiddin hanya meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN dan bukannya Presiden BERSATU.

"Kita berharap dan meminta Muhyiddin terus kekal menerajui BERSATU walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam gabungan PN," katanya.
1767108115824.png
 
yg resign ni dari jawatan PN je kan? maknanya Bersatu tu masih berjalan macam biasa? Ke bakal tumbang juga?

sebab diorang ni kan ada jawatan sekutu dan jawatan parti.
 
happy bang non kita. siap dlm berita cakap BERSYUKUR sbb kerajaan perpaduan ni tak macam PN.

tapi kat belakang kita, tak tahu lah kan diorang ni berbalah ke tak. rasanya tengah gaduh juga tu sbb Najib. huhuhu.
 
Back
Top
Log in Register