BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

Pejuang Nafi Dakwaan Sertai PN, Lantik Dr M Pengerusi

31.12.2025 - Pejuang menafikan khabar angin bahawa parti itu telah menyertai Perikatan Nasional (PN), selain dakwaan bahawa Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu. Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, terdapat kenyataan media palsu yang tular susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN hari ini.

“Pejuang tidak akan membuat sebarang keputusan politik secara sebelah pihak/unilateral atau tergesa-gesa yang membelakangkan rakan-rakan strategik yang selama ini berkongsi aspirasi dan prinsip perjuangan. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah dirujuk, dimaklumkan atau memberi persetujuan berhubung dakwaan pelantikan beliau dalam mana-mana gabungan politik seperti yang tular,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, Pejuang berpendapat perpecahan politik hanya akan membawa kepada pergolakan tanpa henti yang menjejaskan ekonomi serta kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi. Muhyiddin akan melepaskan jawatan pengerusi PN pada 1 Jan ini, susulan krisis politik di Perlis yang menyaksikan Bersatu mengambil alih jawatan menteri besar daripada PAS. Kemelut tersebut telah mencetuskan keretakan antara PAS dan Bersatu, dengan PAS mengecam kegagalan Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap lima Adun Perlis yang menarik balik sokongan terhadap bekas menteri besar daripada PAS, Shukri Ramli. Mahathir sebelum ini menuduh Muhyiddin mencuri dana Bersatu dan menyasarkan jawatan perdana menteri untuk mengelak dipenjarakan. Mahathir merupakan pengasas Pejuang namun meninggalkan parti tersebut pada Disember 2022 susulan kekalahan teruk pada PRU tahun itu.
1767154233026.png
 
PN Tanpa Muhyiddin, Azmin Mungkin Sukar Kekal Sokongan Bukan Melayu

31.12.2025 - Pengerusi Urimai, P Ramasamy berpendapat Perikatan Nasional (PN) mungkin sukar mengekalkan sokongan bukan Melayu pada pilihan raya akan datang susulan pengunduran Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali dalam gabungan pembangkang itu. Menurutnya, Bersatu yang sering dikaitkan dengan imej mono-etniknya dianggap jambatan yang menghubungkan PN dan pengundi bukan Melayu.

“Golongan bukan Melayu yang kurang selesa dengan pandangan konservatif PAS, lebih selesa dengan pemimpin Bersatu seperti Muhyiddin dan Azmin. Kini, dengan dua pemimpin ini meninggalkan PN, (gabungan itu) mungkin berdepan kesukaran mengekalkan hubungan dengan pengundi bukan Melayu,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi PN mulai esok. Ia disusuli pengumuman Azmin melepaskan jawatan setiausaha agung PN dan pengerusi PN Selangor. Susulan itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, parti itu sedia menerajui PN bagi memperkasa organisasi gabungan itu dan bersiap sedia menghadapi PRN serta PRU16. Sementara itu, Ramasamy menyifatkan keputusan Muhyiddin melepaskan jawatan pengerusi PN sebagai langkah pantas yang bijak untuk menolak cadangan menghidupkan Muafakat Nasional (MN). Beliau berkata, cadangan menghidupkan MN mungkin menjejaskan prospek PN muncul kerajaan alternatif boleh dipercayai. Jika MN dihidupkan semula, katanya, PAS mungkin meninggalkan Bersatu dan melemahkan PN. MN ditubuhkan pada September 2019 hasil kerjasama PAS dan Umno bagi menyatukan pengundi Melayu Islam.
1767153727717.png

Dan Ramasamy akan kena serang lepas ni "Golongan bukan Melayu yang kurang selesa dengan pandangan konservatif PAS, lebih selesa dengan pemimpin Bersatu seperti Muhyiddin dan Azmin."
 
Pejuang Nafi Dakwaan Sertai PN, Lantik Dr M Pengerusi

31.12.2025 - Pejuang menafikan khabar angin bahawa parti itu telah menyertai Perikatan Nasional (PN), selain dakwaan bahawa Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu. Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, terdapat kenyataan media palsu yang tular susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN hari ini.

“Pejuang tidak akan membuat sebarang keputusan politik secara sebelah pihak/unilateral atau tergesa-gesa yang membelakangkan rakan-rakan strategik yang selama ini berkongsi aspirasi dan prinsip perjuangan. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah dirujuk, dimaklumkan atau memberi persetujuan berhubung dakwaan pelantikan beliau dalam mana-mana gabungan politik seperti yang tular,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, Pejuang berpendapat perpecahan politik hanya akan membawa kepada pergolakan tanpa henti yang menjejaskan ekonomi serta kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi. Muhyiddin akan melepaskan jawatan pengerusi PN pada 1 Jan ini, susulan krisis politik di Perlis yang menyaksikan Bersatu mengambil alih jawatan menteri besar daripada PAS. Kemelut tersebut telah mencetuskan keretakan antara PAS dan Bersatu, dengan PAS mengecam kegagalan Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap lima Adun Perlis yang menarik balik sokongan terhadap bekas menteri besar daripada PAS, Shukri Ramli. Mahathir sebelum ini menuduh Muhyiddin mencuri dana Bersatu dan menyasarkan jawatan perdana menteri untuk mengelak dipenjarakan. Mahathir merupakan pengasas Pejuang namun meninggalkan parti tersebut pada Disember 2022 susulan kekalahan teruk pada PRU tahun itu.
1767154233026.png

amik je la jtwn tu
 
PN melaka plak

 
boleh dah buat Muafakat Nasional kembali..dulu umno taknak bergabung dgn PAS pun sbb alasan ade Bersatu
 
mesin atm out of service ya 😂😆


IMG_20251231_130024.jpg
Pasal dana ni aku x rasa isu besar buat PAS. PAS dah wujud lama, sebelum Bersatu ada lg.

Nk sembang pasal dana politik dgn PAS?
 
NAMPAK MACAM TAK KISAH KUASA TETAPI MEREKALAH YANG GILA KUASA

1. Pergolakan Perikatan Nasional bukanlah baru. Perpecahan dari dalaman ini telah bermula sejak bekas Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai calon PM11 dari PN.

2. Pergeseran PPBM - PAS terus bergetar apabila kepimpinan PAS menyelar tindakan PPBM mencalonkan “nama” sebagai calon PM11 dari PN.

3. Konflik dalaman PPBM berterusan apabila dua Ahli Parlimen PN dari PPBM dipecat dan digantung keahlian iaitu Wan Saiful dan Wan Fahysal.

4. Selepas itu kelihatan seolah-olah PPBM dan PAS mahu meredakan keadaan.

5. Namun reda itu tidak lama. PAS mula atur naratif menunjukkan bahawa mereka “KING” di dalam Perikatan Nasional apabila kemenangan DUN Karambunai di PRN Sabah adalah kemenangan PAS bukan kemenangan bersama PPBM.

6. PN tewas 40 kerusi dan hilang deposit 36 kerusi di PRN Sabah.

7. Kekalahan besar PN ditujukan kepada Pengerusi Perikatan Nasional ketika itu.

8. Ombak tsunami mula melanda Perikatan Nasional apabila gerakan menjatuhkan MB Perlis berjaya. Tambah angin puting beliung apabila calon-calon MB Perlis dari PAS tidak diperkenan Sultan Perlis malah calon PPBM yang diangkat sebagai MB Perlis yang baru.

9. Maka bermula siri tuduh menuduh dan salah menyalah serta tunding menunding di antara PAS dan PPBM.

10. Gerakan senyum duduk tepi sambil ketawa. MIC hold keputusan nak join Perikatan Nasional.

11. Maka itulah yang kita lihat sehari dua ini apabila blok PPBM sorang demi sorang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri.

12. PAS bersorak dan meraikan tindakan dari PPBM ini.

13. Esok apa jadi? Entah.

14. Apa yang dapat dilihat, naratif penyatuan ummah yang dibawah oleh Perikatan Nasional hanyalah retorik dan sembang kosong.

15. Apabila hilang kerusi kuasa, maka terserlah wajah sebenar mereka.

16. Dulu kata kawan, terus jadi lawan. Dulu kata demi agama, terus berubah akibat rakus kepada kuasa.

17. UMNO, BN chill. Tak perlu galak nak kembali hidupkan Muafakat Nasional 2.0, kita layan wayang drama politik Perikatan Nasional ini dulu.

Fadhil Roslizan | 301225
Rakyat Pahang


FB_IMG_1767158384555.jpg
 
Gelombang Letak Jawatan Berterusan, Terbaru Pemimpin PN Negeri Sembilan

31.12.2025 - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan Nazree Yunus mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa esok sebagai tanda solidariti terhadap kepimpinan tertinggi gabungan itu. Nazree berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan tindakan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Hanifah Abu Baker yang mengumumkan peletakan jawatannya semalam, selain menyokong pendirian Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

"Dengan lafaz bismillah, saya meletakkan jawatan dan taklifan sebagai ketua penerangan Perikatan Nasional Negeri Sembilan berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya.

Pemimpin Bersatu lain yang meletakkan jawatan sebelum ini termasuk Azmin Ali (Setiausaha Agung) dan orang kuatnya Afif Bahardin (Setiausaha PN Selangor). Beberapa pengerusi PN negeri juga dilapor berbuat demikian iaitu, Ahmad Faizal Azumu (Perak), Sahruddin Jamal (Johor) dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak). Langkah itu dibuat susulan ketegangan dalam PN setelah pemimpin Bersatu Perlis menggulingkan menteri besar Perlis daripada PAS Mohd Shukri Ramli. Dalam kenyataan sebentar tadi, Nazree menegaskan bahawa pengundurannya daripada jawatan tersebut tidak akan menghentikan khidmat baktinya kepada masyarakat.

“Politik partisan adalah platform ibadah semata-mata dan ruang melakukan kebaikan. Maka khidmat bakti untuk ummah dan masyarakat boleh dilaksanakan dalam apa jua bentuk dan lapangan termasuk sama ada dengan berjawatan atau pun tidak,” kata bekas aktivis pelajar dan antirasuah itu.
1767163524681.png
 
Back
Top
Log in Register