BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

Lantikan Muhyiddin Letak Jawatan Sebahagian ‘Proses’, Kata Awang Hashim

30.12.2025 - Peletakan jawatan individu-individu dilantik Muhyiddin Yassin dalam barisan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah sebahagian ‘proses’ memperkukuh gabungan itu, kata pemimpin PAS. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Awang Hashim, menepis anggapan bahawa PN berpecah susulan peletakan jawatan individu-individu berkenaan.

“Mereka rasa bila pengerusi letak jawatan, mereka perlu bersama sebab mereka dilantik. Isu yang berlaku proses perkukuh parti, bukan membawa maksud PN semakin berpecah,” katanya kepada FMT.

Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai setiausaha agung PN, begitu juga Sahruddin Jamal, Ahmad Faizal Azumu, dan Mohamad Hanifah Abu Baker sebagai pengerusi PN Johor, Perak, dan Negeri Sembilan, ketika berita ini ditulis. Mereka menyusuli langkah Muhyiddin, berlatarkan kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu. Menurut Awang, hubungan antara Ahli Parlimen PAS dan Bersatu ‘cukup rapat’, di sebalik ‘masalah struktur organisasi’ yang mereka serahkan kepada pimpinan PN untuk diselesaikan,.

“Isu berlaku untuk struktur semula PN supaya lebih mantap,” katanya.

Ditanya tentang gesaan Pemuda PAS Selangor supaya menilai semula kerjasama politik bersama Bersatu, Awang Hashim berkata PAS tidak ada membincangkan tentang memutuskan hubungan, ‘setakat hari ini’.

“PAS terus komited dengan PN. Cuma kita nak stukturkan semula PN. Itu perkara biasa dalam organisasi,” katanya.
1767085747457.png
 
Dalam bersatu ni ada 2 team...
Team muhyidin dan hamzah..
Geng² team muhyidin letak jawatan...lagi happy geng² team hamzah isi kekosongan tsbt...org² kuat hamzah mcm wan saipol dan ahli parlimen machang ntah apa nama nya tak ingat..dengan 24 ketua² bahagian bersatu yg sokong hamzah boleh lah join balik kukuhkan team hamzah zainudin
 
Pemuda PAS Selangor Desak Putus Hubungan Dengan BERSATU

30.12.2025 - Pemuda PAS Selangor mendesak kepimpinan PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, dengan menyifatkan kerjasama sedia ada tidak membawa manfaat kepada perjuangan parti itu. Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar berkata, gabungan politik Melayu perlu segera dibentuk semula dalam satu kerjasama yang lebih kukuh dan stabil bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Menurut Sukri, landskap politik semasa menuntut penyatuan baru melibatkan parti-parti Melayu termasuk Umno, tanpa menolak kemungkinan penjenamaan semula kerjasama terdahulu.

“Kita sudah memasuki tahun baru dan gabungan politik Melayu mesti digabungkan dalam satu gabungan yang lebih kuat dan stabil. Sama ada Umno atau mana-mana pihak, kerjasama perlu dibentuk untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang media khas Pemuda PAS Selangor di Klang, hari ini.

Sukri menyatakan rasa kecewa terhadap PN, khususnya hubungan dengan Bersatu yang menurutnya tidak memiliki hala tuju jelas akibat pengkhianatan yang berlaku.

“Pemuda PAS Selangor tegas meminta supaya PAS Pusat memutuskan hubungan dengan Bersatu dan bergerak ke hadapan dengan membina gabungan yang lebih besar,” katanya lagi.

Pergeseran antara Bersatu dan PAS berhubung isu di Perlis serta kemarahan sejumlah pemimpin Umno terhadap DAP, membangkitkan semula gesaan kerjasama antara Umno dan PAS seperti menerusi Muafakat Nasional beberapa tahun lalu. Bagaimanapun pergeseran Bersatu dan PAS dilihat sedikit reda susulan langkah Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN. Namun, bagi Sukri, tetap ada ruang untuk kerjasama semula dengan Umno, termasuk dalam bentuk dan nama yang berbeza daripada Muafakat Nasional.

“Sekiranya Umno bersedia untuk kita bina semula Muafakat Nasional 2.0, walaupun dengan nama lain, itu tidak menjadi masalah. Yang penting adalah memberi perhatian kepada kepentingan orang Melayu Islam dan rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Dia juga menyeru agar penyokong PAS yang marah dengan perkembangan politik semasa untuk terus menyokong parti itu, tanpa mengira gabungan yang disertainya.

“PAS tidak pernah berubah dari segi dasar, prinsip dan perjuangan. Apa yang berlaku sebelum ini, rakan-rakan politik sering mengkhianati dan mengambil kesempatan terhadap PAS. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, saya yakin usaha kita untuk memenangi pilihan raya akan datang akan menjadi lebih terbantut,” katanya.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor dilaporkan turut menggesa kepimpinan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu di semua peringkat. Ketuanya, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar turut menggesa kepimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua lantikan melibatkan ahli Bersatu di semua negeri di bawah pentadbiran PN. Malah, dia mencadangkan agar PAS bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi Bersatu di bawah logo PN-PAS sebelum ini.
1767088870208.png
 

Selepas Muhyiddin, Empat Pimpinan Utama Bersatu Letak Jawatan Dalam PN​

fd3ff6d4cfc61d8ec1c786f458fe1b9962a4777476ead

7dfb8d0ea78c4d2f7dd5b0465b9e73846367ad0533056

048fe6b0ec3e12c674ad643891923002640b199dc2f35

Datuk Dr Sahruddin Jamal (Gambar fail)

Kemelut yang membadai Perikatan Nasional (PN) hari ini menyaksikan beberapa pucuk pimpinan Bersatu 'sepakat tekan butang' melepaskan jawatan masing-masing dalam gabungan itu.

Bermula dengan pengumuman mengejut Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026, empat lagi pimpinan utama Bersatu menyusul selepas itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor, diikuti oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor.

Selepas itu, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Perak, manakala Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker mengundur diri sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Selain itu, ADUN Taman Medan Dr Afif Bahardin bertindak mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha PN Selangor berkuat kuasa tarikh sama, mengikut jejak langkah ketuanya Mohamed Azmin.

Seolah-olah menunjukkan 'protes' terhadap kerjasama gabungan itu bersama PAS yang sudah sampai ke tahap sukar disorok, ibarat retak menanti belah, pergolakan dalaman yang berlarutan dipercayai menjadi punca, antaranya ketegangan politik di beberapa negeri termasuk kemelut di Perlis, baru-baru ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengesahkan parti itu akan mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai Pengerusi PN yang baharu, yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PN dalam masa terdekat.

Jika semua pimpinan Bersatu melepaskan jawatan dalam PN, timbul persoalan sama ada ia secara tidak langsung akan menamatkan hayat gabungan berkenaan?

Penganalisis politik dan Konsultan Kanan Asia Global Consulting Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata situasi yang melanda Bersatu, PAS dan PN ketika ini bukan sekadar konflik biasa, sebaliknya mencerminkan perebutan pengaruh dan krisis kepercayaan yang berupaya mengubah landskap politik negara.

 
Adakah Krisis PN Bakal Wujudkan Penjajaran Baharu Politik ?

30.12.2025 - Kemelut yang membadai Perikatan Nasional (PN) hari ini menyaksikan beberapa pucuk pimpinan Bersatu 'sepakat tekan butang' melepaskan jawatan masing-masing dalam gabungan itu. Bermula dengan pengumuman mengejut Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026, empat lagi pimpinan utama Bersatu menyusul selepas itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor, diikuti oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor.

Selepas itu, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Perak, manakala Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker mengundur diri sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan. Selain itu, ADUN Taman Medan Dr Afif Bahardin bertindak mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha PN Selangor berkuat kuasa tarikh sama, mengikut jejak langkah ketuanya Mohamed Azmin. Seolah-olah menunjukkan 'protes' terhadap kerjasama gabungan itu bersama PAS yang sudah sampai ke tahap sukar disorok, ibarat retak menanti belah, pergolakan dalaman yang berlarutan dipercayai menjadi punca, antaranya ketegangan politik di beberapa negeri termasuk kemelut di Perlis, baru-baru ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengesahkan parti itu akan mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai Pengerusi PN yang baharu, yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PN dalam masa terdekat. Jika semua pimpinan Bersatu melepaskan jawatan dalam PN, timbul persoalan sama ada ia secara tidak langsung akan menamatkan hayat gabungan berkenaan? Penganalisis politik dan Konsultan Kanan Asia Global Consulting Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, situasi yang melanda Bersatu, PAS dan PN ketika ini bukan sekadar konflik biasa, sebaliknya mencerminkan perebutan pengaruh dan krisis kepercayaan yang berupaya mengubah landskap politik negara.

"Ini menunjukkan seolah-olah berlakunya perpecahan yang sedia ada, kalau dalam bahasa Inggeris kita kata 'elephant in the room'," katanya ketika menjadi tetamu program Reaksi: Krisis PN terbitan Bernama Radio hari ini.

Ahmad Zaharuddin berkata, perebutan pengaruh dan perbezaan pandangan antara Bersatu dan PAS kini meletakkan kedua-dua parti itu di persimpangan sama ada untuk meneruskan kerjasama atau membawa haluan masing-masing. Beliau berkata persoalan sama ada Bersatu dan PAS masih mampu mencari titik kompromi menjadi penentu utama kepada kelangsungan PN sebagai satu gabungan politik, atau sebaliknya membuka laluan kepada penjajaran baharu pembangkang.

"Jika mereka sudah tidak lagi dapat mencari titik pertemuan, titik sepakat, mungkin Bersatu dengan PAS harus mencari hala tuju masing-masing dan ini yang akan menjadi sesuatu yang baharu untuk negara kita, orang kata penjajaran baharu politik. Adakah kita akan nampak penyatuan parti-parti politik yang lain sebagai pembangkang ataupun mungkin kita akan nampak penambahan parti dalam kerajaan yang sedia ada ketika ini," katanya.
1767094557695.png
 
Isu Jawatan Pengerusi Akan Di Bawa Ke MT PN, Tegas PAS

30.12.2025 - Isu jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan dibawa ke majlis tertinggi gabungan yang dianggotai presiden parti-parti komponen, tegas PAS.

“Apa yang penting semua pihak berusaha memperkukuhkan PN,” kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man kepada FMT, ketika ditanya berkenaan calon PAS bagi jawatan pengerusi PN, susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Tuan Ibrahim mengesahkan PAS mahu isu itu dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi PN, selaras perlembagaan gabungan. Susulan peletakan jawatan Muhyiddin hari ini, tiga parti komponen iaitu Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia menerusi sayap Pemuda masing-masing menyeru semua keputusan atas nama PN mesti diputuskan dalam majlis tertinggi gabungan. Kata Hilman Idham, Lee Boon Shian, dan Justin Prabakaran dalam kenyataan bersama, sebarang keputusan atau pendirian atas nama PN bukan hak mutlak mana-mana parti komponen secara unilateral.

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menyahut seruan tersebut, mengatakan beliau bersetuju setiap keputusan dibuat secara konsensus. Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Jan, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu. Perkembangan ini disusuli dengan peletakan jawatan Azmin Ali sebagai setiausaha agung; serta Sahruddin Jamal, Ahmad Faizal Azumu, dan Mohamad Hanifah Abu Baker sebagai pengerusi PN Johor, Perak, dan Negeri Sembilan.
1767094894676.png
 
Pemuda PAS Selangor Desak Putus Hubungan Dengan BERSATU

30.12.2025 - Pemuda PAS Selangor mendesak kepimpinan PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, dengan menyifatkan kerjasama sedia ada tidak membawa manfaat kepada perjuangan parti itu. Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar berkata, gabungan politik Melayu perlu segera dibentuk semula dalam satu kerjasama yang lebih kukuh dan stabil bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Menurut Sukri, landskap politik semasa menuntut penyatuan baru melibatkan parti-parti Melayu termasuk Umno, tanpa menolak kemungkinan penjenamaan semula kerjasama terdahulu.

“Kita sudah memasuki tahun baru dan gabungan politik Melayu mesti digabungkan dalam satu gabungan yang lebih kuat dan stabil. Sama ada Umno atau mana-mana pihak, kerjasama perlu dibentuk untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang media khas Pemuda PAS Selangor di Klang, hari ini.

Sukri menyatakan rasa kecewa terhadap PN, khususnya hubungan dengan Bersatu yang menurutnya tidak memiliki hala tuju jelas akibat pengkhianatan yang berlaku.

“Pemuda PAS Selangor tegas meminta supaya PAS Pusat memutuskan hubungan dengan Bersatu dan bergerak ke hadapan dengan membina gabungan yang lebih besar,” katanya lagi.

Pergeseran antara Bersatu dan PAS berhubung isu di Perlis serta kemarahan sejumlah pemimpin Umno terhadap DAP, membangkitkan semula gesaan kerjasama antara Umno dan PAS seperti menerusi Muafakat Nasional beberapa tahun lalu. Bagaimanapun pergeseran Bersatu dan PAS dilihat sedikit reda susulan langkah Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN. Namun, bagi Sukri, tetap ada ruang untuk kerjasama semula dengan Umno, termasuk dalam bentuk dan nama yang berbeza daripada Muafakat Nasional.

“Sekiranya Umno bersedia untuk kita bina semula Muafakat Nasional 2.0, walaupun dengan nama lain, itu tidak menjadi masalah. Yang penting adalah memberi perhatian kepada kepentingan orang Melayu Islam dan rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Dia juga menyeru agar penyokong PAS yang marah dengan perkembangan politik semasa untuk terus menyokong parti itu, tanpa mengira gabungan yang disertainya.

“PAS tidak pernah berubah dari segi dasar, prinsip dan perjuangan. Apa yang berlaku sebelum ini, rakan-rakan politik sering mengkhianati dan mengambil kesempatan terhadap PAS. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, saya yakin usaha kita untuk memenangi pilihan raya akan datang akan menjadi lebih terbantut,” katanya.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor dilaporkan turut menggesa kepimpinan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu di semua peringkat. Ketuanya, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar turut menggesa kepimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua lantikan melibatkan ahli Bersatu di semua negeri di bawah pentadbiran PN. Malah, dia mencadangkan agar PAS bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi Bersatu di bawah logo PN-PAS sebelum ini.
1767088870208.png
bodo... sabar la... jgn jadi batu api..biar org2 atas buat keputusan.
 
PN Tak Akan Terkubur, Kata Pemimpin Bersatu

30.12.2025 - PN tidak akan berkubur seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya masih berfungsi dengan Bersatu kekal sebagai parti komponen gabungan itu, kata Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz. Menurut Tun Faisal, setakat ini tiada sebarang perubahan dasar dibuat dalam PN dan sebarang keputusan penting, termasuk soal jawatan pengerusi, akan dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN.

“PN ada saja, kenapa pula nak terkubur. Bersatu masih komponen PN dan setakat ini belum ada dasar yang berubah. Perkara berkaitan jawatan pengerusi PN akan dibawa ke Mesyuarat MT PN untuk diputuskan,” katanya kepada Malaysiakini.

Tun Faisal berkata demikian ketika diminta mengulas situasi semasa hubungan Bersatu dengan PAS ketika ini. Awal hari ini, Muhyiddin Yassin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN selepas lima tahun menerajui gabungan itu. Keputusan itu dibuat ketika ketegangan memuncak antara PAS dan Bersatu, susulan tindakan pemimpin Bersatu di Perlis yang memulakan percubaan rampasan kuasa sehingga menyebabkan PAS kehilangan penguasaan ke atas kerajaan negeri itu. Sejak itu, pemimpin PAS mengancam sama meninggalkan PN dan menghidupkan semula Muafakat Nasional bersama Umno, atau mengambil alih sendiri kepimpinan PN.

Peletakan jawatan Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri itu turut disusuli empat pengerusi PN negeri iaitu Faizal Azumu (Perak) Azmin Ali (Selangor), Mohamad Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan) dan Sahruddin Jamal (Johor). Sementara itu, Adun Taman Medan, Dr Afif Bahardin turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha PN Selangor. Mengulas lanjut, Tun Faisal turut mempertahankan sikap Muhyiddin dengan berkata Presiden Bersatu itu tidak mengejar jawatan dan sejak awal bersikap terbuka dalam soal pembahagian peranan dalam PN. Tun Faisal berkata, selepas pilihan raya umum (PRU) ke 15 lalu, Muhyiddin telah menawarkan jawatan utama dalam PN kepada PAS, namun tawaran itu ditolak.

“Selepas PRU15, Tan Sri (Muhyiddin) tawarkan jawatan kepada PAS, termasuk jawatan Ketua Pembangkang, tetapi PAS yang menolak. Selepas itu barulah Tan Sri mencadangkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan dipersetujui oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pimpinan lain. Ini menunjukkan Tan Sri Muhyiddin tidak mengejar jawatan dan sangat terbuka,” katanya.


PAS Terajui PN, Kata Sumber Dari Kem Hamzah

Sementara itu, sumber terdekat daripada kem Timbalan Presiden, Hamzah Zainuddin dalam Bersatu berkata PN tidak akan berkubur, sebaliknya akan diterajui oleh PAS.

“Mana ada berkubur. PAS akan kemudi PN,” katanya.

Dia mendakwa Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN selepas ditekan oleh pimpinan PAS dan beberapa pemimpin Bersatu sendiri, termasuk dirinya. Tekanan itu, katanya, berpunca daripada krisis politik di Perlis yang dianggap memberi kesan buruk kepada PN.

“Tan Sri kena tekan dengan pimpinan PAS dan juga beberapa pimpinan Bersatu, termasuk saya dan seorang lagi pemimpin Bersatu, sebab apa yang berlaku di Perlis ini memang amat memudaratkan PN. Akhirnya Tan Sri akur dan saya sendiri terkejut bila dia lepaskan jawatan terus,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber terbabit turut mendakwa majoriti ahli Parlimen PN juga bersetuju dengan peletakan jawatan itu dan tiada usaha serius untuk memujuk Muhyiddin supaya kekal.

“Maknanya majoriti ahli Parlimen PN bersetuju beliau letak jawatan sebagai pengerusi,” katanya.

Dia juga berkata PAS sudah lama bersabar dengan keadaan dalaman PN dan mendakwa Muhyiddin gagal memberikan penjelasan berhubung ketiadaan tindakan terhadap lima Adun Bersatu di Perlis.

“Tan Sri letak jawatan sebab tak dapat jawab kenapa tiada tindakan diambil terhadap lima Adun Bersatu Perlis. Dia kata tak tahu. Masa krisis bermula, selepas PRN Sabah, beliau tinggalkan keadaan begitu saja dan pergi ke London,” dakwanya.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut setakat ini belum dijawab secara rasmi oleh Muhyiddin atau pimpinan tertinggi PN.
1767100933242.png
 
Muhyiddin Letak Jawatan Tiada Kaitan Dengan Perlis, Kata Annuar

30.12.2025 - Peletakan jawatan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai kaitan dengan krisis politik membabitkan barisan Adun gabungan itu di Perlis, dakwa pemimpin PAS Pusat Annuar Musa. nnuar yang juga bekas setiausaha agung Umno berkata, beliau bertemu Muhyiddin di London semalam dan berbincang selama hampir tiga jam mengenai perkembangan politik semasa melibatkan PN. Menurut Annuar, dalam pertemuan itu, Muhyiddin berkali-kali menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan pengerusi PN ‘jika PAS mahu pimpin’ gabungan itu.

“Malah beliau beri bayangan (peletakan jawatannya) boleh berkuat kuasa 1 Jan ini.” katanya dalam hantaran di Facebook. Tidak benar, pada fahaman saya, dakwaan (Muhyiddin) melepaskan jawatan kerana isu di Perlis, sebab hal ini sudah lama beliau sebut secara konsisten berkali-kali, ‘jika PAS mahu, beliau bersedia berikan (jawatan pengerusi PN). Tindakan ‘stepping aside’ secara sukarela dan membuka laluan ‘penggiliran nakhoda’ adalah satu tindakan bersifat ‘statesman’ yang terpuji.”

Beliau menambah, pertemuan dengan bekas perdana menteri itu dibuat atas dasar persahabatan, dan perkara tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada beberapa pemimpin PAS.
1767101243600.png
 
Back
Top
Log in Register