BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Migrasi Dalam Negeri Meningkat 63.5 Peratus Pada 2024 - DOSM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c6b7eddfa704452a234150adb3a3993668f5f1caa5483

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

Pergerakan penduduk Malaysia pada 2024 terus didominasi oleh migrasi dalam negeri apabila mencatatkan 63.5 peratus, meningkat berbanding 62.3 peratus pada 2022, menurut Laporan Survei Migrasi, Malaysia, 2024, yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata Johor mencatatkan peratusan migran dalam negeri tertinggi pada 2024 iaitu 70.3 peratus, diikuti Selangor (69.5 peratus) dan Sabah (68.7 peratus).

Beliau berkata aliran migrasi dalam negeri pada 2024 didominasi oleh perpindahan penduduk dari bandar ke bandar iaitu 84.6 peratus, meningkat daripada 79.3 peratus pada 2022, diikuti luar bandar ke luar bandar (7.6 peratus), bandar ke luar bandar (7.2 peratus) dan luar bandar ke bandar (0.6 peratus).

"Semua negeri mencatatkan pergerakan tertinggi dari bandar ke bandar, kecuali Kelantan dan Pahang yang merekodkan pergerakan tertinggi dari bandar ke luar bandar.

"Ini menunjukkan pergerakan migran yang sepenuhnya tertumpu di kawasan bandar, sejajar dengan peranan bandar sebagai pusat ekonomi dan peluang pekerjaan," katanya.

Mohd Uzir berkata empat negeri mencatatkan peratusan migran bandar ke bandar melebihi 90 peratus iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Beliau berkata migran antara negeri mencatatkan penurunan sedikit pada 2024 kepada 30.2 peratus berbanding 30.3 peratus pada 2022.

Putrajaya merekodkan peratusan migran antara negeri tertinggi iaitu 88.5 peratus, diikuti Kedah (60.3 peratus) dan Pahang (52.8 peratus).

Beliau berkata migran antarabangsa menujukkan penurunan kepada 6.3 peratus pada 2024, berbanding 7.4 peratus pada 2022.

 
Back
Top
Log in Register