BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekar Restaurant Viral Sotong Manis berharga RM50

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
PENJELASAN DARI PEMILIK RESTOREN

Pemilik restoran, Noeylz Hashim tampil membuat penjelasan dari sudut pihaknya mengenai kes tular 'Sotong Manis RM50'. Baca lagi:

Assalamualaikum. Saya pemilik Mekar Restaurant yang tular baru-baru ini mengenai Sotong Manis yang berharga RM50. Kami ingin membuat penjelasan umum berkenaan isu ini.

1. Harga jualan telah dipamerkan dengan jelas iaitu dari RM20 hingga RM100 untuk seekor Sotong Manis.
2. Harga Sotong Manis bersaiz besar yang tinggi berikutan stok Sotong Manis saiz besar, hanya boleh didapati secara tempahan khas.
3. Harga Sotong Manis mentah adalah sekitar RM38 keatas untuk sekilogram. Kuantiti sotong untuk sekilogram hanya sekitar 2-3 ekor sahaja.
4. Harga yang dinyatakan belum termasuk bahan-bahan masakan yang lain.
5. Perbelanjaan lain juga harus diambil kira termasuklah sewa kedai, gaji pekerja dan perbelanjaan lain.
6. Sesungguhnya, pihak yang menyatakan kami tidak mempamerkan harga adalah fitnah semata-mata.
7. Pelanggan tidak dipaksa untuk mengambil lauk yang di luar kemampuan mereka kerana terdapat banyak pilihan lauk yang lain.
8. Saya berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah menyokong kami sepanjang lebih 30 tahun kami beroperasi di Wisma Merdeka dengan hidangan lauk yang sama.
9. Kami dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan harga makanan kami, yang tidak dapat kami elakkan berikutan kos bahan mentah yang semakin meningkat.

Ikhlas daripada,
Mekar Restaurant

Kredit: Sabah Info

21560.jpeg
21563.jpeg
21566.jpeg
21569.jpeg
 

Sotong manis RM50: KPDN buat penilaian jawapan pemilik restoran​

2471754.jpg

Armizan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan trek larian getah sintetik di Padang Pekan Papar.


PAPAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membuat penilaian jawapan yang diberikan pemilik restoran berhubung sotong manis yang dijual dengan harga RM50 seekor.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, notis telah dikeluarkan kepada pemilik restoran tersebut untuk memberikan jawapan tertentu berhubung tindakan mereka itu.

"Saya fikir sudah (beri jawapan) selepas dua hari mereka menjawab notis daripada KPDN dan kita akan membuat penilaian jawapan yang diberikan restoran itu secara rasmi.

"Kita akan melihat kalau ada pencatutan yang bermaksud harga asal mereka itu tiba-tiba dinaikkan dengan tinggi, itu kita boleh masuk untuk semak kenapa tiba-tiba ditingkatkan harga.

"Kalau ada peningkatan drastik barangan itu maka boleh diambil tindakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan trek larian getah sintetik di Padang Pekan Papar di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bagi makanan sotong manis yang dikeluarkan kepada pemilik premis restoran yang menjual sotong dengan harga RM50.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar bagaimanapun berkata, masyarakat juga harus mempunyai kesedaran dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna untuk menyemak serta membuat penilaian berkaitan dengan harga yang ditawarkan peniaga.
"
Hak-hak kepenggunaan ini juga perlu hadir bersama literasi undang-undang supaya faham mana yang salah, mana yang tidak.

Sebab kita tahu restoran itu jawab mereka tidak memaksa (pelanggan membeli). Betul, restoran boleh menawarkan harga mereka, yang penting tanda harga aspek perihal dagangan itu dipatuhi.

"Jika harga itu sedemikian rupa, itu yang ditawarkan oleh restoran jadi pengguna mempunyai pilihan untuk memilih restoran kita mahu pergi," katanya.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan seorang individu mendakwa pemilik restoran berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung sotong manis dijual dengan harga RM50.

Isu berkenaan tular di media sosial dan KPDN Sabah telah memeriksa restoran tersebut sebelum tindakan diambil.

Pemilik restoran turut dikemukakan notis diberikan tempoh dua hari untuk membuat penjelasan sotong manis dijual pada harga RM50.


 
Sotong mmg mahal la lagi2 jenis besar...dulu pun viral kedai mamak sotong rm50 sekor..

Kalau nak kira kos dia rm38 sekilo ada 3ekor..sekor jatuh rm13..harga siap masak dalam rm35 ok dah..
 
Kalau nak jual hrga rm10k pun ikut suka penjual la...
Yg penting letak hrga...
Dan pembeli pun kono la amik tau apo bondo yg dio amik.. Kuro2 ko... Burung cenderawasih ko...
Bilo lopeh siap mkn... Buat2 viral lak....
🤣🤣🤣🤣

Den tk terkojot sgt kalau hrga sotong tu smpai rm50....
Tapi kalau hrgo nasi putih rm50... Hrga sotong lak rm1.50....
Yg tu den melompat...
Tk kan lak nk mkn sotong berlauk kan nasi putih...
Hahahaha....
🤣🤣🤣
 
Kalau nak jual hrga rm10k pun ikut suka penjual la...
Yg penting letak hrga...
Dan pembeli pun kono la amik tau apo bondo yg dio amik.. Kuro2 ko... Burung cenderawasih ko...
Bilo lopeh siap mkn... Buat2 viral lak....
🤣🤣🤣🤣

Den tk terkojot sgt kalau hrga sotong tu smpai rm50....
Tapi kalau hrgo nasi putih rm50... Hrga sotong lak rm1.50....
Yg tu den melompat...
Tk kan lak nk mkn sotong berlauk kan nasi putih...
Hahahaha....
🤣🤣🤣
aku bab sotong ni memang takut nak ambil.....gi nasi kandar pun paling mahal ayam bawang je......sebab tu kalau takde duit...takyah beragam nak makan mcm mcn...paling senang beli bungkus....so tak nampak lauk lain dah...ini tidak....sotong mentah pun dah mahal...sotong biasa kat pasar hari tu tgk RM40 sekilo...tu pun berat air..hahaha...ini makan ..mahal..viral kan...hahah..dapat balik ke duit tu?

Minum pun milo ais...air org kaya tu milo ais...
 
aku bab sotong ni memang takut nak ambil.....gi nasi kandar pun paling mahal ayam bawang je......sebab tu kalau takde duit...takyah beragam nak makan mcm mcn...paling senang beli bungkus....so tak nampak lauk lain dah...ini tidak....sotong mentah pun dah mahal...sotong biasa kat pasar hari tu tgk RM40 sekilo...tu pun berat air..hahaha...ini makan ..mahal..viral kan...hahah..dapat balik ke duit tu?

Minum pun milo ais...air org kaya tu milo ais...
Dapat berlagak dengan geng dia yg sama bangang dia makan lauk mahal....
 
Sekarang musim cuti sekolah dan cuti hujung tahun.
Kedai seafood kat mana2 pantai dan pulau memang mahal, tambahan lagi musim tengkujuh.
Peniaga ada letak harga dan pandai2 le pengguna nak beli atau tak.
Nanti Mawi and wife turun viral pulak.
 
Back
Top
Log in Register